Kembara Puteri Rawija ~ dari Tinta Digital Al-Labuani: 2/1/10 - 3/1/10

Thursday, February 25, 2010

-Dah Balik-

Sekarang ni aku baru ja balik ke rumah. Hehehehehehe... perut aku dah menyanyi lagu Kecorong eh silap tulis, Keroncong Buat Ana. Hahahahahaha...


p/s: aku sebenarnya tak berapa minat tulis entri blog yang berupa status atau tagline atau shoutout ni. Tapi, disebabkan aku dah bengang dan otak aku hampir jamed, aku buatlah macam ni. Hahahahaha...

-Bosan-

Waktu aku menulis entri ini, aku berada di Makmal Komputer Kecil (bersebelahan dengan Makmal Komputer) di sekolah aku. Yang sebenar-benarnya, aku boring sangat duduk kat sini. Aku terpaksa online Yahoo! Messenger menggunakan email sahaja sebab tak ada installer Yahoo! Messenger kat komputer ni. Dah tu, tak pula boleh online guna Yahoo! Messenger BETA sebab disekat oleh Jabatan Pelajaran. Huhuhuhu.... Shoutmix kat blog aku pun tak boleh baca, juga disekat oleh Jabatan Pelajaran.

Boring + bosan + boring + bosan = Bengang

Aku pun tak tahu nak buat apa kat sini. Lebih kurang jam 4 petang nanti barulah aku balik ke rumah. Perut aku dah meragam... makanan dah aku habiskan waktu rehat tadi... huhuhuhu...

Boring la... asyik nak cakap boring saja. Hahahahaha... bukan apa pun... aku duduk kat sini tak ada kerja.
Aku stay kat sekolah ni pun sebab temankan si Hidayah buat kerja bulettin-nya sebab tugasnya sebagai Ahli Bridget Bestari di bahagian bulettin. Aku pula, tak ada kerja lagi. Rizaizy pun satu juga tak datang. Kalau dia datang, dapat juga aku uruskan dia untuk membuat profil Tagged dan me-reka blog. Aih... boring eh...

Thursday, February 18, 2010

Kunjungan Ustaz Rozrin Ke Rumah

Sempena Tahun Baru Cina ni, seminggu sekolah aku bercuti. Kadang-kadang terasa bosan, kadang-kadang tidak juga. Entahlah...


Novel

Disebabkan sekolah bercuti seminggu, rakan-rakan di sekolah sebelum cuti bermula dah mula pinjam-meminjam novel. Untuk dibaca waktu cuti lah tu. Novel aku juga dipinjam oleh rakan-rakan sekelas. Dua daripadanya novel baru yang dihadiahkan oleh ayah aku sebab aku dapat tempat ketiga di kelas dalam peperiksaan semester akhir tahun lepas. Kedua-duanya novel pilihan aku sendiri. Novel yang sangat aku sayang ialah novel Cinta Madinah karya Abu Hassan Morad. Setelah lama aku mencari dan menginginkan novel itu, akhirnya aku temui juga di Kedai Kita, W.P Labuan. Novel yang satu lagi ialah Rahsia Perindu karya Ramlee Awang Murshid.

Satu lagi novel yang turut dipinjam oleh rakan sekelas aku ialah novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Ni lah novel kedua yang aku sayang (yang dulunya novel yang teramat aku sayang sebelum adanya Cinta Madinah) sebab olahan ceritanya yang begitu menarik dan bagus.

Waktu aku beri pinjam ketiga-tiga novel yang aku sayang ni, aku dah letakkan syarat yang tersangat penting untuk aku dan novel kesayanganku itu. Syaratnya dorang mesti jaga baik-baik tanpa ada kerosakkan pada novel aku tu. Sebab aku sayang sangat dengan novel-novel aku. Syarat itulah yang aku tekankan betul-betul pada peminjam novel aku tu. Kalau sebelum ni aku hanya cakap macam cakap biasa saja. Tapi kali ni aku betul-betul tekankan kepada peminjam novel aku tu. Kalau dorang tak jaga dengan baik, lepas ni aku langsung tak pinjamkan lagi novel tu pada dorang. Ini semua kerana aku tersinggung bila aku pinjamkan novel Rahsia Perindu pada Falina, novel yang pada asalnya elok rupanya tanpa ada kerosakkan sewaktu aku serahkan pada dia, bila novel itu kembali ke tangan aku, kulit depannya dah ada kesan lipat. Kalau sedikit aku mungkin masih boleh terima. Tapi, yang terlipat dan bekasnya ketara tu dari atas sampai bawah kulit depan buku tu. Sedangkan pada hari aku serahkan buku tu, aku dah ingatkan dia yang dia mesti jaga buku novel tu betul-betul sebab novel tu aku sayang. Bayangkanlah, novel tu aku baru ja dapat dan aku jaga baik-baik. Aku tak suka kalau orang yang dah aku beri peringatan awal-awal tu cuai dengan amanahnya.

