N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/03/10 - 1/04/10

Rabu, 31 Mac 2010

"Itu satu pertanyaan yang bagus... tapi sukar untuk dinyatakan jawapannya. Jadi, lebih baik jangan tanya."

Edeh... aku sibuk la dalam masa-masa terdekat ni. Sampai terlupa nak update blog kesayangan aku ni. Blog lain aku ambil peduli pula...

5 Hibiscus SMK Mutiara 2010 
(click sini untuk masuk ke laman blog ini.)

Tu blog yang baru aku buat. Khas untuk kisah-kisah dalam kelas aku. Blog tu insya-Allah aku akan update setiap hari pada hari persekolahan. Jadi, kepada pembaca yang rajin nak ambil tahu cerita-cerita aku di sekolah, boleh lah terus ke blog tu. Insya-Allah apabila maklumat dah makin banyak nanti, banyak lagi informasi yang akan aku masukkan dalam tu. Buat masa ni, penulis blog tu hanyalah aku seorang. Entah siapa yang boleh jadi rakan kongsi menulis kisah-kisah kelas aku tu... Sebab setakat ni, belum ada kawan sekelas aku yang aktif berblogging (setahu aku la).

Sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis kat sini. Tapi aku dah lupa dah. Hahahaha... Tempoh hari saja (entah bila), ketika cikgu (entah siapa, aku lupa dah) cakap pasal Wajhul Kitab - muka buku (Facebook), entah sampai part mana, aku cakap bahawa aku sekeluarga langsung tak guna benda alah tu. Tak nak gunalah Facebook tu. Buat akaun pun tidak. Seorang pun dari keluarga aku tak ada Facebook. Jadi, cikgu dan kawan aku (seingat aku lelaki...tapi entah siapa... si sH@ReeN kot) tanyalah kenapa. Nak tau apa jawapan aku...? (Kalau nak tahu lah...) Aku jawab: "Itu satu pertanyaan yang bagus... tapi sukar untuk dinyatakan jawapannya. Jadi, lebih baik jangan tanya." Hahahaha... bunyinya macam kelentong... tapi, betullah. Bila aku cakap pun nanti, dorang bukan ambil kisah pun isi yang aku sampaikan. Entah berapa dah manusia yang aku cakap pasal masalah benda alah tu. Muka-muka sama juga. Jadi, bila dah ditanya lagi kenapa aku tak guna facebook, kali ini itulah trademark jawapan aku. Aku dah naik bosan dengan persoalan yang sama tu.

Sebenarnya aku tengah bengang sikit sekarang ni. Rasa malu pun ada jugalah. Jelama tu, bila dah dicop 'suka ambil tahu' @ 'penyibuk', sedar-sedarlah diri tu sikit. Cubalah refleksi diri tu. Ni, tidak. Tak sedar diri lagi. Aku tak tahulah apa yang jelama tu fikir di kepalanya... ikut sukanya saja buat apa yang dia nak buat.. Adakah patut dia pergi mengata dan marah-marah orang dan perkara tu melibatkan aku. Hei, aku manusia juga macam kau. Aku pun ada perasaan juga. Mungkin kau tak malu dengan apa yang kau buat. Tapi, bila perkara tu sampai kepada aku melalui orang tu sendiri, aku sendiri rasa malu bah! Kalau kau nak tasykil orang pun, tengok cara dan tempat jugalah. Berfikiranlah sikit bah.
Ya... kalau pun mungkin aku ni cekewa 'kecewa' terhadap orang tu seperti apa yang aku rasa disebabkan oleh insan yang menggelar dirinya sahabat aku, tapi bila aku berhubung dengan dia, dia macam buat endah tak endah ja dengan aku, tapi, janganlah kau nak pergi cakap dengan orang tu macam-macam konon kau nak dia bertanggungjawab. Macammana pun dia, siapa pun dia, dia manusia juga. Dia pun memiliki dunianya sendiri dan aku bersama duniaku sendiri. Dia bukannya kekasih aku pun kau nak marah-marah dia. Lainlah cerita kalau dia tu kekasih aku, tapi dia dah tak layan aku tanpa sebab. Please lah. Aku tak suka lah ada orang macam ni. Satu lagi, cubalah sedar-sedar diri tu yang selama ni kau tu tau berlagak macam pandai sangat saja. Refleksilah diri tu dulu baru nak mengubah orang lain.

Aku sendiri bukannya tak tasykil orang. Aku pun dah terikut-ikut M.Khairul Anwar. Adakalanya mentasykil juga. Tapi, kenalah pada tempatnya juga. Orang akan tak suka bila kita cuba jadi 'penceramah' dalam lagak yang macam mengada-ngada.

Huh... semalam, ada seorang rakan (lelaki) aku yang entah kenapa tiba-tiba memaki "babi... sial" di depan aku. Adalah yang dia tak puas hati tu. Tapi, dia bercakap tu waktu dia di hadapan aku, dan yang dia tak puas hati tu tak berkaitan pun dengan aku atau seorang lagi kawan (perempuan) aku yang ada bersama kami waktu tu. Spontan aku membebel, "babi, sial, babi, sial, babi, sial lagi kau!" (dengan percakapan yang pantas - macam kilat ke...?) Aku bukan apa... geram la bila dia cakap macam tu. Aku lagi sensetif bila ada orang cakap perkataan "babi" tu depan aku. Dia pun bila aku cakap macam tu, terus dia cakap "ok, ok la bah!" Aku tau dia sedar apa dia cakap. Nasib kaulah aku membebel waktu tu. Mungkin sebelum ni aku diamkan saja bila kau guna ayat maki-memaki walau sekadar bergurau... sebab adakalanya aku sendiri terlepas cakap perkataan memaki tu. Aku sedar aku pun tak sempurna. Tapi, bila dah perkataan "babi" tu kau sbut depan aku, kalau aku tak boleh kunci mulut aku, kena bebel lah alamatnya. Kalau orang lain yang sebut, biasanya aku perli ja dengan mengatakan "nah! **** sekali bah kenak!" Tapi, dah sampai tahap aku dah geram, memanglah aku akan tasykil orang tu. Sebab perkataan memaki tahap maksima paling atas tu boleh buat tangan sampai ke muka juga tu.

