N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/04/11 - 1/05/11

Selasa, 26 April 2011

PUISI UNTUK ABANG PENULIS SENJA

Kata Manis Yang Kau Rindu
Karya: N Athirah

Bukan niatku ingin membisu seribu kata
mengundang penantian di hatimu wahai insan
namun,
kalamku hilang tatkala ribut melanda
dipanah petir dibasahi lebat hujan
pedih dan bisa menjalar di hati yang rapuh
luka berdarah menikam jiwa yang lembut.

Bicara kalam ingin kuluah
namun ragu menguasai minda
akankah ada sang penerima,
pembaca setia peneman duka
menyemai semangat di dalam jiwa.

Manakah kata seindah bahasa
andai menjadi bisa bencana
manakah kata penawar nestapa
andai mengguris luka kecewa
manakah kata penghibur jiwa
andai mengundang fatamorgana minda.

Diam adalah sebaik-baik bicara
menjaga lidah dari menista
menjaga kata dari memuja
agar tiada sesiapa tercela
agar tiada insan terleka alpa
tiada manis kata terselit racun berbisa

Bimbang luka silam berdarah semula
musnah ceria berderai harapan
terkubur ilham melayang impian
hanya kerana sekecil bicara penuh bisa
pembunuh ilham puitis jiwa
lenyaplah kata manis penuh pesona.

Hati sedih merintih pilu
ingin kembali ke masa lalu
lancar mencoret bait-bait indah kata
luahan rasa pengganti bicara
menjadi teman dikala duka mahupun gembira.

Kata manis yang kau rindu
tidak seindah masa lalu
namun, pemberian darimu
sungguh bermakna buatku.
W.P Labuan,
26 April 2011

*Puisi ini adalah jawab aku untuk puisi (hadiah) daripada Abang PS (rujuk sini)
Baca penuh >>

PENULIS SENJA BERI HADIAH!

Semalam sebelum aku tidur, aku sempat join segmen dari Abang PS (klik sini). Hehehe...

Pagi ni buka lappy, check blog, dah dapat hadiah! (klik sini). Sukanya aku. Heee...

Hadiah tu adalah puisi kat bawah ni;
pemenang 8 :

nathirah

hati dengan kata-kata

hati hati bila bicara
kerana kata kata boleh memisahkan
kerana kata kata jua boleh mencetuskan kasih sayang
kerna kata kata bisa membuatkan
semua orang leka
dan terlupa....
kerana kata kata jua boleh buatkan
kita bermuram duka
kata kata umpama pisau dimata
diasah selalu boleh luka
tangan yang memegangnya
kata kata jua bisa menceriakan
telinga yang mendengarnya
kata kata jua membuatkan kita
jatuh cinta.....
kata kata jua buat kita tak tidur malam
kerna kata kata indah keluar dari hati
yg tulus ikhlas disulami bunga bunga
kata kata jua pengikat kasih sayang
kerna bisa buat hati tersenyum
muka berseri seri kerna kata kata
bisakah kau berkata kata lagi
aku rindukan
kata kata manis mu

Seperti kata Abang PS
"Menulis lah dengan hati .. kerana menulis dengan hati akan memberi kesan mendalam kepada pembaca"

Ini pula kata-kata aku:
"Puisi ialah sebuah bait-bait kata, penuh makna, penuh rahsia, menjadi luahan rasa, melalui pena puisi bicara. Membacanya menjadi satu keindahan, pabila bait-baitnya dihayati, dibaca dengan hati, menusuk ke dalam jiwa suci."

Aku pun buat puisi untuk Abang PS (menjawab puisi dia):


Terus terang la... puisi ni aku siapkan dalam masa berjam-jam. Dari jam 7.30 pagi hingga jam 10.44 pagi ni baru siap. Selepas itu pun aku masih sunting-sunting lagi puisi ni (dah biasa buat macam tu). Hehehe... Sadisnya ketandusan idea kau ni... Huhuhuhu...
Baca penuh >>

PENULIS SENJA BUAT SEGMEN PULAK DAH


Pulak dah... tajuk pun semacam. Abang PS la yang bagi syarat tulis tajuk macam ni. Hahahaha...
Abaikan ja... Hehehe...

