Kembara Puteri Rawija ~ dari Tinta Digital Al-Labuani: 6/1/10 - 7/1/10

Wednesday, June 16, 2010

Ganjaran pahala...

Jika seseorang mengamalkan satu sunnah, akan mendapat ganjaran 100 kali ganda pahala mati Syahid...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 12 Disember 2009 | 12:59:20

Tuesday, June 15, 2010

Marah...

Marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan itu diperbuat dari api. Air boleh memadamkan api. Oleh itu, jika kamu marah, ambil lah air wudhuk bagi menenangkan kemarahan...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 November 2009 | 16:37:32

Monday, June 14, 2010

Menuntut Ilmu Agama

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama', berbahas dengan orang jahil atau menjadi tumpuan orang, maka ALLAH masukkah dia ke dalam Neraka..."

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 2 Mei 2009 | 19:21:02

Sunday, June 13, 2010

Adakah?

Ingatlah!
Kiamat tidak lama lagi akan berlaku...
Jelas, dunia kini semakin goncang...
Iman di dada semakin nipis...
Ajaran agama semakin dilupakan...
Jadi, cuba fikirkan sejenak...
Adakah amalan baik kamu selama ini mencukupi untuk dibawa menghadap YANG ESA sebelum kedengaran tiupan sangkakala?
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 30 Mac 2009 | 20:45:56

Perjalanan Kembara Sastera Hari Keempat (2)

Bertolak dari Menumbok ke Labuan...


Kesimpulannya... hari ini adalah perjalanan pulang ke Labuan... Yihuu...!

Perjalanan Kembara Sastera Hari Keempat

Dari Membakut kami bertolak ke Menumbok...

Saturday, June 12, 2010

Perjalanan Kembara Sastera Hari Ketiga (2)

Dari Sipitang kami bertolak ke Membakut. Dijangka akan bermalam di Membakut.

Ada aktiviti kebudayaan dengan masyarakat Membakut...

Dakwah dan Iman

Ingat!

Sesiapa yang ingin menyampaikan dakwah semata-mata kerana Allah, nescaya Allah akan bantu dia...
Insya-Allah...

Dakwah tulang belakang agama, iman tulang belakang kepada dakwah... Iman tu mestilah mantap. Tak ada iman, tak ada dakwah... Kita ni umat akhir zaman, iman kita nipis sangat-sangat. Itu lah yang kita risau...
Nabi pernah bersabda bahawa iman seseorang itu pada akhir zaman adalah sungguh nipis sekali... senipis kulit bawang.

Allah! Iman sudah senipis begitu kita tak ada rasa apa-apa... buat derk ja... Jadi, itu lah juga kita kena risau... Takut time sakaratulmaut, kita tak dapat ucap kalimah syahadah. Syaitan masa tu sedaya upaya mempengaruhi kita sedangkan iman kita sangat nipis...
Fikir-fikirkan lah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 25 Oktober 2009 | 22:40:20

Perjalanan Kembara Sastera Hari Ketiga

Dari Lawas kami bertolak ke Sipitang/Beaufort, Sabah.

Makan tengah hari, mengadakan pertemuan dan aktiviti kebudayaan yang dikelolakan oleh Pej.Ahli Parlimen Beaufort.

Friday, June 11, 2010

Nasihat sebelum tidur...

Sebelum tidur, eloklah jika kita menunaikan Solat Sunat dua rakaat, membaca Surah Al-Mulk dan memperbanyakkan zikrullah. Moga amal ibadat tersebut dapat menenangkan jiwa yang tidak tenang, hati yang tidak tenteram.. dan moga amanlah tidur kita...
Insya-Allah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 7 Oktober 2009 | 23:03:42
Buat tuan puteri yang mungkin tengah baring-baring atas katil, beradulah puteri dalam keadaan yang tenang dan mendapat mimpi yang elok... Selamat malam Athirah... Assalamu'alaikum :-)

Perjalanan Kembara Sastera Hari Kedua (2)

Dari Temburong, kami bertolak ke Lawas, Sarawak... akan bermalam di Lawas.

Ada pertemuan dengan penulis dan budayawan Lawas serta ada aktiviti kebudayaan.

Perjalanan Kembara Sastera Hari Kedua

Dari Limbang, kami bertolak ke Temburong, Brunei...

Ada perjumpaan dengan penulis dan budayawan Temburong...

Turut makan tengah hari dan solat Jumaat di Temburong...

Thursday, June 10, 2010

Ketakutan dan Taqwa

Takut yang sebenar-benarnya ialah azab Allah... Tanya diri sendiri dulu.. adakah amalan kita sepanjang hidup ni diterima oleh Allah? Mampukah amalan-amalan kita menjawab segala pertanyaan di kubur? Itu la yang kita kena risau...

Dahulu, orang-orang yang beriman, bila disebut saja nama ALLAH, dia gementar, takut... Bila dilaungkan azan, urat di kepalanya timbul... Adakah kita seperti mereka yang beriman ini?
Tepuk dada tanya iman...

Ingat, kita tidak confirm masuk Syurga tapi mungkin kita confirm masuk Neraka... Jadi, kita kena usaha atas iman dan amal supaya kita dapat elak dari Nraka... usaha sedaya upaya atas jalan Allah...
Insya-Allah...
Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 25 Oktober 2009 | 21:40:06

Perjalanan Kembara Sastera Hari Pertama (2)

Dijangka tiba di Limbang... Kami akan bermalam di sini...

Malam nanti ada aktiviti Sastera/Budaya dengan pengkarya Limbang.

Perjalanan Kembara Sastera Hari Pertama

Bertolak dari Terminal Feri W.P Labuan...

Kami akan bertolak ke Menumbok, Sabah. Dari Menumbok, kami akan meneruskan perjalanan ke Limbang, Sarawak.

Wednesday, June 9, 2010

Kesesatan Manusia Yang Tidak Disedari...

Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihina berabis oleh ALLAH. Siapa yang bermegah menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 24 November 2009 | 16:28:51

Kembara Sastera PERWILA

Entri kali ini hanya untuk pemberitahuan sahaja...

10 hingga 13 Jun 2010 (Khamis-Ahad), aku akan menyertai Program Kembara Sastera dalam rombongan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Sepanjang program tu aku tak akan ada di rumah (memang la tak ada kalau dah aku dalam kembara... hahahah...). Tapi, sepanjang perjalanan tu, blog aku ni akan post entri baru secara automatik.

Dalam entri-entri tu nanti ada entri tazkirah dan sebagainya. Dan aku juga menyelitkan entri nota perjalanan kami sepanjang Kembara Sastera tersebut... Jadi, awal-awal aku minta maaf kalau ada kesilapan dalam entri tu nanti sebab entri nota perjalanan kami tu hanyalah jangkaan sahaja. Bukan secara tepat.

Kepada yang ingin menghubungi aku (kalau ada apa-apa penting), boleh hubungi aku di nombor 019-8044993 (celcom) atau 012-8327939 (maxis). Tapi, lagi bagus bagi sesiapa yang ada MOKO.mobi. Boleh chat free di room aku. Moko ni biasa digunakan oleh pengguna maxis. 

Penerangan buat pengguna baru:
Masuk ja kat internet dalam fon tu (Home), lepas tu masuk kat link Community...
Kemudian, kat senarai Social Networks ada link Moko.Mobi... masuk la dalam tu.

Kat Moko, nickname aku RwijaTeyra_LsxM
Kepada pengguna Moko, add la aku k... Hehehe... (sempat pula promote budak ni...)

Ok... itu saja... tata... Wassalam...