Monday, January 10, 2011

contest blog ONLY ONE

Bersempena dah dua bulan blog ONLY ONE menjadi ahli nuffnang, penulis blog tersebut pun menganjurkan contest blog ONLY ONE.
Contest ni mudah saja. Hanya upload gambar dengan fashion sendiri, lepas tu buat entri mengenai fashion masing-masing.

Jangan lupa tag tiga orang. Aku tag:

Nak join, klik sini.
Contest tamat pada hujung bulan Januari.


Hohohoho... terus-terang la, aku sebenarnya tak pandai pasal fashion. Ada tak sesiapa nak ajar aku tentang fashion? Hehehe... Tapi, aku join juga la contest ni. Kebetulan hari Ahad 9 Januari 2011 aku baru ja lepas memakai fesyen tema "rock" untuk program AVON yang diberi tema tersebut.

Inilah fashion aku:
Rock ke? Hehehehe...

Aku rasa, tak la nampak rock. Maklumlah, aku ni jenis bertudung, aurat nak juga tutup.

Aku bagi la nama fashion ni, Fashion Jheans.
Tudung, baju yang kat dalam tu, dan sandal aku berwarna hitam (peminat warna hitam).
Seluar tu, jheans tanpa potongan (aku tak suka feat rimas pakai seluar yang ada cutting tu)
Baju yang aku lapis kat luar tu juga menggunakan kain jenis jheans.
Make-up aku, (bedak, gincu, celak) dari jenama AVON kepunyaan ibu aku.

Tambahan: Gelang tangan yang aku pakai tu adalah pemberian dari Haji Suili, salah seorang penulis di W.P Labuan dalam PERWILA. Beliau baru lepas mengerjakan haji tahun 2010, dan gelang tersebut dibeli oleh beliau waktu haji.

Nampak agak simple dari adik-adik dan ibu aku sebenarnya ni. Sebab aku jenis yang suka berpakaian simple. Biasanya keluar pakai seluar trek, t-shirt, dan tudung saja. Bedak muka pun aku tak pakai. Apa lagi gincu dan celak. Hohohoho... Yang kat gambar di atas ni sebab memenuhi tema acara AVON, dan pakai make-up tu ibu yang suruh. Kalau tidak, aku memang tak pakai tu. Hehehe...
Aku bukan tak suka berfesyen. Malah, aku suka tengok fesyen-fesyen orang yang agak menarik. Tapi, aku tak pandai la nak berfesyen. XD



P/s: Kenapa seluar aku berlipat di bawah tu? Sebab aku rendah. 144 cm ja. Walaupun baru tamat tingkatan 5 dan sekarang tengah tunggu result SPM. Huhuhuhu...

2 comments:

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...