Nak join, klik sini. Tamat pada 26 April 2011 jam 6 pagi.


Ok. Apa yang aku suka dan tak suka kat blog Abang PS tu...?

Yang aku suka: Blog Abang PS bertimbun puisi. Semua best-best. Hehehe... Yang lagi best ada saja idea puisi dia... Macam air ja. =D Kalau nak dijadikan rujukan pun sesuai. Hehehe...

Yang aku tak suka: Emmmmm... tak ada la rasanya. Apa yang aku tak suka dalam blog dia ya? Tak ada la, Abang PS. Heee...

Done!

Aku suka kata-kata Abang PS yang ni: 
"Menulis lah dengan hati .. kerana menulis dengan hati akan memberi kesan mendalam kepada pembaca"

Dan aku suka petikan puisi Abang PS yang ni:
aku hanyalah sebaris puisi
temanku kata kawanku aksara
bernyanyi dan menari
meski dengan airmata
(dipetik dari puisi "Aku Hanya Sebaris Puisi")
Baca penuh >>

Khamis, 21 April 2011

JOM JOIN FOTO PUISI PENULIS SENJA

Tarikh tutup 22 April 2011
Klik sini untuk join.

Dalam banyak-banyak puisi Penulis Senja ni, semua pun best. Hehehehe... Aku nak pilih pun jadi bingung. Sebab banyak sangat yang aku suka. Tapi, Penulis Senja suruh pilih satu ja. Hohohoho...
Oleh kerana aku minat sangat puisi yang mempunyai bait-bait yang unik, aku cari puisi yang ada petikan puisi kat banner di atas tu. Akhirnya aku jumpa.

Aku pilih puisi: Aku Hanya Sebaris Puisi (klik untuk baca puisi tersebut)

Kenapa aku pilih puisi ini?
Sebab puisi ni tentang puisi. Hehehehe... Aku minat puisi. Olahan puisi ni pula nampak menarik dan kreatif. Terus terpikat. Hehehe...

Ok. Pasal header baru Penulis Senja tu. Macam yang kata mengenai puisi "Aku Hanya Sebaris Puisi" tu, begitulah juga dengan header-nya. Kreatif. Temanya sesuai dengan nama pena Penulis Senja.

^-^
Baca penuh >>

PENULIS SENJA TERAKHIR


Lama juga aku tak update blog aku ni. Kali ni aku join contest lagi.
Tarikh tutup 25 April 2011

Nak join, klik sini.

Aku tag:

Kenapa aku join contest ni?
Sebab aku minat berkarya. Dengan cara ini, aku boleh kembangkan minat aku. Hehehe...
Aku di-tag oleh ibuku sendiri, Norgadis Labuan.

 Ini puisi aku:
DI GELANGGANG INI KITA BERTAPAK
Karya: N Athirah

Masih kuingat lagi
saat mula bertapak di sini
dalam satu pasukan yang rapuh
ditimpa badai namun tiada berundur
kerana amanat tok guru yang terus dipikul
demi memperjuangkan warisan turun-temurun.

Walau perjuangan kita dipandang remeh
walau perjuangan kita tiada sokongan
walau perjuangan kita sering ditentang
namun, dalam tekad kita terus maju
bersatu hati demi amanah yang satu.

Kini, yang setia kian berundur
yang bersatu kian berpecah
tetapi, rahmat Tuhan tiada menghilang
yang patah tumbuh yang hilang berganti
menjalin ikatan persaudaraan yang suci.

Duhai pendekar-pendekar muda
putera puteri pewaris negara
teruskanlah perjuangan kita
di gelanggang ini kita bermula
usah berundur hingga akhir hayat.

Sesungguhnya,
di gelanggang ini kita bertapak
sebagai anak-anak pejuang warisan.


20 November 2010
Diabadikan khas buat anak-anak Gayong,
Gelanggang Silat SMK Mutiara, W.P Labuan

Pesanan: Gayong Mutiara jangan berpecah-belah. Terus bersatu walau ramai yang tidak menyokong kita. Susah senang tetap bersama. Suka duka kita tetap kongsi bersama. Ingat tu!
Baca penuh >>