Selasa, 3 April 2012

Berhadapan dengan manusia yang menolak hadis

Pabila ulama semakin berkurangan... Tiada siapa yang berusaha membantu golongan yang kurang mengerti... Dan apabila ada orang yang berusaha menolong, ilmunya tidak secukup mereka yang lebih berpengetahuan. Atau mereka semua ingin berlepas tangan kerana bimbang dihina cerca?

-Aku sudah cuba menjalankan tanggungjawabku sebagai Islam sekadar yang aku mampu. Malangnya aku tidaklah sehebat Hilal Asyraf yang berani menegur kesilapan seorang tokoh Malaysia.
Tengah santai-santai aku online kat kedai tempat kerja aku sambil menunggu waktu kelas Aqidah Akhlak untuk semester pendek ni, aku ternampak status di wall Facebook yang mengatakan: "maaf.. aku lebih percayakan QURAN daripada HADIS.."

Tersentak aku membacanya kerana penulisnya adalah seorang yang bagi aku bagus juga agamanya. Tetapi manusia tiada yang sempurna kan selain Rasulullah. Mulanya aku terasa malas nak endahkan kenyataannya tu sebab aku tahu dia jenis berdebat tak nak kalah. Kalau dia kaji baginya betul, betullah katanya. Apabila ada yang cuba betulkan, dia akan menuduh orang itu dengan pelbagai tuduhan. Tidak kurang juga ayat makiannya yang sememangnya biadab!

Tetapi, atas dasar kasihan dan memikirkan tanggungjawab sesama Islam apabila ramai mengambil pilihan untuk mengiyakan dan membiarkan kenyataannya tu, aku pun cuba lah tegur. Aku tahu ilmu aku tidak cukup. Aku hanya ingin menyampaikan sekadar yang aku tahu. Dan aku tidak suka fahaman manusia bertambah terpesong selepas kenyataan Tun Mahathir yang lalu mengenai hukum hudud (Hadd) yang tiada di dalam Al-Quran (mungkin sebenarnya lain yang beliau maksudkan).

Eh, alih-alih aku yang kena hentam balik. Siap kata aku tak tau malu, jahil. Mak aih... aku katalah berdebat dengan orang jahil akan bertambah jahil. Jadi aku tak nak lah teruskan debat tu. Dia terasa dowh... Siap pos kat FB lagi. Yang aku confius sekarang, dia kata dia ni mualaf. Dan aku ni salah. Betul ke dia mualaf? Bukan setakat tu, dia tak nak pula terima pendapat orang.

Kisahnya apabila dia kata sebelum Rasulullah wafat, baginda berpesan untuk mengikut al-Quran dan sunnah. Bukannya hadis. Okeyh, hadis ni memanglah bukan sunnah. Tetapi hadis menceritakan sabda dan perbuatan Rasulullah. Kalau tak ada hadis, macammana nak tau kisah hidup Rasulullah dan sunnahnya? Mendengar dari mulut ke mulut seperti dongeng melayu? Dia kata, dia dapat semuanya di dalam Al-Quran. Dia kaji Al-Quran katanya. Tapi bila aku baca semua ayatnya, sama persis dengan golongan anti-hadis. Tapi dia tak mengaku dia anti-hadis.Dalam masa yang sama dia tolak hadis?

Aku tanyalah apa sunnah Rasulullah yang dia dapat dalam Al-Quran. Al-maklumlah aku tidaklah kaji Al-Quran seperti dia kaji (rasanya). Dia kata tak perlulah dia terangkan, aku boleh baca sendiri. Kalau begitu, tak perlulah Rasulullah berdakwah dengan penerangan-penerangan mengenai hukum Allah, suruh je umat baca Quran. Kalaulah semuanya ada dalam Al-Quran dan tak perlukan penerangan lain, kenapa perlu tugaskan sahabat untuk menyalin kata-kata Rasululah untuk dijadikan hadis?