Sebenarnya, lelaki yang aku bebelkan bila dia kata perkataan **** tu selalu membuatkan aku teringat pada M.Khairul Anwar. Jadi, bila dia cakap/buat sesuatu yang bertentangan dengan perwatakannya yang sepatutnya, kadang-kadang buat aku pula terasa hati. Yalah...bila kita bandingkan seseorang dengan orang lain, oang lain itu tidak akan sama dengan insan yang kita bandingkan tu.

Hmm... aku penat sebenarnya. Hohohoho... hari ini aku dapat pelajaran baru dari seorang rakan YM yang lama dah tak berhubung dan baru tadi chat balik. Athirah, ingat tu! Kalau tulis entri english, ayatnya tiada yang present tense. Semuanya past tense. Ingat tu! Ya... ingat... kalau aku akan tulis lagi entri english. Hahahaha... Payah juga kalau bahasa inggeris tidak begitu bagus ni. Huhuhuhu...

K lah. Aku tak ada idea lagi. Saja ja mengarut dalam entri ni. Aku tengah mengantuk sebenarnya.
Ok...
-away-
Wassalam...
Baca penuh >>

Jumaat, 26 Mac 2010

Sad or Happy

Entry english again...? Yeah... for improve my english language... Hehehe... Last Thursday, I checked my english oral test's marks. So bad... huhuhuhuhu...

Today is Friday. The last day for Aiman's day school at SMK Mutiara. He will move to Terengganu because his father transfer to there. I and the friend at the class also feel sad because we had more than a year classmate and friends. Feel sorry for Adham because when Adham moved to SMK Mutiara and be my classmate earlier this year, he and Aiman be a bestfriend. Surely because dialects of their language a 'kurau' 

In the rest time, Suhaimi bought a pack of flour at school canteen. At the class, he asked me to keep the flour in my bag for secret from Aiman. Arrival time back after subjects Pendidikan Syariah Islamiyah, Suhaimi and the gang throw that flour to Aiman face and his hair. They so cruel... hahaha... and feel sorry to Aiman.

In the evening, I have a silat practice at Gelanggang Silat SMKM. The first and second day (every Friday) before, I had absent from the practice. And this third day I come to practice. That evening I had meet Aiman at the school too when I spoke with Shahrizal at the reading huts before arrival time to practice. Aiman did not come to practice because he want go to Suhaimi's house. Oh, no! After this, I did not have a silat gang in my class... huhuhuhu...

The silat members have a new members in putera and puteri silat. That in early time practice... I do not know how many have come to practice at the next-next-next-next day come soon.

I am so tired after the practice... I want to increase my body weight because my weight now 36kg and not balanced with my height, 144cm. But am I can increase my weight now? Hahahahaha... Are reader have feel sorry for me? 

Okay... I got to go now. Maybe I am migrain now... Hmm... Tomorrow I have the extra-class for accounting principles.

P/s: Adham cannot be with me at time answer the question a lesson. Because, we will have a quarrel while discuss the answers. Hahahaha... Am I wrong for that?
Sorry because my english language not very good... Maybe so bad... Hahahaha...
Baca penuh >>

Rabu, 24 Mac 2010

Ingin Mendapatkan Domain Percuma Selama Setahun?

Cik Intanurulfateha hendak membeli domain intanurulfateha.com untuk blog miliknya. Beliau turut berbesar hati ingin membelikan satu domain lain untuk dihadiahkan kepada pembaca blognya. Oleh yang demikian, beliau dengan senang hati mengadakan contest "SI contest" yang berakhir pada 31 Mac 2010 untuk mencari seorang pemenang yang layak mendapatkan domain percuma daripada beliau.

Di bawah ini ialah gambar yang aku gunakan untuk menyertai contest ini.
AKU dan... Sahabat.
Kenapa aku pilih gambar ini? Kerana gambar ini adalah antara gambar aku yang paling aku suka. Gambar di atas ialah gambar yang aku edit sendiri hujung tahun lepas... menunjukkan kenangan aku dengan sahabat aku, M.Khairul Anwar sebelum dia berpindah ke Sekolah Menengah Teknik & Vokasional, W.P Labuan pada tahun 2009. Baju yang kami pakai tu sebenarnya ialah baju sukan sekolah aku (bekas sekolah dia lah)... hehehe... MKA memakai baju sukan sekolah versi lama, manakala aku pula memakai baju sukan sekolah versi baru.
Dalam menjalani kehidupan seharian kita, sahabat juga adalah insan penting untuk menjadi teman kita. Antara sahabat dan cinta itu sebenarnya sahabat adalah lebih baik. Seperti kata Afifi pada aku, "Tiada kawan, tiadalah cinta..." Jadi, pandai-pandailah korang memilih sahabat terbaik korang ya...


