N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 2018

Isnin, 31 Disember 2018

Azam Dan Persahabatan

Cakap pasal azam, aku cuma dapat buat 7 dari 12 azam 2018 yang lepas. Tapi tak apa, hidup perlu diteruskan. Yang tak lengkap pun, berkenaan Syakirin. Bukan boleh paksa budak kan. Hahahhahaa...

Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang setahun aku diagnose Bipolar Disorder type 2, dengan pelbagai cabaran tatkala berperang dengan diri sendiri, namun di akhir tahun ni aku mencapai satu ketenangan. Tatkala semua persoalan bertahun yang aku simpan sebelum ia terus menyerang fikiran aku dalam tiga bulan ni, akhirnya terjawab satu per satu.

Cuma yang aku harap... Aku masih punya sahabat.

Aku pernah rasa terpuruk apabila aku merasakan aku tiada siapa2 melainkan keluarga. Dan aku cuba hadap bahawa aku dah tiada kawan.

Tapi setelah itu aku terfikir, mungkin aku tidak sedar bahawa mereka yang aku anggap sahabat itu masih menganggap aku sahabat.

Dan ya, aku dapat semula sahabat-sahabat aku dalam situasi yang tidak aku jangka. Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku sebagai sahabat aku, menceriakan hari aku ☺️

Tentang kisah MKA dan Zack tu, dua-dua dah beri jawapan. Sekarang kami kembali bersahabat macam dulu. Alhamdulillah. Pasal Zen, aku belum dapat berhubung dengan dia. Silap aku juga sebab masa hantar mesej kepada semua sahabat aku, entah macammana nama dia tertinggal πŸ˜‚. Malang betul. Baru hari ni aku perasan. Teruk betul aku ni. Hahahhaha.

MKA kata dia masih simpan pensil hadiah dari aku lebih kurang 10-11 tahun lepas. Masalahnya aku tak dapat bayangkan rupa bentuknya dan tak ingat aku ada bagi. Hahahah... Tapi kami memang rapat dulu. Logik la aku ada bagi hadiah kan.

Zack pula hantar gambar namecard yang aku buat sendiri dulu-dulu. Dia bagitau dia masih simpan. Aku tersentak kejap. Sebab aku tak ingat aku pernah bagi dia, dan benda tu dah lama sangat 10-11 tahun lepas. Setakat namecard ja pun. Macam rare kalau ada yang masih simpan. Lagi-lagi dia ni dah berpindah-pindah tempat atas sebab sambung belajar dan kerja. Sedangkan aku yang berpindah-pindah ni pun dah kehilangan namecard aku sendiri. Kahkahkah...

Kad nama aku zaman dulu. Buat sendiri, cetak sendiri. Lamanya sudah ni. Tapi details tu aku dah tak gunakan atas sebab peredaran masa dan tempat menetap. Dan satu lagi, aku dah tak friendly sekarang ni kecuali dengan kawan-kawan rapat aku πŸ˜….

Persahabatan tu adakalanya pelik. Tapi setiap darinya pasti ada keunikan. Keunikan tu lah tanda yang ditinggalkan agar aku masih ingat pada pemilik keunikan tu. Pergghhh... Berfalsafah pula aku. Tapi aku tak pasti lah masuk tak dengan topik yang diceritakan ni. Hahahah...
Baca penuh >>

Sabtu, 29 Disember 2018

Terperangkap Dalam Memori Lalu

Fikiran aku rasa terganggu. Memori zaman sekolah, berkawan dengan seseorang, sentiasa berulang-ulang kisahnya dalam fikiran. Pelbagai rasa ada, ketawa, malu, kecewa, terkilan. Rasa tu mengganggu setiap kali memori tu bermain semula di layar fikiran.

Sampai dah sukar nak tahan, cerita tu aku taip semula di notepad handphone. Tapi cerita panjang untuk 3 tahun, walau diringkaskan pun tetap rasa penat menaip. Aku terpaksa berhenti rehat. Walaupun aku dah taip sampai habis, memori tu akan datang semula mengganggu. Dan aku tulis lagi, aku penat lagi.

Adakah itu namanya ilusi?

Baru hari Khamis aku berjumpa dengan doktor di Labuan untuk sementara aku bercuti di kampung, tapi tak dapat jalan penyelesaian masalah aku. Appointment dengan doc pakar Psy HKL 8 Januari ni terasa lama. Memori ni pula menghentam aku hampir setiap hari, berbulan dah pun.

Ini result ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) aku untuk hari ini. Semua keputusan 'Sangat Teruk'

Memori yang kerap menerjah fikiran aku tu sebenarnya mengenai persahabatan dan kisah keakraban aku dan kawan-kawan dalam tempoh sedikit kisah di tingkatan satu, kisah di tingkatan dua dan tingkatan tiga, serta sedikit kisah awal tahun tingkatan empat. Hanya ketika itu aku dapat kawan-kawan yang akrab sangat. Selepas kami terpisah di tingkatan empat, aku dah tak temui kawan rapat baru. Kecuali di kolej, seorang sahabat yang aku ikhlas dia datang kepadaku sebagai teman tatkala tiada sesiapa memilih dia, dan tiada sesiapa yang ikhlas bersamaku.

