N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/05/10 - 1/06/10

Ahad, 2 Mei 2010

Tentang aku...

Fuh! Baru aku ada masa tulis entri baru untuk blog ni. Sekarang ni pun aku masih dalam keadaan penat. Tak kisahlah... aku nak tulis juga entri blog ni. Hehehehehe...

Sebenarnya aku baru lepas baca entri dari blog seorang rakan... Lukhman Al-Yusufi... Beliau diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Engineering & Computer Science dan kalau tak silap akan mendaftarkan diri di sana pada 21 Mei 2010 ni.
Lukhman... rakan pena internet sejak aku tingkatan dua (2007) yang mempunyai bidang minat yang sama. Dia jugalah yang membantu menyunting teks syarahan aku yang digunakan untuk pertandingan Syarahan MTAQSS di Labuan. Isi itu juga yang aku petik untuk isi syarahan spontan... dan akhirnya aku mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang pertama kali aku sertai itu... Alhamdulillah... Dan kini, hasil usahanya selama ini, berjaya juga dia masuk ke UIAM...
UIAM tu... tempat yang pernah menjadi cita-cita aku untuk menyambung pelajaran (cita-cita tahun lepas). Secara jujurnya, sekarang aku dah tak mengharapkan nak masuk ke sana dah. Berapa banyak tempat yang menjadi impian aku dah aku tolak... dah tak mengharap sangat.

Yang aku lihat sekarang, di Melaka. Aku rasa sayang nak berhenti mempelajari Silat Gayong yang aku pelajari sekarang. Dah sampai peringkat Pelangi Hijau (pembantu Gurulatih)... tahun ni dah nak naik peringkat Pelangi Merah pula (Gurulatih)... aku rasa nak sambung lagi. Tapi, tahun depan aku tak pula nak sambung STPM. Aku nak terus ambil diploma. Dan bidang aku pula tak ada kat Labuan (kat sini ada UMSKAL saja) atau Sabah ni. Ada di Sabah... tapi, ambil STAM... aku yang tak mahu. Maksudnya, aku taklah dapat menyambung pelajaran Silat Gayong di Labuan. Tahun depan aku sambung silat Gayong  di Labuan (di Gelanggang Gayong SMK Mutiara) mungkin sampai bulan Mei saja... lepas tu aku akan sambung belajar ke luar Labuan yang aku masih belum pasti di mana akan diterima. Aku target di Melaka, KUIM... ada kemungkinan yang tinggi untuk aku sambung Gayong di sana.

Bila fikir semua tu, kadang-kadang aku rasa nak sangat cepat habis tahun ni, cepat masuk tahun depan. Nak sangat cepat tamat SPM... Tapi, bila fikir balik, kalau boleh janganlah cepat sampai hujung tahun. Kalau tamat saja persekolahan aku nanti, aku akan berpisah dengan ramai kawan-kawan. Walaupun aku taklah ramai sangat kawan rapat, tapi, perpisahan tu tetap aku rasakan.