KASIHMU SEDAMAI PULAU
Karya: N Athirah


Sungguh merdu alunan desiran pantai
sungguh indah pemandangan mentari terbenam
sungguh nyaman tiupan bayu senja
memberi ketenangan setiap insan


Sahabat
kau curah kasihmu
lantas mendamaikan gelora jiwaku
sedamai pulau
mengukir senyumku
menenang jiwaku
membangun mindaku
dan mencoret bait-bait kata
madah bicara damai abadi


Awan di langit berarak perlahan
angin bertiup membawa ketenangan
hujan turun bersama rahmat Tuhan
Pabila sentuhannya serasi
terbukalah jendela hati
terlepaslah segala impian
yang mengusik jiwa lara


Ahad, 22 Februari 2009
Korang apa lagi...? Cepat-cepatlah turut serta contest ni. Hadiah lumayan ni. Apa korang tunggu lagi? Marilah sertai bersama! Cara-cara dan syarat-syarat untuk menyertai contest ini mudah sahaja.
 
Cara-caranya ialah :
  1. Korang hanya perlu upload sebuah gambar korang yang korang suka dan gambar mestilah berwajah happy, tak naklah yang tengah nangis atau masam-masam macam cengkodok 
  2. Edited picture(gambar yang telah diedit/ubah-suai) juga boleh... tapi, edit tu kenalah cantik-cantik tau!
  3. Tulislah caption kenapa korang suka gambar tu... Tulis caption yang sweet dan boleh menarik hati Cik Intanurulfateha. (Tarik hati ja tau! Jangan pula ada yang lebih-lebih nak ambil hati beliau pula... Kang cik kita yang sweet tu nak pakai hati apa pula kalau dah ada yang ambil hatinya yang satu-satunya tu...)
  4. Gambar bersama mak/ayah, suami/isteri, anak, kawan, boyfriend/girlfriend, semua pun boleh! Tapi gambar berDUA saja ya... sesungguhnya berdua itu lebih baik (Cik Intanurulfateha kata "berdua kan lebih baik" )
Syarat-syaratnya pula ialah :
  1. Letakkan banner contest seperti yang terdapat di atas kat blog korang dan link balik ke entri contest di sini.
  2. Tulis satu entri berkenaan contest ini.
  3. Yang penting, jangan lupa letak backlink dalam entri korang. Lebih banyak referral, lagi cerahlah peluang korang untuk menang. Tak perlu sangat nak follow blog Cik Intanurulfateha. Tapi, kalau korang rajin nak follow juga pun tak apa.
  4. Sebaik-baiknya, rajin-rajinlah selalu click nuffy Cik Intanurulfateha... and she will click your back.
  5. Akhir sekali, letakkan link entri contest korang tu kat entry contest beliau.
Kan mudah saja contest ni. Apa tercegat lagi...? Jomlah sertai bersama! Tarikh tutup 31 Mac 2010 ni tau. Dan sistem pemilihan pemenang bukanlah menggunakan sistem vote, tetapi dipilih sendiri oleh Cik Intanurulfateha. Apa tunggu lagi, cepat-cepatlah menyertakan diri ke dalam contest mudah ini.
Untuk menyertai, anda boleh click banner contest di atas atau click saja di sini.
Baca penuh >>

Selasa, 23 Mac 2010

1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG


Bersempena pembukaan BAZAR KERONGSANG (BK), dengan berbesar hati BK telah menjemput semua untuk menyertai 1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG di BaZaR KeRoNgSaNg.

Tarikh penyertaan giveaway ini dibuka sehingga 24 April 2010 dan nama pemenang akan diumumkan pada 25 April 2010.

Apa tunggu lagi, segeralah menyertai 1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG ini. Bukan susah mana pun. Sesiapa pun boleh menyertainya termasuk anda! Cara penyertaannya mudah sahaja.
Untuk para blogger, anda hanya perlu :
Kepada yang bukan blogger (tidak mempunyai blog), anda juga boleh menyertai contest ini. Caranya :
Mudahkan?! Apa tunggu lagi, cepat-cepatlah menyertai contest ini!
Untuk menyertai, sila ke sini. Atau hanya click pada banner giveaway di atas.

-N Athirah-
Baca penuh >>

Isnin, 22 Mac 2010

Hari kembali ke sekolah...

Pengawas

Pagi-pagi ke sekolah, kat dalam bas aku cakap kat Nurulamalfatirah nak patner dengan dia waktu lapor diri kehadiran pengawas kat Puan Hajah Rokiah di bilik guru sekolah. Bermula hari ini, setiap pengawas diwajibkan lapor diri kat guru pengawas pada waktu pagi untuk memastikan kehadiran pengawas ke sekolah tidak lewat.