Untuk dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita, bukan mudah. Makanya tidak mudah untuk menyuruh aku mencari kawan baru untuk mental support.

Aku lebih memilih jalan selamat agar aku tidak kecewa berkali-kali. Ya, memang aku terperangkap dalam memori silam aku. Tapi bukan bermakna untuk keluar dari memori itu, aku perlu menjerut jiwa aku kembali.

Aku hanya inginkan jawapan dari memori lalu, bukan menambah beban baru.
Baca penuh >>

Selasa, 11 Disember 2018

Persoalan Tentang Persahabatan

Lama tak bersiaran rasanya. Dalam tempoh tu, mood aku naik turun. Kejap stabil, kejap tidak. Yang sering menganggu apabila aku mimpi tentang persoalan dan persahabatan.

Kisah mimpi pertama;

Tengah rehat-rehat sambil pakai mask mulut, terserempak Zen. Aku senyum sambil angguk angkat tangan nampak dia, tapi tiba-tiba muncul MKA. Aku terus bangun sambil turunkan mask.

Zen: (pandang aku dan MKA selang-seli)
Aku: Eh!
MKA: Eh!
Aku: Sihat ka sudah kau?
MKA: Aku sihat eh.
Aku: Bukan. Maksudku dari kemalangan tu.
MKA: Ya, memang sihat sudah ku.
Aku: Jadi kenapa kau nda sms aku?
MKA: Sms?
Aku: Nda kisah la messenger ka sms. Kenapa kau nda buat?
MKA: Aku rasa, kau salah faham ni.
Aku: Cuba kau bagitau aku apa yang aku salah faham? Atau kau punca salah faham ni?

Bunyi ringtone smartphone. Aku terbangun dari tidur tanpa tahu jawapannya.

Selepas berminggu berlalu, aku mimpi yang kedua pula;

Aku mimpi jumpa MKA, Zack, Saifullah, Khairul Azhar. Mimpi ni panjang, dan aku pun kurang faham. Aku ringkaskan part tertentu saja.

MKA tu aku panggil tapi tak nak pandang aku. Dibawa bercakap, tak menyahut. Kecewa aku. Aku marah-marah dan cuba kejar dia. Masa tu kami di tempat yang macam dalam corong, dan masing-masing berdiri di dinding corong yang tempat pijaknya sempit. Situasi ni cuma ada aku, MKA, Saifullah, dan Zack saja. Khairul Azhar dah balik dari tempat tu.

Masa aku marah-marah luah rasa kecewa tu, aku pening dan hampir jatuh ke dalam lubang corong tu sebab pandangan gelap tiba-tiba. Zack yang sambut dan tahan aku dari jatuh. Dia tarik aku ke dinding. Tapi dia berpaling dan tak cakap apa-apa. Macam tak nak pandang aku langsung. Aku yang rasa dia tak ikhlas terus membentak kecewa lagi. Dorang pun tinggalkan aku.

Keesokannya aku ke sana lagi, sebelah rumah ja. Terjumpa Zack dan kami jadi mesra. Siap pergi makan bersama. MKA terlihat dan terus menghadap lain.

Sampai situ ja mimpi yang aku ingat. Berulang perkataan kecewa yang paling banyak. Aku pantang dengan perkataan berulang, tapi memang ianya berulang.

Persoalan tentang persahabatan tu masih tergantunglah di situ. Nama Saifullah dan Khairul Azhar ja nama betul sebab dorang tiada isu. MKA, Zen, Zack tu nama samaran bagi mengelakkan ada pihak tersinggung.

Aku hendak bertanya, tapi aku sendiri risau. Risau aku yang akan terus kecewa seperti dalam mimpi-mimpi tu. Aku sayang persahabatan tu, tapi entah akukah yang bersalah sehingga persahabatan tu tergantung begitu saja.

Sepanjang aku dari zaman sekolah, sahabat perempuan aku tu tak banyak. Selalunya seorang sahaja. Zaman sekolah menengah, Mimi seorang ja sahabat perempuan akrab aku. Masuk zaman kolej, Zahidah lah yang jadi sahabat perempuan akrab aku.

Yang ramai aku berkawan, sahabat lelaki. Zaman sekolah menengah, aku rapat dengan lelaki. Memang ada yang datang tika dia memerlukan sahaja. Tapi MKA dan Zen ni, kami berhubung sehingga masing-masing masuk kolej. Entah kenapa tiba-tiba tergantung. Pasal Zack tu, aku nda tau kenapa aku marah sangat dengan dia. Hahahhahahaa. Tiba-tiba ada wataknya dalam mimpi dan dimarahi aku. Dia tu pun macam biskut kewujudannya.

Tunggu aku ada kekuatan hati, akan aku luahkan jua persoalan tu kepada tuan badan. Aku masih ingat persahabatan tu.

