N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/12/18 - 1/01/19

Isnin, 31 Disember 2018

Azam Dan Persahabatan

Cakap pasal azam, aku cuma dapat buat 7 dari 12 azam 2018 yang lepas. Tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. Yang tak lengkap pun, berkenaan Syakirin. Bukan boleh paksa budak kan. Hahahhahaa...

Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang setahun aku diagnose Bipolar Disorder type 2, dengan pelbagai cabaran tatkala berperang dengan diri sendiri, namun di akhir tahun ni aku mencapai satu ketenangan. Tatkala semua persoalan bertahun yang aku simpan sebelum ia terus menyerang fikiran aku dalam tiga bulan ni, akhirnya terjawab satu per satu.

Cuma yang aku harap... Aku masih punya sahabat.

Aku pernah rasa terpuruk apabila aku merasakan aku tiada siapa2 melainkan keluarga. Dan aku cuba hadap bahawa aku dah tiada kawan.

Tapi setelah itu aku terfikir, mungkin aku tidak sedar bahawa mereka yang aku anggap sahabat itu masih menganggap aku sahabat.

Dan ya, aku dapat semula sahabat-sahabat aku dalam situasi yang tidak aku jangka. Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku sebagai sahabat aku, menceriakan hari aku ☺️

Tentang kisah MKA dan Zack tu, dua-dua dah beri jawapan. Sekarang kami kembali bersahabat macam dulu. Alhamdulillah. Pasal Zen, aku belum dapat berhubung dengan dia. Silap aku juga sebab masa hantar mesej kepada semua sahabat aku, entah macammana nama dia tertinggal πŸ˜‚. Malang betul. Baru hari ni aku perasan. Teruk betul aku ni. Hahahhaha.

MKA kata dia masih simpan pensil hadiah dari aku lebih kurang 10-11 tahun lepas. Masalahnya aku tak dapat bayangkan rupa bentuknya dan tak ingat aku ada bagi. Hahahah... Tapi kami memang rapat dulu. Logik la aku ada bagi hadiah kan.

Zack pula hantar gambar namecard yang aku buat sendiri dulu-dulu. Dia bagitau dia masih simpan. Aku tersentak kejap. Sebab aku tak ingat aku pernah bagi dia, dan benda tu dah lama sangat 10-11 tahun lepas. Setakat namecard ja pun. Macam rare kalau ada yang masih simpan. Lagi-lagi dia ni dah berpindah-pindah tempat atas sebab sambung belajar dan kerja. Sedangkan aku yang berpindah-pindah ni pun dah kehilangan namecard aku sendiri. Kahkahkah...

Kad nama aku zaman dulu. Buat sendiri, cetak sendiri. Lamanya sudah ni. Tapi details tu aku dah tak gunakan atas sebab peredaran masa dan tempat menetap. Dan satu lagi, aku dah tak friendly sekarang ni kecuali dengan kawan-kawan rapat aku πŸ˜….

Persahabatan tu adakalanya pelik. Tapi setiap darinya pasti ada keunikan. Keunikan tu lah tanda yang ditinggalkan agar aku masih ingat pada pemilik keunikan tu. Pergghhh... Berfalsafah pula aku. Tapi aku tak pasti lah masuk tak dengan topik yang diceritakan ni. Hahahah...
Baca penuh >>

Sabtu, 29 Disember 2018

Terperangkap Dalam Memori Lalu

Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.

Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip semula di notepad handphone. Tapi cerita panjang untuk 3 tahun, walau diringkaskan pun tetap rasa penat menaip. Aku terpaksa berhenti rehat. Walaupun aku dah taip sampai habis, memori tu akan datang semula mengganggu. Dan aku tulis lagi, aku penat lagi.

Adakah itu namanya ilusi?

Baru hari Khamis aku berjumpa dengan doktor di Labuan untuk sementara aku bercuti di kampung, tapi tak dapat jalan penyelesaian masalah aku. Appointment dengan doc pakar Psy HKL 8 Januari ni terasa lama. Memori ni pula menghentam aku hampir setiap hari, berbulan dah pun.

Ini result ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) aku untuk hari ini. Semua keputusan 'Sangat Teruk'

Memori yang kerap menerjah fikiran aku tu sebenarnya mengenai persahabatan dan kisah keakraban aku dan kawan-kawan dalam tempoh sedikit kisah di tingkatan satu, kisah di tingkatan dua dan tingkatan tiga, serta sedikit kisah awal tahun tingkatan empat. Hanya ketika itu aku dapat kawan-kawan yang akrab sangat. Selepas kami terpisah di tingkatan empat, aku dah tak temui kawan rapat baru. Kecuali di kolej, seorang sahabat yang aku ikhlas dia datang kepadaku sebagai teman tatkala tiada sesiapa memilih dia, dan tiada sesiapa yang ikhlas bersamaku.