Selepas lapor diri, macam biasa aku terus pergi ke tempat aku dan beberapa orang kawan sekelas aku berkumpul waktu pagi sebelum perhimpunan atau masuk kelas. Disebabkan hari ini hari Isnin ada perhimpunan rasmi, sampai masa perhimpunan kami terus ke tapak perhimpunan. Hah! Waktu ni lah ada komflik aku waktu bertugas. Geram betul aku... sangat-sangat geram. Sepatutnya kan setiap barisan kelas ada seorang pengawas menjaga setiap barisan (pengawas lelaki di barisan lelaki dan pengawas perempuan di barisan perempuan). Tapi ada satu kelas tu tiada pengawas yang menjaga. Bila aku tanya pengawas-pengawas lain di bahagian belakang, tiada siapa tahu siapa yang ditugaskan menjaga barisan kelas pelajar perempuan tu. Masalahnya, salah seorang pelajar tu sakit dan tengah duduk. Aku cari KP... nak minta pendapat la pada asalnya. Kan dia KP. (nada memperli)
Tapi, KP pula tak ada. Aku tak tau ke mana perginya dia waktu tu. Tapi, bila KP dah datang, aku pun jumpa dia lah. Firstly aku tanya dia siapa pengawas-pengawas yang bertugas menjaga barisan kelas. Sebab yang senaraikan tugasan pengawas tu ialah KP sendiri. Lepas tu apa jawapannya,,, "Cari la sendiri!" siap dengan lagaknya pula tu!
Kalau aku tak fikir waktu tu perhimpunan rasmi, memang aku dah tampar dia dah. KP pun, KP la juga. Aku tau la dia cousin aku. Cousin pun, cousin la juga. Jangan fikir aku takut dengan dia. Jangan nak tunjuk lagak la... KP sebelum ni tak pernah nak berlagak pun. Masing-masing sedar diri. Aih geramnya aku waktu tu!!!!!!!

Program Mentor Mentee Sekolah

Waktu penghujung perhimpunan, Unit Bimbingan Kaunseling mengumumkan penyenaraian Program Mentor Mentee Sekolah yang mana Mentornya terdiri daripada guru-guru (termasuk guru pentadbiran) dan Menteenya pula ialah pelajar-pelajar sekolah. Setiap pelajar berpecah mengikut mentor masing-masing untuk sesi perkenalan.

Aku termasuk dalam senarai Mentee yang mana Mentronya ialah Cik Low Siew Yieng. Kebetulan Cikgu Loh ni guru sejarah kelas aku.

Berikut ialah tugasan Program Mentor Mentee pertama yang diberikan oleh Mentorku:

22 Mac 2010 (Isnin)
Tempat: Bilik Dokumentasi
BERKENALAN

Mentor: Cik Loh Siew Yieng

Adik Angkat :
  1. Nama : Norhaslinah Binti Abdul Hamid
    Tingkatan : 5 Petunia
    Tarikh Lahir : 17 Disember 1993
    Hobi : Futsal
    Masakan Kegemaran : Nasi Lemak

  2. Nama : Al-Malek Hassan Bin Pulon
    Tingkatan : 4 Bouganvilla
    Tarikh Lahir : 30 September 1994
    Hobi : Dengar Lagu

  3. Nama : Ahmad Adli Bin Mustapa Kamal
    Tingkatan : 3 Hibiscus
    Tarikh Lahir : 5 April 1995
    Hobi : Bola Sepak
    Masakan Kegemaran : Mi Maggi
    Target PMR : 8A

  4. Nama : Alexander Fong
    Tingkatan : 3 Ixora
    Tarikh Lahir : 15 Oktober 1995
    Hobi : Main Komputer
    Masakan Kegemaran : Mi Goreng Basah
    Target PMR : 1A (Mathematics)

  5. Nama : Mohd Mazdie Bin Abdul Saidi
    Tingkatan : 1 Ixora
    Tarikh Lahir : 6 Ogos 1997
    Hobi : Badminton
    Subjek Yang Diminati : Mathematics

    Nota: Kakak Sulung (angkat)
    Nama : Nurfatihah Athirah Binti Abbas
    Tingkatan : 5 Hibiscus
    Tarikh Lahir : 9 Disember 1993
    Hobi : Berkarya
    Masakan Kegemaran : Nasi Lemak

Yang hadir dalam group aku tadi cumalah enam orang mentee. Dan disebabkan umur aku mengikut tarikh lahir, lebih tua daripada Haslinah,,, akulah yang jadi kakak angkat pertama... huhuhuhu... jadi kakak lagi... Nak juga merasa jadi adik ba...


Kelas

Di kelas, aku tak duduk kat tempat duduk aku yang biasa. Aku duduk kat tempat duduk si Azrinah, sebelah sH@ReeN. Azrinah hari ni tak datang sekolah. Aku malas nak duduk kat tempat duduk aku tu. Nak pandang si orang yang menyakitkan hati tu pun malas. Ni kan lagi berhampiran.

Hari ni keputusan ujian Pendidik Al-Quran dan As-Sunnah, Add Math, Science, dan Bahasa Inggeris dah diserahkan kepada semua pelajar dalam kelas aku. Alhamdulillah Science aku ujian ni lulus. Hujung tahun lepas aku dapat 36 saja. Tahun ni dapat 42. Target untuk ujian bulan ni 45. Tinggal tiga markah ja lagi nak capai target. Kalau macam tu, untuk exam seterusnya aku perlu tambah lagi nilai target tu. Dan juga, kalau boleh aku nak tingkatkan lagi markah tu.
PQS aku pula menurun... huhuhuhu... Markah hujung tahun lepas 80. Target yang ustazah berikan untuk ujian ni 86. Tapi, aku dapat 74 pula. Aduii...
Add Math pula.. alahai ni lagi satu subjek. Tahun lepas pertama kali ujian aku dapat markah 11. seterusnya markah aku menurun. Kalau naik pun tak sampai 10. Nasib saja belum pernah dapat 'telur' lagi. Hujung tahun lepas aku dapat markah 9 saja. Untuk target semua subjek yang aku gagal aku letak 45 saja termasuk Add Math dan Prinsip Akaun. Untuk ujian ni, Add Mat aku dapat 16 pula. Kata cikgu, ikut skema SPM sebenar, markah 15 ke atas tu dah selamat dah. Tapi, kalau aku tengok markah tu, setakat pas-pas lulus ja tu. Credit pun belum lagi. Aku tengok kertas jawapan Add Math aku, banyak dah berjawab. Tapi, formula ja salah. Ada yang formula betul, disebabkan soalan yang mula-mula aku salah formula, soalan seterusnya tu pun salah la jawapannya. Huhuhuhuhuhu...
BI pula, target aku untuk ujian ni sebenarnya 70. Tapi, markah yang aku dapat sama pula dengan markah hujung tahun lepas, 60. Tak meningkat, tak berkurang... Ni lagi satu masalah ni. Edeh.... Kalau aku tau, aku target 80 saja. Boleh dapat 70. Hahahahaha.... (nak buat lawak ke apa...?)