Dia kata Hadis lebih kejam dari Al-Quran (pandangan dia terhadap hukuman sebat dan rejam kepada dua jenis pezina). Kejamkah Rasulullah? Tidak akan ada hukuman itu kalau tidak datang dari Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah sendiri menjatuhkan hukuman rejam kepada penzina mukhsan (yang sudah berkahwin). Dan hukuman itu turut dijatuhkan kepada penzina perempuan yang pernah berkahwin. Dia kata Al-Quran itu lebih menjaga wanita. Kalau begitu, Rasulullah tidak menjaga wanita ke?

Dia kata, dia tidak maksudkan Rasulullah kejam. Kalau begitu, tokoh-tokoh Islam tu penipu lah? Perawi hadis tu penipu? Inilah nyatanya golongan anti-hadis. Sudahnya dia tuduh aku syiah pula. Katanya hanya syiah yang menokok tambah. Lepas tu aku dianggap taksub kepada PAS dan PKR. Politik pula? Inilah dia apabila berdebat dengan orang yang taksub kepada politik Malaysia. Hendak menyokong kerajaan, sokong la... Tapi jangan samakan perkongsian pengetahuan Islam dengan politik pula. Aku tak cerita pasal politik ok!

Katanya dia hanya berpegang pada Al-Quran dan sunnah, itu sudah baik. Tetapi bukan bermakna untuk menolak hukum yang sudah disampaikan oleh Rasulullah. Dan akhirnya aku bertanya, mana dia dapat kenyataan yang mengatakan Rasulullah bersabda sebelum wafat untuk mengikut Al-Quran dan sunnah, nescaya kamu selamat. Itukan riwayat hadis. Dia terus beralih topik (kata orang, kalah-kalahan) dan menuduh aku sembarangan. Katanya aku tak tau malu. Dia kata dia mualaf. Aku syiah. Aku mengikut dakwah PAS dan PKR. Eh, salahkan parti pembangkang pula. Dia siap mencaci-maki yang jelas-jelas telah mencemarkan imej akhlak Islamiyah. Kalau yang aku cakap tu salah, maknanya sesatlah pelajaran pengajian Islam mengenai hadis dan macam-macam lagi yang mana buku teksnya diterbitkan dalam kerajaan Malaysia sendiri? Kalau hadis itu sebenarnya sesat, kenapa tidak diharamkan penggunaan hadis tu?

Persoalan sekarang, betul ke dia mualaf? Kalau betul, tidakkah dia malu untuk menegakkan pendapatnya tentang hadis itu salah? Dalam masa yang sama dia menggunakan ayat dari hadis untuk menegakkan pendapatnya?

Aku tidak mengatakan Al-Quran itu salah, aku tidak mengatakan al-Quran itu tidak sempurna. Tetapi hadis digunakan untuk didampingi dengan Al-Quran. Untuk menjelaskan lagi hukum dalam Al-Quran. Bukan untuk menyalahkan Al-Quran.

Kalau nak menyalahkan hadis pun, tolonglah kaji Hadis tu dulu. Sama seperti untuk menjatuhkan hukuman, bukan hanya mengambil keterangan penuduh, tetapi ambil keterangan yang tertuduh juga. Kononnya dia mengkaji Al-Quran, tetapi tidak mengkaji hadis, hanya mengambil satu hadis untuk menyalahkan keseluruhan hadis.

Kalaulah korang berhadapan dengan orang macam ni, apalah pula korang buat? Aku tidaklah sehebat orang lain yang banyak pengetahuan. Kalau aku ikutkan hati aku, mahu saja aku kutuk dia. Tapi aku fikir balik, itu bukanlah akhlak yang baik sebab dah terpesong daripada niat asal aku.

Teringat zaman Rasulullah apabila ada seorang sahabat yang mengutuk seorang sahabat yang menjadi khatib dengan berdoa mengangkat tangan sedangkan Rasulullah hanya mengangkat jari. Dahsyatnya beliau mengutuk dengan mengatakan "Semoga Allah memburukkan tangannya!" Wallahualam.

7 ulasan:

  1. rajin menulis ye..tahniah..n teruskan usaha yg baik ni.

    BalasPadam
  2. Terima kasih...

