Tuesday, February 2, 2010

Suratan Atau Kebetulan...?

Err... ada kaitan ke tajuk kat atas ni :p

Waktu aku tulis entri ni sebenarnya, lebih kurang lepas setengah jam aku sampai ke rumah setelah balik dari sekolah hari ni. Agak-agak, aku ni buang tebiat ke balik rumah terus menghadap komputer?!

Hahahaha... sebenarnya ada perkara yang aku nak kongsi dengan pembaca. Sebab tu aku terus menulis entri sekarang ni(waktu aku tengah menulis ni).

Pagi tadi kelas aku ada matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), dan gurunya ialah Cik Jasmini Daud. Hari ni kamu masuk PSK Tema 2 tajuk Kekeluargaan. Mula-mula macam biasalah, bincang istilah tajuk-keluarga. Lepas tu kami diarahkan tulis artikel masaing-masing mengenai 'Idola Dalam Keluarga'. Akhir sekali kami bincangkan mengenai syarat-syarat sebelum berumahtangga.
Macam biasalah semangat menjawab (macam berpengalaman ja...hehehe)

Sekali satu topik timbul!
Kan sebelum kahwin, ada pemeriksaan tahap kesihatan. Jadi, cikgu timbulkan persoalan, gara-gara cerita pasal berhati-hati dengan pasangan yang mengalami penyakit keturunan. Persoalannya, andaikan dah tujuh tahun bercinta (contohlah)... kira, sayang sangatlah dengan pasangan ni... dialah pasangan terbaik yang kita ada... sekali, seminggu sebelum kahwin tu pasangan kita didapati menghidap HIV positif. Apa yang akan kita lakukan?! Adui nah...pistak aku dengar soalan tu (err...trip si Azrinah).
Jadi, cikgu soal secara rawak kepada pelajar dalam kelas kami. Mula-mula Suhaimi, dan dia jawab dia terima seadanya...kalau dah kata cinta, terimalah. Waktu tu aku dengar Shareen malar bercakap "confirm reject terus." Syafawati pula timbulkan persoalan baru pada Shareen, "jadi, yang menghidap HIV tu tiada hak untuk berkahwin?" Aku pun terfikir-fikir juga kalau ianya berlaku pada diriku sendiri kan...

Sekali sampai turn, aku pulak tersangkut kena soal. Aduyai... Bab-bab hati ni, kalau aku menjawab confirm dengan hatiku sendiri menghayatinya. Hahahaha... walaupun sebenarnya aku tidak punya kekasih buat masa ni (tidak punya kekasih ya... bukan tidak punya rasa cinta :p)

Bila aku pertimbangkan, aku jawab lah... mula-mula ikut restu ibu bapa. Sebab, perkahwinan ni mesti ada restu orang tua kan (ceh! macam dah nak kahwin pulak daa...). Tapi, bila parent pun tak kisah, terpulang pada diri kita, berbaliklah pada perasaan hati kita. Kalau dah itu jodoh kita, terima sajalah kan seadanya...
Aii... jodoh tu kan ditangan Tuhan. Kalau dah itu jodoh kita, tawakal ja la...
Bila cikgu tanya Rizaizy yang waktu tu duduk di sebelah aku, Rizaizy pun jawab terima saja. Tapi, berbeza la dengan Shareen. Katanya, "Bunga bukan sekuntum..." Cewah...

Gara-gara satu perkara tu saja, suasana dah kurang harmoni. Huhuhuhuhu... Tapi, sebenarnya, soal hati dan perasaan ni susah untuk diungkai... hahaha...

Masa PSK berlalu, masuk waktu rehat, sampailah waktu B.Arab Tinggi/Perdagangan. Disebabkan BAT tak ada guru, kami dikelas ja lah bersama pelajar PD lain. Adalah juga pelajar BAT pergi library...tapi aku lebih senang duduk dalam kelas dengan kawan-kawan lain.
Ha... waktu-waktu ni Shareen masih tak habis-habis dengan soalannya. Waktu penghujung rehat lagi aku kena tembak oleh dia... huhuhu...

Dia sebenarnya masih tak puas hati dengan persoalan pasangan yang menghidap penyakit HIV tu. Sekali dia bagi soalan kat aku, "kalaulah kan kau dengan aku couple 10 tahun... sekali seminggu sebelum kita kawin kau dapat tahu aku ada HIV, apa kau buat?" Aii... tak habis-habis lagi dia ni. Aku cakaplah jawapan aku sama macam jawapan yang aku bagi cikgu tadi. Dia tanya apa jawapan aku tu... aku jawablah...tapi ayat ja berbeza...
Kalau dah itulah orang yang aku dapat... itulah saja lelaki yang sayang aku, dan keluarga aku pun tak kisah... aku terima sajalah. Ingatlah, kita hanya mampu merancang, dan yang menentukan hanya Allah Subhana Wataala.

=Sebenarnya, apa yang aku jawab tu pun mungkin bukan dari hati aku sendiri kot...

Seperti artikel aku yang lepas, dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah Subhana Wataala.

Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik, semoga pasangan aku suatu hari nanti bukanlah seseorang yang mempunyai penyakit HIV... Nauzubillah min zalik... Amin...


P/s: Buat masa ni aku tak mahu fikir sangat siapa insan yang akan aku cintai. Sebabnya, bila aku temui seseorang yang mampu menggegar hatiku, orang itu sebenarnya tidak memandang istimewa pada diriku. Kita hanya mampu merancang dan yang mengaturnya ialah Allah S.W.T (senyum).

P/s/s: Semoga Allah mengurniakan aku jodoh seperti si dia yang kukira hanya memandang aku sebagai sahabat (ketawa-lucu la ayat ni...korang faham kah)

Ahai... jiwang pula si Athirah ni...

Bagi yang belum baca artikel mengenai cinta dalam entri aku yang lepas, anda dipersilakan click "Memang cinta ada dalam jiwa kita..."


Tambahan:
Bagi sesiapa yang meletakkan blog aku di dalam senarai blog list kamu, tolong semak nama blog yang tertulis pada list blog korang tu.  Kalau tertulis "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia", tolong tukar kepada "Catatan Penulis Remaja Muslimah" atau "N Athirah". Sebenarnya aku malulah terpampang tajuk "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" tu... hehehe... sebab aku bukannya penulis hebat pun... Masih baru lagi...

Hahaha... ada kes hari tu bila aku minta seorang rakan tukar nama blog tu, dia pergi tulis "Athirah Penulis Muda Malaysia"... Punya main aku tak tahan nak ketawa saja. Makin kutahan, makin menjadi-jadi... adikku kata "kakak sakit jiwa sudah." Hahahaha... katanya, macam nak nangis aku ketawa... Aku minta rakan aku tu tukar lagi nama blog tu. Menyusahkan dia saja kan...
Tapi malangnya (malang ke?), nama blog tu tertukar kembali kepada "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" setelah dia tukar template blog yang baru... huhuhu...
So, kepada 'rakan' yang aku maksudkan tu, kalau kau baca entri ni, aku minta tolong sekali lagi ae... sorry menyusahkan kau. Mesti kau penat dah re-design blog-blog tu kan...


Oh ya! Entri kali ni, semua perkataan inggeris dalam catatan aku ni aku tak condongkan tulisannya... sebab perut aku dah berbunyi minta diisi makanan... Mana taknya...balik rumah, lepas salin pakaian dan buat kerja-kerja tertentu, aku terus pergi menghadap komputer pula. Hehehe...

3 comments:

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...