Mungkin perasaan ini sama saja seperti dua tahun lepas sewaktu aku masih di tingkatan tiga. Tapi, sebenarnya ia amat berbeza. Kalau dulu, aku terpisah dengan kawan-kawan rapat pun, masih juga aku di Labuan. Ada la kawan yang pindah keluar Labuan, tapi bukanlah kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kalau dulu, kawan aku bukanlah satu atau dua saja...
Waktu aku sekolah rendah, aku bersahabat rapat dengan Farawati... naik tingkatan satu kami terpisah. Tapi, aku dapat sahabat baru, Mimi Nor Asmida (Miemiey). Sampaikan aku dan Miemiey pernah dikatakan adik-beradik, kembar. Hahahaha... sedangkan kami baru kenal waktu tingkatan satu.
Di tingkatan dua, melalui Miemiey, aku mula rapat dengan Afifi, Saifullah dan Faizzakwan, tapi lebih kepada Faiz sebab kami sama-sama minat dengan Detektif Conan. Dia Shinichi, aku Haibara (buang tebiat). Tapi, rapat kami taklah lama mana pun... banyak gosip... jadi, aku dan Faiz mulai berjauhan (bukan bercinta ya!)...
Di tingkatan tiga, Miemiey lebih banyak bersama dengan kawan-kawan yang lain terutamanya yang sama-sama dengan dia tuisyen (aku ni memang tak ada tuisyen). Tapi, aku taklah sunyi. Waktu aku sorang-sorang, Afifi selalu datang duduk depan berbual dengan aku. Waktu tu lah Saifullah atau Faiz atau kedua-duanya sekali datang kacau daun tengah-tengah kami dating berdua. Hahahaha... Afifi tu peramah, best kawan dengan dia. Pertengahan tahun (hampir hujung kot) sampai hujung tahun, akhirnya aku duduk sebelah Afifi. Mulanya meja tempat duduk aku dan Miemiey di hadapan meja guru yang betul-betul center tu, hanya ada meja aku dan Miemiey berdua saja. Tapi, Afifi yang mulanya duduk se-baris dengan Saifullah, Faiz, dan Khairul Azhar tu pindah mejanya ke sebelah aku. Jadilah kami duduk bertiga (agak ganjil sebab Afifi tu lelaki). Selain Afifi, Saifullah, dan Faiz (yang taklah seberapa rapat tu :p), aku kawan juga dengan Azila (Zylas). Tempat duduknya di kelas 3 Chrysanthemum dulu, di belakang aku. Selain tu, di luar kelas 3CST, aku rapat dengan M.Khairul Anwar (MKA), Muhamad Zain (sepupu tiri aku), dan senior aku yang juga merupakan ketua pengawas pada tahun itu, Azrul (abang). Waktu tu, boleh dikatakan ramai juga kawan aku. Belum masuk dalam internet lagi tu.
Tapi, bila masuk tingkatan empat, Abang Azrul dah tamat tingkatan lima, kawan-kawan aku dah tak sekelas dengan aku... sampai tawaran SM Teknik & Vokasional, Miemiey, Afifi, Faiz, Zain, dan MKA pindah ke sana. Tinggal Zylas dan Saifullah yang masih satu sekolah tapi, dorang duduk sekelas, aku yang terasing. Tu kira ok sikit lah. Masih sama-sama dalam Labuan (kecuali Abang Azrul yang sambung belajar di Melaka). Lagipun, dalam kelas aku sekarang pun ada juga kawan-kawan yang dulu sekelas dengan aku di CST.
Di tingkatan empat aku dapat seorang kawan rapat baru (tapi aku tak dapat kategorikan dia sebagai seorang sahabat). Sampai ke tingkatan lima kami rapat, tapi sekarang ada slack sikit disebabkan perangai dia juga. Cuma, disebabkan aku jenis open sebab aku tak banyak kawan, aku layan saja dia. Tapi, aku terkilan la... sekarang aku tak banyak kawan macam dulu. Aku dah jarang contact dengan kawan-kawan rapat lain. Si Zain yang tinggal satu simpang dengan aku tu pun aku jarang dapat jumpa. Apalagi si MKA yang tinggal di simpang sebelah (dia tinggal di perumahan). Tu belum lagi kawan-kawan yang lain.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa erti persahabatan tu...? Aku taklah salahkan kawan-kawan lama aku yang lain. Aku masih terima dorang sebagai sahabat... aku masih anggap dorang sahabat aku... tapi, bila aku duduk dalam kelas aku sekarang, terasa sunyinya. Ada kawan rapat, tapi macam bukan kawan dah. Macam terumbang-ambing rasanya. Tuju aku sekarang hanya pada kawan-kawan yang duduk berhampiran dengan aku dan 7 Wonder Gurlz saja. Tak pun, dengan kawan lelaki yang lain (lelaki dalam kelas tu memang tinggal berapa orang ja)... Boring-boring, aku nyanyi-nyanyi sendiri macam orang sakit jiwa... hahaha... terkenang zaman tingkatan tiga dulu. Di kelas aku ada kawan-kawan macam Afifi... dengan kawan-kawan sebas pun, MKA, Zain, abang Azrul,  kami sama-sama happy... terasa seronok dalam bas dan waktu-waktu menunggu bas... sekarang, bas sekolah terasa sunyi, dalam kelas pun terasa sunyi. Sebab tinggal aku 'seorang' saja. Nasib baiklah aku tak stress sangat duduk dalam kelas. Sebab ada juga part gila-gila dalam kelas tu. Boleh la juga sebagai ganti pada kerinduan zaman silam.

Hmm... siapalah agaknya yang berjaya mengembalikan keceriaan aku zaman sebelum aku masuk tingkatan empat, keadaan sebelum aku ada masalah pasal 'cinta'... aku sekarang memang banyak berubah... tak macam dulu dah... sebab tu aku suka dengar lagu-lagu nasyid sekarang (memang dari dulu pun). Boleh menyentuh hati aku... supaya aku sedar...
Baca penuh >>