Mungkin jua apa yang diperkatakan MKA tujuh tahun lepas ni akan jadi kenyataan:


Baca penuh >>

Ahad, 18 November 2018

Mimpi Sampai Tergigit Lidah

Dua malam berturut-turut sudah setiap kali aku tidur, akan terjaga dalam lingkungan jam dua pagi. Dan setiap kali terjaga, lidah tepi kiri aku sakit, mungkin tergigit ketika tidur.

Mimpi malam yang pertama tu aku dah tak ingat. Seperti biasa memori aku akan hilang walau aku masih ingat ketika bangun tidur.

Tatkala aku menaip ini, aku baru bangun dari mimpi yang tidak baik. Buat aku rasa stress. Dalam mimpi tadi, aku seperti bertarung melawan kejahatan. Masalahnya yang jahat dalam mimpiku itu ialah sepupuku sendiri. Berebutkan harta. Astaghfirullah al-azim.

Aku tidur dalam jam sembilan malam hingga dua pagi, terasa mimpi yang lama. Bangun dalam keadaan tertekan, kemudian terserempak dengan adikku. Dia sarankan aku ke tandas lepas tu minum air. Selepas aku buat semua tu, aku capai telefon pintarku untuk menaip.

Mimpi tu bukan sekadar perebutan harta, malah pembunuhan. Yang jahat tu nak capai matlamatnya, dia bunuh orang lain. Kami lari macam merempat. Di situ aku jumpa kawan-kawan rapatku zaman sekolah. Kawan rapatku kebanyakannya lelaki, jadi itulah yang aku jumpa. Dikejar oleh sepupu aku sebab dia nak bunuh kami. Kami kunci rumah depan belakang. Ramai-ramai kami bersempit dalam rumah dan memekakkan telinga ketika sepupu aku tu menggendang pintu dengan kuat agar dibuka. Nak keluar masuk dari kawasan rumah pun terpaksa menyelinap agar tidak diketahui. Rupa-rupanya ada tanah yang dia nak lagi tapi sudah jatuh atas nama aku. Patutlah dia tak puas hati dan berterusan menganggu kami. Malah, sesiapa yang menghalang akan menemui maut.

Mimpi gila!



Baca penuh >>

Isnin, 12 November 2018

Dua Hari Lagi Flight Ke Labuan

Lagi dua hari aku dan anak akan balik Labuan. Kali ni zauji tak ikut sekali. Rasa berdebar ja. Tiba-tiba rasa down. Masih berharap segalanya under control. Nampak gayanya aku perlu bergantung pada ubat. Tadi aku nangis sendiri. Nak faham diri sendiri pun rasa susah. Berperang dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku gelar diri aku fighter. Nak tak nak, aku kena lawan derita aku sendiri.

Sekadar luahan aku. Rasa overthinking ni bukannya seronok.
Baca penuh >>

Sabtu, 3 November 2018

Belum Tidur



Assalamualaikum, selamat tengah malam, readers. Tengah malam, dah gelap pun. Tapi mata belum tidur. Datang lagilah mania aku ni. Nasib baik zauji ada belikan roti untuk santapan aku.

Beginilah aku ni. Datang high, macam-macam idea dalam kepala otak. Diluahkan dalam coretan karya kadang-kadang tidak menjadi. Idea ada, tapi kata-kata terbatas. Selalu macam tulah. Lepas tu, aku yang tak dapat tidur. Sekarang dah kembali menulis blog, app BlogIt! pun memang standby di homescreen smartphone aku. Bolehlah aku nak merapu πŸ€ͺ.

Ni nak merapu pun tiada idea πŸ˜†.

Tadi aku ternampak post ni di Facebook:
Jadi datanglah difikiranku mau hantar karya. Tapi aku tahu ilham menulis aku terbatas. Jadi aku korek ja la karya lama. Ada. Masalahnya mania aku datang lagi. Aku mau tulis baru juga. Luan majal (paksa), aku try tulis cerpen. Hambar πŸ˜‚.

Aku try bagi satu tajuk untuk puisi. Aku tutup mata bayangkan apa kisah dalam puisi aku. Terus dapat sikit-sikit perkataan ilham untuk puisi baru aku. Perlahan-lahan aku sambung, sampai rangkap terakhir. Tu pun mula-mula aku sangka belum habis lagi. Tapi bila baca semula, baru aku puas hati. Esok aku hantarlah dua puisi aku.

InsyaAllah ini langkah pertama aku untuk terus memghantar karya. Aku dah menulis karya semula. Tapi tak pantas macam dulu. Semenjak aku makin 'sakit', sukar untuk aku kawal kemahuan minda aku. Lost terus dulu susah mau dapatkan ilham. Lama sangat aku tinggal.

Bipolar Disorder kan successful person. Keep fighting πŸ’ͺ🏼. Yakin aku boleh.