Aku pula... tak ketinggalan meminjam novel. Asalnya tiada pun perancangan nak pinjam novel sesiapa. Tapi, bila teringat novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Syirazy milik sH@ReeN (dia suka nama dia ditulis macam ni), aku jadi teringin nak pinjam novel yang belum pernah aku baca tu. Sesuailah juga aku pinjam novel dia tu... sebab dia yang pinjam novel Cinta Madinah milik aku. Jadilah kami bertukar pinjam novel kan. Sebelum ni aku pernah muat turun novel Ayat-ayat Cinta dalam bentuk pdf. Cuma saja, aku yang tak minat baca kat komputer. Lagipun, aku sensitif menghadap komputer lama-lama... mata pedih. Kalau baca cerita, mesti tak mahu berhenti rasa ingin tahu kan... mau terus saja baca. Tu yang jadi padah tu kalau menghadap komputer lama-lama...

Hmm... jadi, hari Sabtu 13 Februari 2010 kalau aku tak silap aku dah mula baca novel Ayat-Ayat Cinta tu. Sengaja aku baca lambat-lambat... tak macam biasa. Jadi, banyak tanda-tanya yang akan bersarang kan. Hahahaha... Cumanya, masih di tahap terlalu awal novel tu aku habiskan. Huhuhuhu... sebab. biasanya pun aku boleh habiskan novel setebal itu dalam masa satu hari. Atau paling lambat pun sehari setengah. Jadi, bila aku cuba lambat-lambatkan habis baca novel tu pun, tak sampai tiga hari sangat. Hari Isnin 15 Februari 2010 jam 2.53 pagi aku dah tamatkan baca novel tu. Aii... punyalah cepat. Kalau siap baca dalam masa seminggu kan bagus. Hahahaha... Tak apalah. Aku nak ulang baca lagi nanti.

Bila baca novel Ayat-ayat Cinta, barulah aku faham teguran seorang kenalan kat blog aku yang lama dan tak pakai lagi tu. Teguran mengenai 'warkah cinta'. Mirip dengan 'surat cinta' dalam novel tu. Hahahaha... Tapi, 'surat cinta' dalm novel tu kira ok lagi. 'warkah cinta' dalam blog aku tu nampak sangat tentang kebodohan aku. Malas aku nak ingat balik.

Aku sebenarnya masih tertunggu-tunggu novel free. Hahahaha...


Blog Kawan

Aku ada seorang rakan internet. Namanya Rabiatul Adawiyah. Tapi, dia lebih suka dipanggil Rabiah atau Adawiyah. Nama dia pun dia suka tulis: Rabiah Al-Adawiyah. Dia pernah kata kat aku, dia nak jadi  seperti insan pada namanya tu. Kadang-kadang aku rasa pelik la dia ni. Hahahaha... Tapi, kira berpengalaman juga lah dia dalam dunia blog walaupun dah lama berhenti menulis blog. Sekarang dia dah ada blog baru. alamatnya: http://tinta-adawiyah.blogspot.com/ ... Tinta Tanpa Dakwat | Rabiah Al-Adawiyah ...Tapi katanya, mungkin dia akan tukar urlnya tu dan juga nama blognya. Tu pun mungkin saja lah. Buat masa ni dia tak berapa nak isi entri blog baru. Sebab dia kata dia nak edit layout blognya dulu. Punyalah aku jealous dengan template blognya sekarang. Detective Conan woo... Kepada pembaca entri blog aku ni, kalau korang sudi, follow lah blog dia. Jadi kawan dia. :D .


Kunjungan Ustaz Rozrin Ke Rumah

Rabu, 17 Februari 2010 malam, Ustaz Rozrin datang ke rumah aku. Jarang ada guru yang mahu datang ke rumah pelajarnya kan...

Ustaz Rozrin sebelum ni adalah guru di sekolah aku, SMK Mutiara. Hujung tahun lepas dia pindah balik kampungnya, Negeri Sembilan. Katanya sekarang dia mengajar di Labu, Negeri Sembilan. Cuma, sekarang dia tak dapat lagi mengajar Bahasa Arab. Yalah... ada guru-guru yang pengajiannya lebih tinggi lagi.

Cuti Raya Cina ni dia dapat tambang free ke Labuan. Hari Isnin 15 Februari 2010 kalau aku tak salah, aku  dan adik aku jumpa ustaz di ruang legar Ujana Kewangan, dia tolong kawan dia jual buku-buku (buku agama kalau aku tak silap). Kami berbual-bual sekejap ja. Faham-faham ja lah aku macammana. Kalau keluar ke bandar tu mesti dengan family. Jadi taklah dapat lama-lama.