Esok lagi tunggu B.Arab Tinggi, Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik... dan entah apa lagi...

* Waktu sebelum balik tadi, si Adham duduk kat tempat duduk Azrinah dan aku pula di tempat duduk Syafawati (di hadapan tempat Azrinah). Sebenarnya aku nak kemas barang aku supaya waktu balik tak kelam-kabut. Tapi Adham duduk pula kat tempat Azrinah tu. Jadi, aku cuma minta dia simpankan kertas soalan exam aku kat dalam beg aku yang aku letak kat lantai sebelah kerusi (kat dinding...sebab meja Azrinah sebelah dinding kanan kelas). Lepas tu, aku dan Hajar yang duduk kat sebelah aku duk berbual dengan Adham.
Sampai ja waktu bunyi lonceng balik, semua orang sibuk la angkat beg nak keluar. Adham pula masih lagi kat meja si Azrinah. Jadi, aku minta lah Adham tolong ambilkan beg aku tu. Lepas tu apa dia kata,,, sambil letak beg tu atas meja, dia kata "Nah, Tuan Puteri!" (nada bergurau) Lepas tu dia pergi. Tersentak aku. Lepas tu aku cakaplah hanya seorang saja orang yang panggil aku macam tu > M.Khairul Anwar. Teringat dia lagi. Hahahaha...
Baca penuh >>

Entry english again...

I am very-very sadness... that man who said I am liar is hurt my heart again... He said I am evil girl and fool... He is not a good man. He shackle mylife and want I am offline Yahoo Messenger. Am I wrong to online?

I want to cry... but I hold my tear. Before, if I have problem, I have friend to sharing problem. But now, I did not contact M.Khairul Anwar. I am stop contact with him after that case. I feel I am very lonely...

Chidex, are you not thinked my feel when you curse me..? I really not understand what you think... I did not understand you...

When I hear song "Derita Merindu" by Ahli Fiqir (song at this blog), I think this song same with me...

Hmmm... Because that man, I wrote two entry blog (including this entry) ini english language... and with uncertain grammar... hahahaha... just because that man who hurt my heart...

-end-
Baca penuh >>

Ahad, 21 Mac 2010

Tell me... Am I wrong take picture with my friend???

This entry I create 'special' for Chidex... so, I write in english language with uncertain grammar (because my english language not very good)... and with the help from google translate.

As the reader known (for who read my last entry at here), I am very nervous and scare if my lip need to operation, right?! But, not long time after that, I am very disappointed when my friend (not from Malaysia) told I am a liar. What is wrong? He just saw my picture with M.Khairul Anwar at my Yahoo! Messenger's display image, and he told I am lie him abot my status. He said I have a boyfriend because he saw my picture with a boy. Huh?! Just that?!

Before, he told I am lie him too about my age. He said, I told him my age 19 years old/18 years old.What the hell?! While actually the first time we know each other, I told him my real age (16 years old at 2009). And this year (2010) I told him my age is 17 years old. That is my true age, right?! Why he repeatedly said I am liar?
Now, he said I am lie him about my status... I did not understand what are he thinked. Are he same with my ex-boyfriend..? Told I am something not true about me...? I do not know about that...

Chidex, yes, true, I did not have a boyfriend. Why just that picture you told I am a liar? You said  the boy is my boyfriend, why? Just because he is a boy. Just that? You a man too... You and he are my friend... not my boyfriend, right?! I repeat it, M.Khairul Anwar not my boyfriend. But he is my close friend, my good bestfriend I like. Tell me... Am I wrong take picture with him? Am I wrong create memories with him?

Hey, I just friend with you. Not more than that. NOT MORE THAN THAT! Don't shackle mylife.

And now you say sorry for me... After you hurt my heart, you say sorry? Yeah... Men... like this way...
After you told me everything, you say sorry... While you told me you did not need friend like me...right?! You said that, right?! You very selfish... Now, go away from mylife... Don't disturb me again. And I did not need friend like you.

Okey... I not have idea to create english entry again. Just until here... Sorry my english grammar not good...
-away-
Baca penuh >>

Beribadatlah...

Sudah menjadi lumrah... Kehidupan di dunia hanyalah sementara...
Tidak kira walau di mana kita berada...
Tidak kira kita muda atau tua...
Jua tidak kira masa...
Kita pasti kembali ke pangkuan-Nya...
Gunakanlah masa yanmg terluang ini, untuk beribadat kepada-Nya...
Sebagai bekalan kita di akhirat sana...

