Sunday, March 20, 2011

Puisi BiLa Hati TertAnYa-TanYa..

 
Siapa minat berpuisi? Aku minat sangat-sangat. Hahaha...
Aku dah lama nak sertai contest ni. Tapi, baru ni aku berkesempatan buat posting. Hohoho...
Tarikh tutup 20 Mac 2011

Hanya klik sini untuk join.

Puisi: Bila Hati Tertanya-Tanya
Karya: N Athirah

Puisi menjadi bait-bait madah kata
peneman dan pendengar setia luahan rasa
dalam rindu, tangis, tawa, marah, kecewa
segalanya terluah melalui pena puisi bicara.

Bila rindu berputik jauh
tika tangis merendam jiwa
saat tawa ceriakan diri
di kala marah menguasai minda
sewaktu kecewa meruntun hati
di manakah kan kuluah selain puisi?

Hati,
tersimpan pelbagai cerita
terpendam segala rahsia
berat menampung pelbagai rasa
di hati yang kecil segalanya ada.

Tertanya-tanya saat memikirkannya
apakah aku mampu terus bertahan
memendam segalanya sendirian
sampai bilakah akan berterusan
menyimpan kesakitan di hati yang lara.

Bila hati tertanya-tanya
akankah ada insan yang sudi
menjadi peneman dan pendengar setia
tempat meluah segala cerita
bakal menjadi penasihat jiwa
serta amanah menyimpan rahsia.

Aku tercari-cari
aku ternanti-nanti
aku tertanya-tanya
akankah hadir pemberi sinar
sebagai cahaya mengusir suram
mengukir senyum mewarnai ceria
dalam hidup penuh rahsia
pengganti pena peneman bicara
setia dan indah bak puisi madah kata.

Sendirian aku melangkah
menanti hadir insan penyeri
menjadi penghibur tatkala sepi
merungkai persoalan hati yang lara
memberi jawapan pada bicara minda.

Bila hati tertanya-tanya...
12.00 pagi,
20 Mac 2011.

5 comments:

  1. ish.. ni sumber inspirasi ni... hehe..good luck

    ReplyDelete
  2. KeputuSan ConTEst SYaF... http://syaf.frenzyfm.my/2011/03/tahniah-pada-sape-yang-join-puisi-bila.html

    ReplyDelete
  3. @ SYAF, Terima kasih atas maklumannya...

    ReplyDelete
  4. http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...