    Sebelum masuk kolej dulu memang rajin. Hampir setahun tak aktif blogging, sekarang dah nak aktif balik. Hehehe...

    BalasPadam
  3. akak nhe kakak nur atikah nazura abbas kan, btw maklumat yang berguna, nice post,

    BalasPadam
  4. Yup..kakak kepada Nuratikah Nazurah Abbas...
    Terima kasih...

    BalasPadam
  5. وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

    "But there are among men those who patronize RIDICULOUS HADITHS (لَهْوَ الْحَدِيثِ) without knowledge (thereby) misleading from the Path of Allah and throwing a butt of mockery: for such there will be a humiliating Penalty" (Sura Luqman:6)


    DRINK OF CAMEL'S URINE?

    YOU ARE DISGUSTING AND GOING TO HELL FOR DEFAMING OUR BELOVED PROPHET!!


    By Abu Qilaba : Anas said, "Some people of 'Ukl or 'Uraina tribe came to Medina and its climate did not suit them. So the Prophet ordered them to go to the herd of (Milch) camels and to DRINK THEIR milk and URINE (as a medicine). So they went AS DIRECTED and after they became healthy, they killed the shepherd of the Prophet and drove away all the camels. The news reached the Prophet early in the morning and he sent (men) in their pursuit and they were captured and brought at noon. HE (PROPHET) THEN ORDERED TO CUT THEIR HANDS AND FEET (AND IT WAS DONE), AND THEIR EYES WERE BRANDED WITH HEATED PIECES OF IRON, THEY WERE PUT IN 'AL-HARRA' AND WHEN THEY ASKED FOR WATER, NO WATER WAS GIVEN TO THEM." Abu Qilaba said, "Those people committed theft and murder, became infidels after embracing Islam and fought against Allah and His Apostle."; Sahih Bukhari Volume 001, Book 004, Hadith No. 234

    Is this what you called authentic?

    One must ask WHOSE AUTHENTICITY is in question here?

    The "PROPHET" or the "PERSIAN HADITH COMPILERS"?

    Upon which verses rests your FAITH or Imaan?

    The "AL-QURAN" or "AL-BUKHARI & OTHER PERSIAN SCHOLARS"?

    OPEN YOUR EYES AND SEE WHAT THE KUFR DID TO OUR BELOVED PROPHET!!

    The hadith is the virus to change the Quran, and divided the Muslim Ummah!


    A Study of the Qur’an, Brother Mohammed Abdul Malik:

    To understand the background to the development of Hadith literature one must sift through the history of Islam from about 250 years after the time of our Prophet… during the first century of the Prophet's era no hadiths were written down… Stories circulated by word of mouth but they were never written down ... some 250 years after the fact, Bukhari supposedly managed to trace back to its source (i.e. the Prophet) by establishing all the links in a chain which cannot possibly have been genuinely reconstructed! How he (Bukhari) managed to do this without written records, bridging a gap of about eight generations, and simultaneously establishing not only biographical data but also a compelling analysis of the mental faculties of his subjects defies belief! One can quote several hundred hadiths that not only contradict the Qur’an but also clearly do damage to the Prophet's good name.


    PROPHET LEAVE US THE HADITH?

    Narrated By 'Abdul 'Aziz bin Rufai' : Shaddad bin Ma'qil and I entered upon Ibn 'Abbas. Shaddad bin Ma'qil asked him, "Did the Prophet leave anything (besides the Qur'an)?" He replied. "He did not leave anything except what is Between the two bindings (of the Qur'an)." Then we visited Muhammad bin Al-Hanafiyya and asked him (the same question). He replied, "The Prophet did not leave except what is between the bindings (of the Qur'an)."; Sahih Bukhari Volume 006, Book 061, Hadith No. 537.


    Conspiracies against the Quran
    http://www.free-minds.org/sites/default/files/Conspiracies.pdf

    http://www.sahih-bukhari.com/Pages/Bukhari_8_82.php

    BalasPadam
  6. Untuk menjelaskan Al Quran????
    2:2

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...