Khamis, 6 Januari 2011

Contest gambar kenangan sekolah dulu2 (aku peserta ke 150)

Huaaaaa!!!!!!
Belum sampai sebulan aku tamat sekolah lepas hari terakhir kertas SPM aku...
Kertas last, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah pada 16 Disember 2010.
Adik-adik aku sekarang dah kembali ke sekolah... dan aku merindui zaman sekolah... Huhuhuhu...

Ini Contest gambar kenangan sekolah dulu2. Aku nak join contest ini (dah kira join dah ni).
 Sesiapa nak join boleh klik sini.

Gambar kenangan aku:
Inilah antara anak-anak Hibiscus Kancang.

Dari gambar ini boleh nampak Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas dan pelajar biasa. Aku selaku pengawas yang kancang tu. Tengok kat tangan, handphone geng. Hampeh... siap guna earphone pula tu dengar lagu... hohohoho... Tapi, kancang mana pun tetap rajin juga cho. Tengok atas meja tu, tengah-tengah buat kerja tu. Dua orang penyangak kat belakang tu yang datang menyibuk ajak bergambar. Hahahahaha...
Bergambar??? Ni lagi satu hal. Maksudnya, bukan aku seorang saja yang bawa telefon bimbit ke sekolah. Huh!
Haa... aku nak perkenalkan budak-budak kancang dalam gambar di atas. Yang pakai baju kuning tu merupakan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya sekolah, Annira. Soi jugak PRS sorang ni, siap bagi 'peace' jadi tanduk kat kepala aku. Yang lelaki pakai tali leher biru tua tu sebenarnya pengawas sekolah (dia Ketua Skuad Keselamatan). Dia tak pakai uniform pengawas, hanya pakai tali leher pengawas yang berwarna biru tua sahaja. Namanya Suhaimi... ops, dia bukanlah teman lelaki kepada perempuan di hadapannya ya (ataupun aku..huhuhu). Yang baju biru tu, tau dah kan... aku, Athirah (Penolong Ketua Skuad Perhimpunan). Kat sebelah aku tu Syafawati, kawan rapat aku dalam kelas.

Kami bekas pelajar SMK Mutiara, W.P Labuan. Huhuhuhu... rindu Mutiara Hebat!

 
Inform untuk Kak Ida:
Gambar kat atas ni pada tahun 2010, Saya Tingkatan 5.
Hibiscus Kancang nama khas untuk kelas 5 Hibiscus Tahun 2010.


6 ulasan:

  1. swi lmbt updte....agak bz siket....
    mkch sbb sudi join contest ida...
    ida dh cek,semua ckup lgkap....mkch tow....ida ade follow awk sbg tnda mkch ida......

    keep in touch ble dekt ngn dteline....

    dlm pic tu,awk form bper yer?eheheeh

    BalasPadam
  2. terima kasih ^_^

    Kat gambar tu saya form 5...

    BalasPadam
  3. salam thirah, bg akak email blog thirah...nak invite thirah tgk blog private akak.. hehe :P thanks!

    BalasPadam
  4. wassalam... guna ja email nathirah_perwila@yahoo.com

    BalasPadam
  5. thanks! check email nnt k..follow my blog :p kikiki...

    BalasPadam

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...