Sunday, February 17, 2013

Makanan di kolej

Salam dan sejahtera buat semua...
Tengah bosan sebenarnya ni... Tu yang mula gatal menulis entri baru. Hehehehe...

Duduk di hostel ni bosan juga ya. Memang bosan pun. Makanan pun lebih kurang ja. Kalau duduk di rumah, haa... macam-macam ada. Masak je lah apa yang nak dimakan. Bila duduk hostel, start semester satu ja, hari-hari kena beli makanan.

Aku ingat lagi dulu, pagi atau tengahari makan nasi berlauk. Malam, makan burger. Hari-hari lah rutin aku macam tu sampailah pertengahan semester. Cuti pertengahan semester, hari-hari makan maggi atau keropok. Hahahaha... Al-maklumlah cafe tutup. Nak menapak keluar, malas nak jalan kaki. Hari yang ada pasar malam je la baru aku keluar. Dah habis cuti pertengahan semester tu lah baru ada perubahan dari segi pemakanan aku. Waktu tu juga baru lah mula nak keluar ramai-ramai dengan members ke bandar.

Semester dua pula, aku masih mampu makan je apa yang ada. Kira perut masih boleh menerima lah tu kan. Hahahaha... Masa semester dua tu lah aku beli periuk nasi untuk masak sendiri. Asyik-asyik makan nasi goreng perencah. Hahaha... boleh tahan la. Sampai ke semester pendek pula, boleh dikatakan hari-hari makan nasi putih dan telur dadar, kadang-kadang makan maggi. Kalau pergi pasar malam atau keluar ke bandar barulah ada makan makanan lain.

Makanan rutin aku sepanjang short sem

Semester tiga pula, macam-macam makanan masuk dalam perut. Hahahaha... Waktu tu baru lah mula mencari makanan lain. Makanan sama jadi bosan. Ok, boleh tahan lagi lah. Jarang masak di hostel walaupun ada periuk nasi. Faktor kurang keselesaan juga menjadi salah satu sebab.

Sekarang dah masuk semester empat. Dah nak penghujung. Seriously aku makin naik bosan dengan makanan yang ada hari-hari. Walaupun sekarang aku masak sendiri, tapi masih terbatas sebab di bilik aku hanya boleh diletakkan bahan kering sahaja. Bahan basah tak ada tempat sebab tak ada peti sejuk. Aku tertanya-tanya juga makanan apa lagi yang boleh membuka selera aku? Tapi, bila persoalan itu yang berlegar-legar, jawapan yang aku terima ialah nak makan makanan francais seperti pizza, McD and so on. Hohohoho...

Nak makan apa lagi...???

2 comments:

  1. Makan ikan bilis goreng, ibu ada kirim tapi entah kenapa pos laju kali ini jadi pos lambat, rasanya kalau ikut tarikh kiriman dah jadi seminggu barang belum sampai, yang pelik barang dah sampai Kajang tapi masih tidak jumpai. Pelik3

    ReplyDelete
  2. Barang dah sampai KUIS, staff Mel tu tak jumpa pula... -.-"

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...