Nak tau siapa contoh 20 successful people yang struggled with Bipolar Disorder tu, klik pautan ni:



Baca penuh >>

Isnin, 29 Oktober 2018

Depression

Hari ni dari pagi asyik menangis. Sampai ke petang, ada lagi yang ditangiskan. Kalau anak nampak, cepat-cepat aku lap. Bukan malu, tapi aku tahu dia akan risau dan lap air mata aku tu. Kalau air mata tak berhenti, mesti dia risau sebab tak. Nak air mata tu terus ada. Terima kasih, anak.

Aku tiba-tiba teringat, setiap kali appointment aku dengan pakar ketika aku fasa depress, mesti aku akan bercakap tentang keluarga aku yang di Labuan. Ya, aku tahu punca sakit aku bermula dari sana walaupun tidak ketara dan belum teruk. Sayangnya zaman tu tiada kesedaran mengenai mental illness. Aku tak tahu aku sakit. Aku tak tahu keluarga aku sakit. Dan kalau tahu pun, orang akan mengata sebagai 'gila'. Sakitnya hidup dalam stigma masyarakat.


Terima kasih kepada pihak yang banyak share mengenai kesedaran penyakit mental. Dari situ membawa aku ke Klinik Kesihatan dan diberikan surat rujukan ke Pakar Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dan selepas beberapa kali perjumpaan, aku di-diagnosis menghidap Bipolar Disorder type 2. Akan datang aku share pasal sakit aku ni. Hari ni aku nak cerita umum ja.

Bila depress (murung) ni, bukan main-main tau. Sekurang-kurangnya kemurungan dua minggu dengan perasaan-perasaan down gila. Ada orang yang cederakan diri, ada yang hadir rasa nak bunuh diri. Macam aku mula-mula refer pakar, aku ada perasaan nak mencederakan suami dan anak.

Aku pernah nampak ibu aku sakit masa aku kecil. Dan sekarang aku dapat rasakan sakit ibu aku tu dalam diri aku. Syukur aku tidak berdendam dengan ibu sendiri untuk kisah masa laluku. Dan syukur Allah banyak hilangkan memori-memori pahit ketika aku kecil. Moga anakku tidak berdendam dengan bondanya sendiri.

Kita kalau ada di kalangan keluarga atau rakan yang ada masalah kesihatan mental, tolong jangan abaikan dorang. Bantu mereka. Bantuan korang sangat penting agar nanti korang tidak mendengar berita pesakit tu bunuh/cederakan diri atau membunuh/mencederakan orang.

Mohon jangan ada yang melabel pesakit mental sebagai lemah iman atau tiada iman. Sangat-sangat zalim bagi mereka yang melabel sedemikian. Pesakit mental ni sakit. Kalau dah sakit, perlu jumpa doktor. Berilah mereka ruang untuk konsultasi dengan pakar. Kota sepatutnya menjadi semangat untuk mereka terus melawan sakit mereka. Bukan mudah untuk berhadapan dengan sakit ni. Kita kalau sakit perlu ada kekuatan mental, tapi yang sakit tu pada mental sendiri.

#kamikisah kerana kesedaran kesihatan mental amatlah penting untuk setiap keluarga dan komuniti. Hentikan sebarang stigma ke atas penyakit mental dan terhadap pesakit mental.
#kamikisah kerana kami sebahagian daripada mereka.

Yang diberi rezeki survive dan diberi kesembuhan, syukur. Yang tiada rezeki untuk sembuh dan terus suffer dengan depression, moga terus kuat sebagai fighter. Kita semua hebat.

#mentalMalaysia #wecare #hentikanstigma #kamikisah #worldmentalhealthday

Public Health Malaysia ada menyediakan ujian DASS (Saringan Kesihatan Mental) secara atas talian. Namun ia hanyalah ujian awal yang bukannya diagnosis sebenar. Perlu rujuk dengan pakar untuk diagnosis yang sebenar. Boleh klik pautan berikut untuk membuat ujian: https://www.psytoolkit.org/cgi-bin/psy2.5.1/survey?s=LPkv6
Baca penuh >>

Mimpi

Julai lepas aku mimpi jumpa satu kawan perempuan ni. Dalam mimpi aku kenal dia, tapi di alam nyata aku tak tahu siapa dia. Aku jumpa dia kat satu tempat ni macam stadium. Sebab tempat duduk bertingkat-tingkat.

Di depan kawan aku tu ada lelaki. Aku tanyalah dia, siapa depan dia tu. Dia bagitahu lelaki depan dia tu adik beradik, adik dia sebaya aku, satu sekolah dengan aku sekolah rendah dulu. Terus aku kenal siapa lelaki tu melalui hint dia. Aku refuse untuk diperkenalkan sebab aku segan. Tapi sebab kawan perempuan aku ni dah cakap dengan dorang, lelaki yang si adik tu menjenguk depan muka aku.

