Rabu, 31 Mac 2010

"Itu satu pertanyaan yang bagus... tapi sukar untuk dinyatakan jawapannya. Jadi, lebih baik jangan tanya."

Edeh... aku sibuk la dalam masa-masa terdekat ni. Sampai terlupa nak update blog kesayangan aku ni. Blog lain aku ambil peduli pula...

5 Hibiscus SMK Mutiara 2010 
(click sini untuk masuk ke laman blog ini.)

Tu blog yang baru aku buat. Khas untuk kisah-kisah dalam kelas aku. Blog tu insya-Allah aku akan update setiap hari pada hari persekolahan. Jadi, kepada pembaca yang rajin nak ambil tahu cerita-cerita aku di sekolah, boleh lah terus ke blog tu. Insya-Allah apabila maklumat dah makin banyak nanti, banyak lagi informasi yang akan aku masukkan dalam tu. Buat masa ni, penulis blog tu hanyalah aku seorang. Entah siapa yang boleh jadi rakan kongsi menulis kisah-kisah kelas aku tu... Sebab setakat ni, belum ada kawan sekelas aku yang aktif berblogging (setahu aku la).

Sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis kat sini. Tapi aku dah lupa dah. Hahahaha... Tempoh hari saja (entah bila), ketika cikgu (entah siapa, aku lupa dah) cakap pasal Wajhul Kitab - muka buku (Facebook), entah sampai part mana, aku cakap bahawa aku sekeluarga langsung tak guna benda alah tu. Tak nak gunalah Facebook tu. Buat akaun pun tidak. Seorang pun dari keluarga aku tak ada Facebook. Jadi, cikgu dan kawan aku (seingat aku lelaki...tapi entah siapa... si sH@ReeN kot) tanyalah kenapa. Nak tau apa jawapan aku...? (Kalau nak tahu lah...) Aku jawab: "Itu satu pertanyaan yang bagus... tapi sukar untuk dinyatakan jawapannya. Jadi, lebih baik jangan tanya." Hahahaha... bunyinya macam kelentong... tapi, betullah. Bila aku cakap pun nanti, dorang bukan ambil kisah pun isi yang aku sampaikan. Entah berapa dah manusia yang aku cakap pasal masalah benda alah tu. Muka-muka sama juga. Jadi, bila dah ditanya lagi kenapa aku tak guna facebook, kali ini itulah trademark jawapan aku. Aku dah naik bosan dengan persoalan yang sama tu.

Sebenarnya aku tengah bengang sikit sekarang ni. Rasa malu pun ada jugalah. Jelama tu, bila dah dicop 'suka ambil tahu' @ 'penyibuk', sedar-sedarlah diri tu sikit. Cubalah refleksi diri tu. Ni, tidak. Tak sedar diri lagi. Aku tak tahulah apa yang jelama tu fikir di kepalanya... ikut sukanya saja buat apa yang dia nak buat.. Adakah patut dia pergi mengata dan marah-marah orang dan perkara tu melibatkan aku. Hei, aku manusia juga macam kau. Aku pun ada perasaan juga. Mungkin kau tak malu dengan apa yang kau buat. Tapi, bila perkara tu sampai kepada aku melalui orang tu sendiri, aku sendiri rasa malu bah! Kalau kau nak tasykil orang pun, tengok cara dan tempat jugalah. Berfikiranlah sikit bah.
Ya... kalau pun mungkin aku ni cekewa 'kecewa' terhadap orang tu seperti apa yang aku rasa disebabkan oleh insan yang menggelar dirinya sahabat aku, tapi bila aku berhubung dengan dia, dia macam buat endah tak endah ja dengan aku, tapi, janganlah kau nak pergi cakap dengan orang tu macam-macam konon kau nak dia bertanggungjawab. Macammana pun dia, siapa pun dia, dia manusia juga. Dia pun memiliki dunianya sendiri dan aku bersama duniaku sendiri. Dia bukannya kekasih aku pun kau nak marah-marah dia. Lainlah cerita kalau dia tu kekasih aku, tapi dia dah tak layan aku tanpa sebab. Please lah. Aku tak suka lah ada orang macam ni. Satu lagi, cubalah sedar-sedar diri tu yang selama ni kau tu tau berlagak macam pandai sangat saja. Refleksilah diri tu dulu baru nak mengubah orang lain.

Aku sendiri bukannya tak tasykil orang. Aku pun dah terikut-ikut M.Khairul Anwar. Adakalanya mentasykil juga. Tapi, kenalah pada tempatnya juga. Orang akan tak suka bila kita cuba jadi 'penceramah' dalam lagak yang macam mengada-ngada.

Huh... semalam, ada seorang rakan (lelaki) aku yang entah kenapa tiba-tiba memaki "babi... sial" di depan aku. Adalah yang dia tak puas hati tu. Tapi, dia bercakap tu waktu dia di hadapan aku, dan yang dia tak puas hati tu tak berkaitan pun dengan aku atau seorang lagi kawan (perempuan) aku yang ada bersama kami waktu tu. Spontan aku membebel, "babi, sial, babi, sial, babi, sial lagi kau!" (dengan percakapan yang pantas - macam kilat ke...?) Aku bukan apa... geram la bila dia cakap macam tu. Aku lagi sensetif bila ada orang cakap perkataan "babi" tu depan aku. Dia pun bila aku cakap macam tu, terus dia cakap "ok, ok la bah!" Aku tau dia sedar apa dia cakap. Nasib kaulah aku membebel waktu tu. Mungkin sebelum ni aku diamkan saja bila kau guna ayat maki-memaki walau sekadar bergurau... sebab adakalanya aku sendiri terlepas cakap perkataan memaki tu. Aku sedar aku pun tak sempurna. Tapi, bila dah perkataan "babi" tu kau sbut depan aku, kalau aku tak boleh kunci mulut aku, kena bebel lah alamatnya. Kalau orang lain yang sebut, biasanya aku perli ja dengan mengatakan "nah! **** sekali bah kenak!" Tapi, dah sampai tahap aku dah geram, memanglah aku akan tasykil orang tu. Sebab perkataan memaki tahap maksima paling atas tu boleh buat tangan sampai ke muka juga tu.

Sebenarnya, lelaki yang aku bebelkan bila dia kata perkataan **** tu selalu membuatkan aku teringat pada M.Khairul Anwar. Jadi, bila dia cakap/buat sesuatu yang bertentangan dengan perwatakannya yang sepatutnya, kadang-kadang buat aku pula terasa hati. Yalah...bila kita bandingkan seseorang dengan orang lain, oang lain itu tidak akan sama dengan insan yang kita bandingkan tu.

Hmm... aku penat sebenarnya. Hohohoho... hari ini aku dapat pelajaran baru dari seorang rakan YM yang lama dah tak berhubung dan baru tadi chat balik. Athirah, ingat tu! Kalau tulis entri english, ayatnya tiada yang present tense. Semuanya past tense. Ingat tu! Ya... ingat... kalau aku akan tulis lagi entri english. Hahahaha... Payah juga kalau bahasa inggeris tidak begitu bagus ni. Huhuhuhu...

K lah. Aku tak ada idea lagi. Saja ja mengarut dalam entri ni. Aku tengah mengantuk sebenarnya.
Ok...
-away-
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...