Untuk dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita, bukan mudah. Makanya tidak mudah untuk menyuruh aku mencari kawan baru untuk mental support.

Aku lebih memilih jalan selamat agar aku tidak kecewa berkali-kali. Ya, memang aku terperangkap dalam memori silam aku. Tapi bukan bermakna untuk keluar dari memori itu, aku perlu menjerut jiwa aku kembali.

Aku hanya inginkan jawapan dari memori lalu, bukan menambah beban baru.
Baca penuh >>

Selasa, 11 Disember 2018

Persoalan Tentang Persahabatan

Lama tak bersiaran rasanya. Dalam tempoh tu, mood aku naik turun. Kejap stabil, kejap tidak. Yang sering menganggu apabila aku mimpi tentang persoalan dan persahabatan.

Kisah mimpi pertama;

Tengah rehat-rehat sambil pakai mask mulut, terserempak Zen. Aku senyum sambil angguk angkat tangan nampak dia, tapi tiba-tiba muncul MKA. Aku terus bangun sambil turunkan mask.

Zen: (pandang aku dan MKA selang-seli)
Aku: Eh!
MKA: Eh!
Aku: Sihat ka sudah kau?
MKA: Aku sihat eh.
Aku: Bukan. Maksudku dari kemalangan tu.
MKA: Ya, memang sihat sudah ku.
Aku: Jadi kenapa kau nda sms aku?
MKA: Sms?
Aku: Nda kisah la messenger ka sms. Kenapa kau nda buat?
MKA: Aku rasa, kau salah faham ni.
Aku: Cuba kau bagitau aku apa yang aku salah faham? Atau kau punca salah faham ni?

Bunyi ringtone smartphone. Aku terbangun dari tidur tanpa tahu jawapannya.

Selepas berminggu berlalu, aku mimpi yang kedua pula;

Aku mimpi jumpa MKA, Zack, Saifullah, Khairul Azhar. Mimpi ni panjang, dan aku pun kurang faham. Aku ringkaskan part tertentu saja.

MKA tu aku panggil tapi tak nak pandang aku. Dibawa bercakap, tak menyahut. Kecewa aku. Aku marah-marah dan cuba kejar dia. Masa tu kami di tempat yang macam dalam corong, dan masing-masing berdiri di dinding corong yang tempat pijaknya sempit. Situasi ni cuma ada aku, MKA, Saifullah, dan Zack saja. Khairul Azhar dah balik dari tempat tu.

Masa aku marah-marah luah rasa kecewa tu, aku pening dan hampir jatuh ke dalam lubang corong tu sebab pandangan gelap tiba-tiba. Zack yang sambut dan tahan aku dari jatuh. Dia tarik aku ke dinding. Tapi dia berpaling dan tak cakap apa-apa. Macam tak nak pandang aku langsung. Aku yang rasa dia tak ikhlas terus membentak kecewa lagi. Dorang pun tinggalkan aku.

Keesokannya aku ke sana lagi, sebelah rumah ja. Terjumpa Zack dan kami jadi mesra. Siap pergi makan bersama. MKA terlihat dan terus menghadap lain.

Sampai situ ja mimpi yang aku ingat. Berulang perkataan kecewa yang paling banyak. Aku pantang dengan perkataan berulang, tapi memang ianya berulang.

Persoalan tentang persahabatan tu masih tergantunglah di situ. Nama Saifullah dan Khairul Azhar ja nama betul sebab dorang tiada isu. MKA, Zen, Zack tu nama samaran bagi mengelakkan ada pihak tersinggung.

Aku hendak bertanya, tapi aku sendiri risau. Risau aku yang akan terus kecewa seperti dalam mimpi-mimpi tu. Aku sayang persahabatan tu, tapi entah akukah yang bersalah sehingga persahabatan tu tergantung begitu saja.

Sepanjang aku dari zaman sekolah, sahabat perempuan aku tu tak banyak. Selalunya seorang sahaja. Zaman sekolah menengah, Mimi seorang ja sahabat perempuan akrab aku. Masuk zaman kolej, Zahidah lah yang jadi sahabat perempuan akrab aku.

Yang ramai aku berkawan, sahabat lelaki. Zaman sekolah menengah, aku rapat dengan lelaki. Memang ada yang datang tika dia memerlukan sahaja. Tapi MKA dan Zen ni, kami berhubung sehingga masing-masing masuk kolej. Entah kenapa tiba-tiba tergantung. Pasal Zack tu, aku nda tau kenapa aku marah sangat dengan dia. Hahahhahahaa. Tiba-tiba ada wataknya dalam mimpi dan dimarahi aku. Dia tu pun macam biskut kewujudannya.

Tunggu aku ada kekuatan hati, akan aku luahkan jua persoalan tu kepada tuan badan. Aku masih ingat persahabatan tu.

Mungkin jua apa yang diperkatakan MKA tujuh tahun lepas ni akan jadi kenyataan:


Baca penuh >>