Sejak tu dia kerap datang jumpa aku. Sampai ada satu time tu kami berjumpa di satu tempat. Tiba-tiba kena tayangkan macam wayang di layar, video pembunuhan kejam. Mangsa ditimpa blok batu besar sampai mangsa hancur berkeping-keping. Terus-terus ditayangkan dengan cara pembunuhan lebih kurang pada mangsa-mangsa lain. Ngeri gila sebab aku nampak macam real. Sangat-sangat trigger sampaikan aku tutup telinga tutup mata, tapi tayangan tu tetap kelihatan dalam mata aku yang tertutup. Aku pula makin tak kuat, rasa macam nak bergulung. Mental aku betul-betul terganggu, sakit rasanya. Kawan lelaki aku tu ada sebelah, dia pegang aku untuk tenangkan perasaan aku lepas tu dia yang minta tutup tayangan tu. Dia hadang tayangan yang masih terpasang guna tangan dia.

Mimpi tu betul-betul buat aku terganggu berminggu-minggu lepas aku bangun dari tidur. Lambat aku nak move on sendiri. Sampai sekarang pun aku masih ingat details mimpi tu walaupun dah berbulan berlalu. Aku bercerita ni pun sambil bayangan mimpi tu macam tengah play di depan mataku.

***

Semalam pula aku mimpi kisah pembunuhan. Tapi watak dalam mimpi aku ni semua aku tak kenal di alam nyata. Yang ni ingatan aku tak kuat sangat. Yang aku tahu, sepasang suami isteri ni saling merindu. Tapi suami dia ada kerja yang membuatkan dorang tak dapat tinggal serumah. Suami dia titipkan isteri dia kat orang yang dia percaya. Macam orang yang dia hormati. Tapi dia tak sangka orang tu akan bunuh isteri dia dan bagi pelbagai alasan masa si suami nak jumpa isteri dia. Punca dia bunuh tu sebab kantoi dengan si isteri tu yang dia ada buat kerja haram.

Lepas tu bila si suami tu dah syak dan ada tanda-tanda isteri dia dah mati, dia marah lah. Tapi sayangnya dia pun kena bunuh. Lepas tu ada lagi watak-watak yang nak bongkar kejahatan orang tu kena bunuh. Ada dalam 4 orang kalau tak silap jadi mangsa bunuh. Turn aku pula mengamuk masa tu. Aku tak puas hati sebab dia bunuh orang, sampai empat. Dan mangsa tu pula macam di bawah tanggungan aku. Aku tak faham sangat hubungan dalam mimpi ni. Tapi kiranya aku nak balas dendam lah. Sampai akhirnya dia kalah dan perlu bayar balik kesalahan dia. Nangis-nangis aku time tu. Kalau tak silap, di akhir mimpi tu dia bayar denda 60 dirham. Itu pun masih tidak mencukupi. Tapi mangsa bunuh tetap tak boleh dikembalikan.

***

Aku tak suka mimpi tentang pembunuhan. Tiap kali aku bangun tidur, aku akan blur. Tapi ada dua malam lepas aku baru tidur. Entah apa cerita mimpi aku tu tiba-tiba minyak masak hang tengah panas dalam kuali tu tersimbah menghala aku. Aku dalam mimpi tu terkejut sampai aku terbangun dari tidur dalam keadaan terkejut juga. Macam betul. Sakit dada aku. Dah la aku selalu masak makanan bergoreng, dapat mimpi macam tu memang buat aku terganggu la.

***

Aku cuma berharap dapat tidur dan mimpi yang menenangkan. Sebab waktu tidur sahaja waktu rehat mental dan fizikal yang aku ada. Kalau mental aku tak dapat rehat, fizikal aku pun tak cukup kuat sebab tertanggung sekali kepenatan tu.

Aku share sikit berkenaan penyakit mental:
Baca penuh >>

Ahad, 28 Oktober 2018

Lupa

Malam semalam zauji bawa jalan-jalan di NSK Kuchai Lama. Saja bawa anak bermain di pusat hiburan kanak-kanak tu. Lepas tu makan di MarryBrown.
  
Makan aiskrim, set ayam, french fries. Zauji makan nasi kari kapitan MarryBrown. Walaupun ayam ja. Di rumah pun masak ayam salut tepung. Tapi direhatkan dari memasak tu buat lagi tambah sedap.

Tengah makan sambil bersembang, zauji cakap pasal urine pregnancy test (upt). Dia bagitau pernah beli di Watson, Taman Desa, murah. Katanya masa tu Syakirin dah ada, tapi beli sebab sangka ada lekat baru.

Masalahnya, tiada dalam memori aku walau sedikit pun. Aku ingat pasal aku pernah beli upt di 7eleven yang mahal tu. Tapi di StarParc Point masa aku kerja. Aku tak ingat situasi yang zauji cakapkan. Aku lost lagi.

Lepas dari NSK, zauji bawa aku ke Watson tu sebelum balik. Tak jauh pun dari rumah sebab kami memang tinggal di Taman Desa. Aku masih tak boleh recall memory. Kami ke Watson tu nak beli upt lagi. Awal lagi sebenarnya dari kitaran period. Tapi memenuhi keinginan suami, baru-baru ni dia mimpi kami dapat baby girl.

