Ahad, 1 Mei 2011

SEGMEN - Kritikan Anda Inpirasi syaf..

Syaf buat segmen la. Teringat pula kat adik angkat aku kat Johor... aku selalu panggil dia 'Syaf'. Hehehe...
Ok, terus pada topik asal.
Nak join segmen Syaf ni, klik sini ja.

Bulan lepas aku join contest puisi yang dianjurkaan oleh Syaf, dapat hadiah. so cute... Thanks ya.

Aku tak nak la nak kutuk-kutuk. Aku suka blog Syaf ni sebenarnya sebab diisi dengan puisi-puisi. Aku kan minat baca puisi... lagi-lagi puisi yang indah olahan ayatnya. Tapi, aku jadi agak malas nak masuk blog Syaf tu sebab rasa serabut la...

Untuk susunan sidebar, header, layout, serta apa-apa yang dia nak letak (lagu atau nk tampal apa-apa kat tepi macam buku tamu tersembunyi dan melekat, atau macam sign aku kat kiri atas blog aku yang melekat ni) aku tak adalah nak kisah sangat. Bergantung pada cita rasa blogger tu sendiri kan. Tapi yang aku tak minat sampai aku malas nak masuk ni disebabkan iklan nuffnang melekat dia tu. Dah la menutup hampir separuh ruang entri dia, melekat pula sampai susah nak baca entri. Mungkin dari sudut pandangan dia kat komputer yang dia gunakan taklah mengganggu entri kot. Tapi, tak semua format komputer pembaca blog adalah sama. Kalau nak letak yang macam tu, sesuai letak benda-benda yang kecil. Jangan la letak yang besar-besar... mengganggu entri.

Aku bagi pandangan ni bukanlah bermakna blog aku ni baik sangat. Aku sendiri menerima kritikan blogger lain. Pandangan aku ni berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk view blog tersebut. Bagi aku, iklan nuffnang melekat tu tak perlu pun. Kalau nak letak bagi orang nampak, cukuplah letak kat atas/bawah header, kat sidebar dan kat pemisah tiap-tiap entri.

*Hah! satu lagi... disebabkan iklan nuffnang melekat tu, aku nak masuk komen pun susah... ruang komen dia pun melekat kat entri. Bukan jenis pop-up window. Nasib baik ada terkeluar sedikit butang hantar komen tu. Tertutup dengan iklan. (ditulis selepas menghantar link penyertaan segmen)

Itu sahaja pandangan/kritikan dari aku. Yang lain dah smart dah. Pemilihan layout yang bagus.

Maaf ya kalau ada yang menyinggung perasaan...

4 ulasan:

  1. terima kasih pandangan anda tu...tapi syaf dah buat butang CLOSE untuk iklan tu.. syaf tak tahu ianya masih menggangu lagi..syaf buat segmen ini untuk syaf tahu apa yang syaf tak jumpa ttg blog syaf tu... melalui segmen nie lah syaf akan cuba perbaiki blog syaf... tapi syaf tak akan ubah buat masa terdekat nie..sbb syaf perlukan lagi komen2 dari rakan2 yang lain..

    BalasPadam
  2. butang close tu dh cmpur wrna dgn latar lain... xsmua org nmpk... sblm ni sy dh cari, xperasan pun...mgkin kalau letak tnda (x) baru mudah perasan

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...