Sumber: M. Khairul Anwar
Sent: 14-Mac-2009 | 19:23:54
Baca penuh >>

Sabtu, 20 Mac 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

Entri kali ini merupakan entri penyertaan contest dari KAMI BLOGGER! (FCU COMMUNITY). Ini adalah entry wajib sebagai pendaftaran contest ni. Inilah penyertaan kali pertama aku untuk contest yang diadakan di FCU COMMUNITY ni. Hehehehe...

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST ini terbuka kepada blogger-blogger di Malaysia. Pemenang tidak ditentukan berdasarkan nasib ataupun undian kerana kini peserta boleh berusaha untuk memenangi contest dengan mengumpul mata menggunakan kemampuan IQ dan blogging skill masing-masing. Inilah masanya berkenalan dengan blogger-blogger lain seluruh Malaysia. 26 Pemenang bakal memenangi pelbagai hadiah.
Contest ni bagi aku agak unik la... sebab aku tak pernah sertai contest macam ni. lagi.
Peserta contest ni perlu mengumpul mata sebanyak yang mereka mampu dapatkan melalui pilihan A | B | C yang disediakan.
Pilihan A : SOALAN UTAMA (soalan yang akan diberikan kepada peserta setiap hari)
Pilihan B : SOALAN BONUS (soalan yang tidak diberikan selalu)
Pilihan C : TUGASAN BONUS (bahagian yang paling bernilai dan tidak diberikan selalu) > Tugasan bonus inilah dapat mengeratkan hubungan antara para peserta.
Mata-mata yang ditentukan bagi setiap tugasan bolehlah dirujuk di sini.

Hadiah-hadiah yang disediakan juga menarik dan penajanya bukan satu atau dua. Untuk itu, tidak salah untuk mencuba menyertai contest ini. Antara kebaikkannya, peserta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta yang lain.

Penyertaan aku ni juga sebenarnya agak lewat kerana tarikh tutup penyertaan ialah 20 Mac 2010. Penyertaan diterima sebelum jam 2356 (11.59 p.m)
Tarikh akhir penghantaran kesemua jawapan dan tugasan pula pada 23 Mac 2010 sebelum 11.59 p.m.

Kepada blogger yang lain, sementara masih sempat, cepat-cepatlah sertai contest ini.
Baca penuh >>

Jumaat, 19 Mac 2010

Tak Nak Dibedah

Semalam, 18 Mac 2010 (Khamis) ayah dan ibu aku bawa aku pergi Klinik Ramlee (W.P Labuan). Dorang nak aku jumpa doktor pasal masalah bibir aku ni. Kat bahagian dalam bibir bawah aku sebelah kiri ada macam bengkak sikit (macam berbiji jugak). Dah lama masalah tu, aku pun tak pasti apa punca asalnya.

Aku tunjukkan kat doktor bibir aku yang bermasalah tu. Doktor tanya dah berapa hari bibir aku tu, aku jawab dah dua tahun. Aku tak berapa pasti dua atau tiga tahun dah masalah bibir aku tu. Aku jawab tiga ja lah. Lama juga bibir ni terus macam ni. Aku sangka pandai sembuh sendiri...
Doktor Ramlee kata, dia akan bagi ubat sapu untuk bibir aku tu. Aku tanya apa sebenarnya kat bibir aku tu. Katanya dalam bibir aku yang bengkak tu ada semacam jelly. Kalau aku asyik gigit ja, bengkak tu tak sembuh... hehehe...
Kata doktor lagi, kalau nak sembuh habis, kenalah bedah, buang terus.
Err... aku agak tak sedap hati dengar perkataan 'bedah' tu. Waktu aku tadika dulu pun aku dah kena bedah sebab masalah bisul aku yang tak sembuh. Ibu aku kata kulit aku tu tebal. Huhuhuhu...

Balik tu, doktor bagi aku vitamin C untuk aku makan sebiji dua kali sehari, ubat bengkak untuk aku makan sebiji tiga kali sehari, dan ubat sapu oral aid untuk di sapu pada bengkak tu dua kali sehari.
Harap-haraplah dengan ubat tu bibir aku beransur pulih. Kalau tak berkesan, ayah aku suruh bedah ja. Agak kecut perut sikit.
Baca penuh >>

Rabu, 17 Mac 2010

Sahabat...?

Tika mula bersahabat, segalanya happy... bila perlukan sesuatu, memohon bersungguh-sungguh pada sahabatnya... namun setelah memperoleh kejayaan/kebahagiaan, adakah dia masih mengingati sahabatnya yang sentiasa menunggunya selama ini...?
Terus terang aku cakap, ayat di atas aku yang cipta sendiri... kalau ada ayat yang lebih kurang dengan ayat di atas, aku minta maaf. Aku tak ada cilok dari mana-mana artikel pun. Tu lahir dari hatiku sendiri...

Aku sebenarnya bengang la dengan manusia yang mengatakan aku sahabatnya. Mana bukti aku sahabatnya sedangkan bila dia dah dapat apa yang dia nak, aku ni macam tak ada apa-apa dah bagi dia. Ada pula yang mengatakan aku sahabatnya, tapi, ikut sedap mulut dia saja nak mengata aku, menuduh aku macam-macam. Kadang-kadang aku sedih... tapi, sakit hati juga...