Pagi ni aku buat test, result negative. Kalau ada rezeki tu, nanti adalah. Aku dah pesan zauji awal-awal semalam, janhan terlalu mengharap, aku takut dia kecewa nanti.
Baca penuh >>

Sabtu, 27 Oktober 2018

Perbelanjaan Percutian

Kalau nak cerita pasal bercuti, siapa tak nak kan. Aku suka kalau zauji ajak bercuti. Tapi situasi sekarang hanya zauj seorang yang bekerja, aku pula Work At Home Mom (WAHM), perbelanjaan dah tak boleh besar-besar.

Kalau ngam zauj dalat bonus, boleh lah sakan bercuti sampai ke Perlis perginya. September lepas kebetulan rezeki bisnes aku terima banyak tempahan. Dapatlah dalam RM300 lebih macam tu, buat belanja kami ride ke Melaka. Ride bertiga ke Bandaraya Melaka dan Pantai Klebang.


Aku suka bercuti dengan ride motor ni. Senang nak ke mana-mana. Nak parking pun senang. Tapi percutian ke Melaka ni bukan kami tiga beranak saja. Kami join group dari Johor πŸ˜…. Tapi dorang naik satu kereta.

Percutian berkumpulan πŸ˜ƒ. Tapi dorang ni memang dah awal rancang percutian. Kami ni saja sikap buat keputusan last minutes πŸ€£. Tiba-tiba dah sampai Melaka. Bising juga la dorang sebab kami naik motor ja jalan jauh dari KL.

Nda apalah. Asalkan dapat kasi jumpa si kembar ni, kira ok lah. Aku belum cerita lagi di blog ni pasal si kembar kan. Dorang ni kongsi tarikh dan tahun kelahiran. Bezanya, Syakirin lahir siang, Sumayyah lahir malam. Padahal bonda dan ibu masing-masing mengandung beza sebulan πŸ˜‚. Sorang lahir awal dari due date, sorang lahir lewat dari due date. Berjanji agaknya. Kelahiran si kembar ni lah yang merapatkan ukhuwah kami laki bini dengan ipar biras aku. Ipar aku tu step-sister zauji. Sejak rapat, kerap rancang percutian bersama. Kalau kami mampu, kami ikut ja ke mana dorang bercuti.

Sekarang ni pun zauji dan ipar biras tengah rancang percutian hari Deepavali awal November nanti. Aku tak nak campur sangat sebab aku tak sampai hati. Walau aku tak tengok balance gaji zauji selepas tolak bayaran keperluan bulanan, aku dah boleh agak berapa sangatlah yang tinggal. Aku pula sejak akhir-akhir ni tak sihat sangat. Sepanjang tu aku tak buat iklan bisnes aku, sebab aku rasa tak ada semangat nak buat kerja.
Untuk percutian kali ni, aku just pesan pada zauji agar rancang percutian yang tak banyak guna duit. Aku tak ada duit. Pertengahan November ni aku dan Syakirin dah balik Labuan. Hujung November pula nak ke Sabah ada urusan. Aku perlu juga simpan duit sikit untuk kegunaan aku dan anak sepanjang di Borneo sampai hujung Disember nanti.

Baca penuh >>

Jumaat, 26 Oktober 2018

Trigger Dengan Coding

Astaghfirullah al azim... Aku dalam mood susun atur blog aku ni. Lama sangat terbiar, mana-mana yang perlu buang tu, aku buang lah. Ada yang perlu update atau tambah. Sebahagian yang aku update dan tambah tu ada guna code html sikit. Html ringkas, tiada apa lah. Copy & paste ja pun.

Sampai satu benda ni aku ingat nak tambah. Sekali aku check caranya, perlu buka html layout dan edit dalam html tu. Tiba-tiba aku rasa terganggu tengok code html tu. Aku tak boleh tangkap mana yang nak diubah suai dan mana yang statik. Hampir-hampir aku kena panic attack. Segera aku scoll arah lain sebab aku tiba-tiba rasa tak kuat.

Mungkin aku perlu slow-slow nak aktif semula blogging ni. Lama sangat tinggal, jiwa aku dah rasa janggal. Terkejut agaknya.
Baca penuh >>

Blog Ini Kisah Aku

Banyak kisah aku yang aku ceritakan dalam blog sebelum ni, sebahagiannya kisah yang aku sendiri dah lupa. Dulu aku menulis untuk dijadikan tatapanku suatu masa nanti. Dan syukurlah dulu aku rajin menulis diari di blog, entri-entri tu sangat bermakna untuk aku sekarang.

Pabila memori mulai singkat, banyak hal yang aku keliru sebab aku dah tak ingat. Aku pula mudah murung berhari-hari atau berminggu-minggu sebab tiba-tiba ada rasa bersalah atau terkilan dalam hati aku. Masa tu aku boleh sedih tanpa sebab, cepat melenting, atau mudah menangis.

Dalam lebih sebulan ni pun aku dalam fasa kemurungan. Aku tercari-cari siapa diri aku. Aku rasa aku dah banyak berubah demi orang lain sehingga aku terlupa karakter asal aku.


