Saturday, May 4, 2013

PRU13 dan Kerajaan Akan Datang

Sekarang ni musim PRU13. Tarikh mengundi esok je dan status Facebook dan tweet di Tweeter berhambur mengenai politik.
Kita perlu sedar bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisah. Tanpa Islam, pincanglah politik itu kerana Islam ini eksklusif - sempurna - a way of life - syumul. Tapi sedih rasa bila dilaga-lagakan dan dimomokkan andai Islam itu dijalankan, hancurlah kehidupan dalam negara tu. Layakkah orang yang berkata sedemikian mengaku dirinya mukmin? Sedangkan dia menolak Islam. Berbeza orang kafir yang menolak hukum Islam dan muslim yang menolak Islam. Lihat sendiri...

Pernahkah anda membaca sejarah pentadbiran Yathrib yang ditukar kepada Madinatul Munawarah hancur apabila Rasulullah memerintah? Sedangkan kehidupan suku-suku kaum yang berpegang kuat pada prinsip assabiyah itu dapat Rasulullah satukan. Dua kaum yang berlainan daerah, yang satu penduduk tetap dan yang satu pendatang baru, juga dapat dipersaudarakan. Tidak relevenkan hukum-hukum Islam dengan kemodenan berteraskan prinsip Islam? Mengapa prinsip-prinsip yang dijalankan pada zaman masyarakat jahiliyah itu juga yang menjadi ikutan masa kini yang dianggap moden? Moden yang ketinggalan zaman.

Malu apabila mendapat tahu orang barat yang kafir tapi hidup menggunakan prinsip Islam. Malu apabila menyedari kita memajukan kehidupan dengan tunduk pada telunjuk barat. Malu apabila tiada usaha untuk berubah seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian penduduk Yathrib yang ke Mekah bertemu Rasulullah.

Yang kelihatan pada masyarakat sekarang ni, takut untuk maju, takut untuk berubah, takut untuk mencuba. Takut apabila terus tunduk pada momokan dari orang yang tidak mahu berubah. Seperti musyrikin Mekah yang terus-terusan menghina, memfitnah Nabi Muhammad dan menakut-nakutkan orang yang ingin kepada kebenaran. Masyarakat kini takut dengan andaian-andaian yang belum terjadi. Kerana takut itu, direlakan diri tidak berubah. Tidak takutkah bila disoal di akhirat nanti?

Ada kawan NAA berkata, "kalau kerajaan berubah, siapa memerintah?"
"Kalau parti ini tak apa, kalau yang itu bahaya."
Kita inginkan yang ini, tapi kerana yang itu ada; yang ini kita takut nak ambil, yang itu kita tolak, dan yang lain kita biarkan. Bilanya nak berubah?

Sedar atau tidak, 'Ulama itu pewaris Nabi.' Maka, sokonglah Ulama. Mereka lebih arif, dan mereka tahu akan tindakan mereka. Mengapa perlu dipertikai.
Dalam pemilihan pemimpin, kita tahu kita ada perlembagaan, kenapa percaya pada momokan bahawa kafir bakal memerintah?
Dan lagi, kita lihat pilihan pemimpin itu, pasti dia Islam, lihat pimpinan keluarganya, dan lihat usahanya sekarang. Lihat ke-musliman-nya. Lihat usahanya untuk ummah. Tetapi bukannya dilihat pada tuduhan-tuduhan yang kita tidak lihat dengan mata sendiri akan sahih-nya.

"Bila datang orang fasik yang membawa khabar, selidikilah"
"Orang yang diburukkan(fitnah) belum tentu buruk. Tetapi orang yang memburukkan orang lain itu sudah tentu buruk."
Hancurkah Islam pada zaman kepimpinan Umar Al-Khattab. Tahukan siapa Saidina Umar pada zaman jahilnya. Sikap tegas itu tetap ada walau dalam Islam. Tetapi pada zaman pemerintahan Saidina Umar lah pengaruh Islam berkembang lebih luas. Siapa dia sebelum ini tidak penting, lihatlah siapa dia sekarang.

Teringat kata-kata pensyarah NAA di Fakulti Sains Teknologi Maklumat:
Apabila Salahudin Ayubi dilantik menjadi PM Mesir, tanah yang dirampas pemerintah dikembalikan, zakat dikuatkuasakan, bantuan kepada orang tua & miskin diberi. Elaun pembesar istana dipotong, pemberian hadiah dihentikan & APA juga bentuk pembaziran dihentikan. Hal ini mengundang kemarahan & sakit hati Najah (penasihat khalifah) kerana tak dapat hidup mewah & berfoya-foya lagi.
NASIHAT SAYA: jika ditakdirkan Allah Hadiahkan 'Salahudin Ayubi' kpd rakyat Malaysia PRU13 nanti, hati-hati dengan orang-orang seperti Najah & konco-konconya. B-)
Wallahualam - Dr. Mokmin Basri

Dan ingatlah, Rasulullah tidak mengajar kita budaya fitnah. Kenapa itu yang dipergunakan? Sampai dikeluarkan fatwa 'dibolehkan putar-belit' - untuk kepentingan sendiri(?).


Buat pengundi-pengundi yang layak mengundi tu, tolonglah memberi undi kepada yang boleh memberi masa depan kepada kami yang belum layak mengundi ni...
DITAMBAH 5 TAHUN 
atau
BERI 5 TAHUN YANG BARU

No comments:

Post a Comment

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...