Bila aku fikirkan balik, tiada siapa pun yang boleh aku jadikan sahabat... kecuali seorang... yang aku dah tak contact lagi. Mungkin salah aku juga yang tak kuat mempertahankan persahabatan aku dan dia. Tapi, semua tu terjadi kerana satu saja masalah yang aku hadapi... pergaduhan dengan 'seseorang' yang mungkin mengganggap aku ni 'baju' untuk dia tukar-pakai... Kerana pergaduhan tu lah, aku terbawa-bawa pada sahabat aku tu. So, nampakkan tu salah aku. Dan aku rasa aku tak nak la sakitkan hati dia lagi. Aku dah kata kat dia aku tak akan mesej dia melainkan hal-hal penting. Aku tak nak sakitkan hati dia lagi... sebab aku yang bakal sakit hati.

Hmm... entahlah...
Sebenarnya ada juga rakan-rakan siber yang betul-betul berkawan dengan aku. Cuma, kadang-kadang aku bingung la dengan semua tu... Keliru dengan keikhlasan dorang. Dorang kawan dengan aku atas sebab apa...?
Sebab sekarang ni aku dah bingung dengan manusia yang asyik nak panggil aku sayang/cyg/syg/baby/dan entah apa lagi. Kenapalah dorang nak panggil macam tu..?
Ok... kadang-kadang aku invisible kan saja perkataan 'karamat' tu bila chat dengan kawan yang aku pandang dia positif... Tapi, jangan kalau aku chat dengan manusia yang sukar untuk aku pandang dia positif. Geli-gelaman aku. Tak kira mat salleh ka, orang luar negara ka, orang dalam negara ni juga ka, aku memang sensetif dapat perkataan tu. Hari tu dah aku bantai tu mat salleh yang asyik panggil aku baby... Last tu baru dia dah tak panggil lagi.
Cuma, adalah satu jelama yang masih lagi nak panggil aku 'sayang'... Ergh! Agaknya, dah aku bertunang or kahwin nanti baru dia dah tak berani panggil aku dengan perkataan tu lagi. Dia tu memang tak pandai nak mengaku-ngaku kalah la... Dah lah tahun ni aku dah nak menghadapi SPM... err... bukan sekadar SPM tu saja yang membimbangkan aku. Ada benda lain lagi. Macam,,, aku rasa macam,,, tak nak duduk kat Malaysia la lepas SPM... hahahahahahahahaha...

Aku rasa macam dah melencong pula entri ni...hentam ja lah... aku dah biul agaknya... hahahaha...
Semalam lagi aku dah berdebat dengan jelama entah apa la perangainya... Sedap mulut dia ja nak kutuk-kutuk, caci maki orang... tapi, perwatakan aku agak berbeza semalam. Kalau orang yang dah la kutuk adik aku(adik aku yang kat Selangor tu juga kat entri aku sebelum entri ni), dia pergi maki aku binatang pula dah... aku tak maki dia pun. Soi betul lah jelama tu. Biasanya orang macam tu memang dah kena maki balik dari aku. Tapi, semalam aku bagi tasykil lah pula. Nasib dia lah baik tak kena maki berabis. Kebetulan aku teringatkan sahabat aku kot... tu yang aku tasykil ja. Sama macam sifat sahabat aku tu... Nasib baik jelama tu akhirnya tak cari pasal lagi. Kalau dia cari pasal lagi pagi tadi, memang aku dah tak tasykil dia lagi.
Jelama tu sikapnya sama ja macam masyarakat Mesir yang keras kepala bila marah... tapi, dia tak sama dengan masyarakat Mesir yang apabila ditasykil, akan lembut hatinya seolah-olah tiada perbalahan sebelum ini. Sebab jelama tu terus juga macam tunjuk lagak kat aku. Aku tau la dia tu lebih tua dari aku. Aih... geram aku dengan jelama tu semalam.

K lah... aku ada kerja lagi nak dibereskan. Bertemu lagi kita nanti andai aku ada idea nak tulis entri kat blog ni...
Wassalam...
Baca penuh >>

Isnin, 15 Mac 2010

Kenapalah ada kawan macam ni...?

Sedikit perkara ingin aku kongsikan dengan sesiapa yang rajin baca blog aku ni... Hal ini berkaitan dengan persahabatan ...

Ini adalah PNC Message (Private And Confidential Message) dari adik* aku kat VirtualFriends:
----- Original Message -----

From: .......................................
To: lbnathirah (DetektifAthirah, a.k.a N Athirah)
Sent: Fri, 12 Mar 2010 06:50:00 PM
Subject: RE: selamat berkenalan


.... ni jarang cakit lah ...ade kawan .... ni dia x leh tgk .... kawan ngan org lain kalau .... kawan gak nanti dia x akan cakap ngan dah ngan .......akak rase .... patut wat ape
Yang ini pula PNC balas dari aku:
ai... ada juga manusia mcm tu dgn .......
kakak xtau la apa sepatutnya yg .... blh bt...
cuma, kalau kakak berbeza sikit... kakak lebih tegas lagi...
diri kita bukan hak milik dia seorg saja... kta ada hak untk berkawan dgn sesiapa... dia tiada hak untk kongkong kita sbb kita pun mcm dia juga, manusia.
kalau kakak sndiri, kakak akan tanya dia, apa masalahnya kakak kwn dgn org lain...? apa hak dia mau halang kakak berkawan dgn org lain... knp? dia takut org lupakan dia, xnak kwn dgn dia?

seorg sahabat yg baik, walau dia peroleh ramai kawan, dia tdk akan melupakan sahabatnya sndiri... di situlah terletak nilai persahabatan...
Seorg sahabat yg baik, dia tdk akan menyekat kebahagiaan sahabatnya walaupun dia (kalau sahabat yg berlainan jantina) menyintai sahabatnya itu. di situlah terletak nilai pengorbanan...
untk mencari sahabat, bkn kita yg mengongkong org itu agar sntiasa menjadikan diri kita org yg pnting untknya... andai org itu beranggapan kita adalah sahabatnya, org tu akan sntiasa mengingati dan menyayangi kita...

itu pndapat kakak la... .... blh fikir sndiri .... nak bt apa...
kalau kakak, kakak mmg sntiasa bersikap tegas... sbb zaman skrg bkn sng cari sahabat yg betul2 baik...