Sekarang aku dah mula cari pakaian style aku dulu-dulu. Beli hoodie, kemeja, tshirt. Kalau boleh, nak beli seluar juga. Aku nak bina semula karakter aku. Mungkin aku nak jadi lebih confident.

Ada orang perempuan kata, nak jadi lebih berkeyakinan diri, dorang pakai makeup walaupun simple. Aku dah cuba, dan aku pula yang fed up. Sebab aku mudah rasa gatal-gatal kat muka atau kadang-kadang kulit mengelupas. Bibir pula memang jenis cepat merekah. Jadi sekarang aku kembali jarang-jarang touch up muka πŸ˜….


Sebelum ni aku agak unsecured bila orang sangka aku adik atau anak saudara zauji. Pernah orang sangka aku dan anak aku tu adik beradik πŸ˜‚. Memang lah rasa seronok orang pandang kita muda. Tapi aku rasa macam susah buat sesuatu apabila orang sangka kita ni budak sekolah rendah πŸ˜‘.

Baru-baru ni aku dah start berpakaian seperti aku zaman remaja dulu. Kalau tak silap, ipar ada tegur berkemungkinan orang anggap aku budak sekolah. Ya juga kan πŸ€”. Tapi aku dah mula abaikan. Macammana aku try hard pun, end up aku jadi orang lain. Jadi macam orang yang tak confident pula.


Aku ada satu masalah lagi sejak dulu. Aku tak pandai nak pilih sendiri baju yang nak dibeli 🀣. Kebanyakan baju seluar yang aku ada ialah pilihan ibu. Sampai dah kahwin beranak pun minta tolong ibu lagi πŸ˜†. Kalau dengan zauj, memang dia la yang aku selalu tanya. Dan hoodie kat dalam gambar tu, ipar aku yang pilihkan. Nampak sangat la aku nda berapa pandai memilih bab-bab pakaian ni πŸ˜….
Baca penuh >>

Punca Imbau Kembali

Aku dah taip panjang sebenarnya. Tapi entri aku hilang tiba-tiba. Dah la masa aku taip tu berdasarkan apa yang terus menghujani fikiran aku. Nak taip balik, memang rasa lost lah. Sabar ja lah.

***

Pasal imbau kembali. Perkara ni dah berulang kali berlaku sebenarnya. Dan setiap kali aku throwback tanpa sengaja, pasti zauji (suami) aku yang jadi mangsa. Terpaksalah. Sebab kalau aku tak luahkan apa yang menyerang fikiran aku tu, akulah yang menderita menghadapinya.

Ada satu kisah ni, macam looping ja dalam fikiran aku. Sebab entah kali keberapa sudah aku cerita kisah yang sama dengan zauji. Kesian juga lah sebab dia terpaksa dengan cerita ulang-ulang macam siaran tv. Aku sendiri tak pasti kenapa kisah ni terus berulang menerjah fikiran aku. Bagaikan ada dendam yang belum terlerai.

***

Untuk terjahan kembali memori tu, bermula baru-baru ini nama dia naik kat notification birthday. 14 Oktober tu birthday dia, dan aku pula mengada pergi wish "Happy Birthday, Shinichi πŸ™„". Dari situ, tiba-tiba memori tingkatan 2 aku datang.

Aku dengan Shinichi memang dah satu kelas dari tingkatan 1. Tapi masa tu aku anggap dia ni si minta puji ja πŸ˜…. Jahatnya aku 🀣. Yang aku kutuk tu juga la jadi kawan aku kemudiannya πŸ˜‚.

Di tingkatan 2 kami start rapat sebab minat kami sama, Detektif Conan. Tapi rapat bukan berdua, sekali ada si Miemiey juga. Kan aku dengan Miemiey macam adik beradik konon. Shinichi yang selalu datang ke meja kami, lepak sama. Macam study group la kononnya. Masa tu sama-sama meningkat remaja, perangai bermain dan tidak serius tu memang ada la. Main baling-baling kertas 🀣, rebut barang. Macam nda matang pula πŸ˜….

Seingat aku, untuk kerja-kerja berkumpulan, Shinichi akan satu kumpulan dengan aku dan Miemiey. Ingat lagi aku pasal kerja KOMSAS, kami satu group untuk lakonan drama tajuk Angin. Aku jadi Angin, Shinichi jadi Ribut abang aku. Pelik gila dowh aku kena panggil dia 'abang' πŸ™„. Sampai ke tingkatan 3 kerja KOMSAS untuk lakonan, mesti aku dapat watak yang dikaitkan dengan dia. Tingkatan 3 drama Jalan Sempit aku dapat watak isteri Ketua Kampung, Shinichi pula Ketua Kampung tersebut πŸ˜‘.

Tapi dalam jalinan keakraban tu, pasti dalam sedar atau tidak, akan ada hal yang boleh buat tersinggung. Aku tak pasti sejak bila dan kenapa, aku rasa Shinichi tiba-tiba jauhkan diri dari kami (baca: aku). Aku sendiri tak faham. Masa tu kami ada bertukar pinjam komik Detektif Conan. Tapi Shinichi pulang kan komik aku melalui orang tengah. Masa tu aku terasa gila, apahal dia tidak berhadapan dengan aku.

