Rabu, 10 Oktober 2012

Pandai Tapi Sombong?

Bila kita tak pandai, orang tak nak kawan dengan kita. Dipinggir kita jauh-jauh. Terutamanya orang yang pandai, kebanyakannya sombong dengan kita.
Tapi, bila kita pandai, orang dengki pula. Tak suka kita pandai...

Pelik kan manusia zaman sekarang ni. Semua dia tak puas hati.

Zaman aku sekolah rendah dulu, sampaikan aku tak suka dengan orang pandai. Sebab apa? Sebab dorang sombong. Aku kawan dengan orang tak pandai, lagilah dorang pinggirkan aku.

Dah aku sekolah menengah, aku pernah kawan dengan orang yang pandai (budak ni tak berkaitan dengan kawan-kawan sekolah aku). Dari cara dia berinteraksi dengan aku, nampak la juga kesombongan dia (mungkin aku je perasan, dia tidak). Maklumlah, budak pandai. Sekolah memang kat sekolah yang hebat-hebat... Tak macam aku, sekolah biasa ja. Tapi waktu tu dia berkawan juga dengan aku. Sampailah habis tingkatan tiga, dengan keluarnya result PMR yang menunjukkan pencapaian akademik aku sederhana ja. Sedih juga, tapi tak nampak pun aku sedih. Sebab aku happy bila tengok result tu meningkat dari prestasi peperiksaan biasa.

Tapi faham-faham lah. Orang yang pandai, tempatnya akan dapat lebih tinggi dari kita. Kita yang sederhana ni, kekal la di tempat kita. Dan sejak tu, aku dan budak pandai tu terpisah macam tu ja. Budak pandai, lagi busy dia dengan kehidupan dia. Aku ni pula jenis bermain-main, tak serius memanjang dengan pelajaran. Alhamdulillah la kawan-kawan sekolah menengah aku sejak tingkatan 1 hingga 5 yang pandai-pandai tak sombong. Baik je dorang kongsi pengetahuan.
Bak kata kawan-kawan aku yang perangai gila-gila: "Harta TUHAN bagi-bagi."

Habis aku tingkatan 5, orang yang sombong tu pula macam makin terserlah la pula sombongnya. Dah tak macam mula-mula dia nak kawan dengan aku. Maklumlah, kawan dia lagi baaaannyyyyaaaakkk yang pandai-pandai. Tak ada aku, tak rugi pun KAN!!!??

Fine!!! Sejak tu, aku nekad, "kau ingat aku tak pandai, aku tak boleh sambung belajar?" Yes, aku sekarang dah sambung diploma tahun kedua. Sekarang dah penghujung semester 3.
Kata orang, "kalau jealous, buat / ikut!" Kata kami zaman sekolah dulu (dalam bahasa kedayan): "Nda majal, nda lurih!"
Di sini aku berusaha dengan cara aku untuk tunjukkan aku pun boleh pandai. Mungkin dia tak nampak semua tu, tapi aku boleh buktikan ke atas diri aku sendiri, dan aku boleh jadikan pedoman hidup aku. Bila pandai, tak boleh sombong kat orang tak pandai. Dah pandai, kepandaian tu bukan tiket untuk tak berkawan dengan orang yang tak pandai. Kepandaian tu lah tiket untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Bantu kawan-kawan untuk sama maju. Bukan tinggalkan kawan-kawan di belakang. Ajak kawan-kawan tu kejar kita, saingi kita. Baru namanya kawan sebenar. Baru lah berguna kepandaian yang ada tu.

Kalau kawan-kawan yang belajar dengan aku, tengok perangai aku, aku kat sini tak lah fokus penuh belajar ja. Aku bermain juga. Enjoy juga. Itu cara aku. Aku tak suka stress. Walaupun dalam minggu final exam aku masih boleh enjoy lagi. Study lagi la last minutes. Tapi, syaratnya aku mesti hadir penuh kelas, dan faham betul-betul setiap subjek yang dipelajari. Baru boleh dapat markah yang tip-top. Carry marks tu la yang paling penting sekali untuk mendapatkan pointer terbaik.

Orang nak jealous sebab aku pandai, lantak lah. Tapi kalau orang nak belajar kat aku, aku on je. Ilmu tu bukan milik aku seorang. Selagi kawan-kawan aku tetap nak minta bantuan aku, aku cuba penuhi. Sebab aku tak nak jadi orang kedekut ilmu. Bimbang ilmu yang ada tu tak berkat kalau kita kedekut. Memang nak bersaing jadi yang paling baik antara semua. Tapi biarlah secara sihat, jujur. Kalau boleh, konvo nanti aku nak dengan semua kawan-kawan aku.

Bila sekarang aku dah macam ni... Terfikir juga aku masa lalu. Punca aku nekad berusaha untuk capai yang terbaik adalah kerana tersinggung dan tak suka dengan orang pandai yang sombong. Dan sekarang, aku pun tak nak tergolong sebagai orang pandai yang sombong.


Psstt... Nak cari hadiah untuk yang tersayang, keluarga atau rakan? Untuk sendiri pun boleh... Korang boleh design sendiri tau. Siap diberi discount lagi. Jom Tengok kat sini. Klik je tulisan ni... 

4 ulasan:

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...