Sekadar nak kongsi saja... Maaf ya sebab ejaan dan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas tak ikut skema Bahasa Melayu. Aku hantar yang original. Tapi, nama-nama tu saja diedit.


*Adik angkat aku dari Selangor
Baca penuh >>

Ahad, 7 Mac 2010

Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan Kokurikulum 2010

Pada 3 Mac 2010 (Rabu), Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan Kokurikulum 2010. Oleh yang demikian, pada hari tersebut aku telah menghadiri ketiga-tiga persatuan/kelab kokurikulum yang menjadi pilihanku untuk tahun ini.

Berikut adalah maklumat perlantikan mengenai kelab/persatuan kokurikulum pilihanku tahun ini:


KELAB BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA (Kelab dan Persatuan)

Guru Penyelaras : Puan Wan Ashiba  &  Puan Syarifah Norsuhaila (Kaunselor)

Majlis Tertinggi :

Pengerusi : Khairul Azhar (5 Hibiscus)
Naib Pengerusi : Nurfatihah Athirah (5 Hibiscus)
Setiausaha : Shahira (5 Hibiscus)
Naib Setiausaha : Mohd Nur Asfadillah (3 Chrysanthemum)
Bendahari : Nuralijah (4 Bouganvilla)
Naib Bendahari : Ahmad Adli (3 Hibiscus)

Ahli Jawatankuasa ;
Tingkatan 1 : Mira Rusella (1 Petunia)
Tingkatan 2 : Siti Hawa (2 Hibiscus)
Tingkatan 3 : -
Tingkatan 4 : Siti Sarah (4 Petunia)
Tingkatan 5 : Nurazrinah (5 Hibiscus)

Jawatankuasa Tambahan :

Penyelaras Sudut Kerjaya : Dayang Maznah (4 Petunia)
AJK Bulettin : Nur Nadhihah (2 Hibiscus)
AJK Kebajikan : Suzzanah (2 Hibiscus)
AJK Promosi : Nur Efyrina Afiqa (2 Hibiscus)
AJK ICT : Fatin Hanani (2 Hibiscus)

* Laman blog KBKK SMK Mutiara dalam  pembikinan


PERSATUAN SILAT (Unit Beruniform)

Guru Penyelaras : Encik Mahazi

Pengerusi :  Nasdi (5 Petunia)
Naib Pengerusi : Nurfatihah Athirah (5 Hibiscus)
Setiausaha : Fatin Hanani (2 Hibiscus)
Bendahari : Abu Dzar (4 Chrysanthemum)

*
Pendaftaran latihan silat di bawah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
Gurulatih : Encik Azizan
Gelanggang : SMK Mutiara, W.P Labuan
Hari Latihan : Setiap hari Jumaat
Masa Latihan : 3:00 petang sehingga 5:00 petang

**
Laman blog PSSGM Labuan : pssgmwpl.blogspot.com
Laman blog Encik Azizan : chulahitam.blogspot.com


KELAB MEMANAH (Sukan dan Permainan)

Guru Penyelaras : Encik Hisham

Pengerusi : Ahmad Saifullah (5 Bouganvilla)
Naib Pengerusi : Mohd Ali (5 Bouganvilla)
Setiausaha : Nurfatihah Athirah (5 Hibiscus)
Naib Setiausaha : Dayang Juliana (4 Ixora)
Bendahari : Mohd Hasdy (3 Chrysanthemum)

Ahli Jawatankuasa ;
Tingkatan 1 : Mohd Azmi (1 Ixora)
Tingkatan 2 : Aminuddin Afiq (2 Hibiscus)
Tingkatan 3 : Dayang Nurul Safinasr (3 Hibiscus)
Tingkatan 4 : Rafidah (4 Bouganvilla)
Tingkatan 5 : Muhammad Aiman (5 Hibiscus)
Baca penuh >>

Come Back

Lama aku tak update blog aku ni. Kesian kat blog ni terbiar saja kan.

Bukan aku sengaja tak update, tapi, sejak kebelakangan ni ada saja program-program aku baik dalam sekolah mahupun luar sekolah. Bila aku nak letak kat blog, ada saja yang menyebabkan kerja tu terbantut. Mana tidaknya, setiap kali balik rumah, penat... sampai tertidur-tidur lagi. Hahahahaha...

Ni baru aku nak update... Ada beberapa aktiviti yang akan aku masukkan dalam entri-entri blog aku nanti. Kepada yang rajin/sudi baca blog aku ni, aku minta maaf la sebab tak update blog sebelum ni. Kepada yang tak berapa minat/sudi nak baca tu, tak apalah. Aku tak ada nak kisah sangat. :D :D :D


P/s: In the same time, I miss my sister at Melaka... Hehehehehe...
Baca penuh >>