Masa tu aku cuba positif, mungkin dia jauhkan diri sebab kawan sekelas kami selalu gosip aku dan dia. Aku pun tak faham kenapa dorang selalu aim aku, padahal kami bukan rapat berdua sahaja. Dan aku pun masa tu sangka Shinichi suka Miemiey πŸ˜…. Nda la kutahu benar ka inda. Dan memori aku tersekat sehingga itu sahaja, malah aku terperangkap dalam persoalan itu. Memori yang mungkin menjadi dendam aku dalam diam.

***

Aku yang terganggu dengan persoalan dalam fikiran aku tu sejak dua tiga hari ni, menjadi punca aku cari semula memori silam aku yang hilang tu. Aku selongkar blog lama aku dan kisah tingkatan 3 ada di sana. Memori aku yang hilang tu ada tercatat di sana. Sebahagiannya aku ingat semula selepas baca, dan sebahagian lagi tiada dalam ingatanku.

Dari sana juga aku rasakan bahawa aku yang salah faham. Sebab Shinichi masih berkawan dengan aku di tingkatan 3. Tapi kisah yang ada dia tu tak banyak aku ingat. Aku just ingat aku rapat dengan Afifi (kawan lelaki) yang selalu duduk dengan aku.

Entahlah. Mungkin benar aku yang salah faham. Tapi persoalan tu masih tidak terjawab.

Andai suatu hari nanti aku ketemu jawapannya, mudah-mudahan dendam ini akan terlerai.

Aku rasa lost sebab aku rasa aku tiada kawan. Aku sendiri sedang mencari diriku yang hilang. Aku dalam perjuangan sebenarnya untuk terus survive.
Baca penuh >>

Khamis, 25 Oktober 2018

Imbau Kembali

Sejak akhir-akhir ni aku selalu throwback kisah lalu aku. Aku rasa banyak memori aku yang hilang dan tersekat di satu ruang masa. Situasi tu menyebabkan timbul rasa tertanya-tanya dan sakit hati.

Aku rindu sebenarnya...

Kat bawah ni sebahagian imbau kembali zaman remaja aku;

Entri ni aku tulis tahun 2010, ketika aku tingkatan 5

Memori zaman sekolah yang nyaris hilang

Kisah sebuah pertemuan
Kisah perkongsian minat
Kisah tentang teman
Tentang keakraban
Dan tentang perpisahan

Masa tu aku tengah buat throwback mengenai persahabatan. Sebab aku tak banyak kawan rapat. Bagaikan aku dapat rasakan keakraban tu akan terlerai jua.

Dan kini, aku rasa aku sendirian. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Aku pula tanpa sedar dah banyak berubah. Mungkin faktor keadaan sekeliling yang memaksa aku berubah.

Apabila aku dah mula ingat siapa diri aku yang dulu, aku merasakan bagaikan terperangkap dalam ruang masa. Antara masa lalu dan masa kini. Sekarang aku masih mencari siapa diri aku yang dulu. Mencari kekuatan untuk teruskan perjuangan.
Baca penuh >>

TIADA DUKA YANG ABADI

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta di jalanNya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Reff*
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki
Segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambaMu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Back to reff* (2×)

Harap ampunkan hambaMu ini

Tiada Duka Yang Abadi
Album : Sholu Ala Muhammad
Munsyid : Opick
Kredit : http://liriknasyid.com
Baca penuh >>

Blog Berhabuk

Assalamualaikum, readers. Lama aku tak bersiaran di alam maya. Sejak anakku lahir ke dunia tahun 2016. Kerana sejak tu aku dah jarang gunakan laptop. Kerja pun guna komputer pejabat.

Aku tak pasti lepas ni aku mampu teruskan blogging seperti zaman remaja, atau terhenti begitu sahaja. Tapi aku rasa, aku memang perlu kembali menulis. Agar dapat diluahkan semua yang berkecamuk dalam fikiran.

Dalam beberapa hari ni aku buat throwback di blog lama aku, baca entri zaman sekolah aku terutamanya zaman tingkatan 3. Aku perasan, masa tu aku dah tak sihat. Kerap mood swing. Tapi dah dewasa ni baru tahu itu sakit. Yang baiknya walaupun tak buat rawatan ketika itu, aku masih terkawal. Sebab walaupun aku tiada kawan tempat bercerita, aku ada blog tempat meluahkan.

Bila fikirkan semula, malunya aku πŸ™ˆ. Habis segala crush, boyfriend aku ceritakan dalam tu. Nasib baik blog tu aku dah tinggal simpan jadi memori semata-mata. Dah buka blog baru yang ni, agak matang sikit isinya 🀣.

Ok lah, sekian sahaja buat masa ni. Nanti ada masa lebih sikit, aku ceritakan apa yang aku throwback atau mengenai sakit aku.

Sampai jumpa lagi, insyaAllah. 
Baca penuh >>