Jumaat, 19 Mac 2010

Tak Nak Dibedah

Semalam, 18 Mac 2010 (Khamis) ayah dan ibu aku bawa aku pergi Klinik Ramlee (W.P Labuan). Dorang nak aku jumpa doktor pasal masalah bibir aku ni. Kat bahagian dalam bibir bawah aku sebelah kiri ada macam bengkak sikit (macam berbiji jugak). Dah lama masalah tu, aku pun tak pasti apa punca asalnya.

Aku tunjukkan kat doktor bibir aku yang bermasalah tu. Doktor tanya dah berapa hari bibir aku tu, aku jawab dah dua tahun. Aku tak berapa pasti dua atau tiga tahun dah masalah bibir aku tu. Aku jawab tiga ja lah. Lama juga bibir ni terus macam ni. Aku sangka pandai sembuh sendiri...
Doktor Ramlee kata, dia akan bagi ubat sapu untuk bibir aku tu. Aku tanya apa sebenarnya kat bibir aku tu. Katanya dalam bibir aku yang bengkak tu ada semacam jelly. Kalau aku asyik gigit ja, bengkak tu tak sembuh... hehehe...
Kata doktor lagi, kalau nak sembuh habis, kenalah bedah, buang terus.
Err... aku agak tak sedap hati dengar perkataan 'bedah' tu. Waktu aku tadika dulu pun aku dah kena bedah sebab masalah bisul aku yang tak sembuh. Ibu aku kata kulit aku tu tebal. Huhuhuhu...

Balik tu, doktor bagi aku vitamin C untuk aku makan sebiji dua kali sehari, ubat bengkak untuk aku makan sebiji tiga kali sehari, dan ubat sapu oral aid untuk di sapu pada bengkak tu dua kali sehari.
Harap-haraplah dengan ubat tu bibir aku beransur pulih. Kalau tak berkesan, ayah aku suruh bedah ja. Agak kecut perut sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...