Semalam, 17 Februari 2010 malam, aku yang entah kenapa sakit kepala tengah-tengah rehat tidur di bilik tiba-tiba kena bangunkan, lepastu kena suruh kemas ruang tamu. Katanya Ustaz Rozrin mau datang rumah. Aku yang bingung-bingung tu keluar sekejap bantu kemas... meja saja kot. Hahahaha... lepas tu aku balik bilik, landing balik. Waktu nak makan malam aku bangun balik. Betul-betullah aku bingung-bingung. Lepas makan barulah otak aku fresh balik.

Waktu tengah duduk-duduk kat ruang tamu, aku ada terdengar bunyi motor kat luar rumah. Tapi, bunyi-bunyi macam tu dah biasa dah. Kadang-kadang bukannya ada kat depan rumah pun... selalunya bunyinya tu dari perumahan. Jadi, buat tak kisah saja lah. Lagipun adikku (Zafirah) cakap sebelum datang ustaz call dulu. Tak lama tu adikku ke ruang tamu bagitau ustaz dah kat depan rumah. Waktu tu yang ada kat ruang tamu cuma aku, ayah aku, dan adik aku yang sorang lagi-Atikah. Mulanya aku lambat pick-up. Bila aku dah tau ustaz dah ada kat depan rumah, terus aku cakap kat adik aku yang sorang lagi tu (Atikah) suruh pakai tudung. Kami semua cabut lari masuk ke dalam. Tinggal ayah aku saja yang buka pintu dan berbual dengan ustaz di ruang tamu. Kami tiga dara ni di dalam pakai tudung. Lepas tu si Firah buat air. Aku pula sedia kuih yang ibu aku cucur sebelum makan malam.
Lepas kami bawa semuanya ke ruang tamu, barulah aku duduk dengan familyku yang lain kat ruang tamu. Punyalah santai ustaz kat rumah. Macam-macam yang dibincangkan. Sampailah pasal kemasukan ke IPT yang bakal aku tuju nanti. Macam-macam pengetahuan kami dapat. Baus juga kedatangan  ustaz ke rumah. Ada hikmah. Berkat bah tu. Hehehehe...
 
Hari ni Khamis 18 Februari 2010, ustaz dah bertolak balik ke Negeri Sembilan. Tahun lepas, aku agak terkilan sebab sebelum ustaz pindah dan cuti, aku tak sempat jumpa ustaz. Kebetulan hari aku tahu ustaz akan pindah adalah hari terakhir persekolahan. Dan waktu tu lah aku sibuk. Tahun ni, aku rasa puas sikit bila ustaz sendiri datang ke rumah aku. Jarang ada guru yang datang ke rumah anak muridnya. Walaupun aku tahu ramai kawan-kawan aku tak suka Ustaz Rozrin, aku tak pernah terfikir untuk jadi seperti mereka. Dia tetap guru aku juga.


Petanda?

Di rumah, keluarga aku pelihara ikan karok dalam akuarium. Adik bongsu aku-Wathiqah suka tengok fish. Yang peliknya, sejak akhir-akhir ni ikan tu asyik melompat-lompat saja dalam akuarium. Kalau nak kata tak cukup makan, tidak juga. Sebelum ni tak pernah ikan tu macam tu.

Kalau ikan tu melompat-lompat tiba-tiba, tak lama lepas tu pasti angin bertiup kencang... ribut. Bila kami fikirkan balik, risau juga. Haiwan kan dapat merasa sesuatu yang manusia tidak boleh rasakan. Sebagai contoh, tanda-tanda tsunami ialah burung-burung berpindah ke tempat lain. Begitu juga ikan-ikan. Jadi, bimbang ikan karok tu asyik melompat-lompat macam nak lari mempunyai petanda yang tidak baik. Na'uzubillah min zalik. Semoga Allah jauhkan diri kita dari bala bencana yang maha dahsyat.

Friday, February 12, 2010

Aku Ingin Pergi!

Aku tak tahu kenapa ayat di atas sentiasa berada difikiranku ke mana saja aku berada buat masa ni. Entah disebabkan tekanan atau tidak, aku pun tak pasti.

Pagi tadi selepas aktiviti PJK di Gym, aku dan rakan-rakan sekelas yang lain berada di kelas untuk matapelajaran Prinsip Akaun. Bagi yang drop Prinsip Akaun, dorang dah minta kebenaran untuk pergi ke Makmal Komputer. Ada juga pelajar yang tak ambil Prinsip Akaun tetap berada di dalam kelas. Jadi, pelajar di kelas aku waktu tu taklah ramai.

Sejak beberapa hari kebelakangan ni aku asyik bingung saja. Semua perkara jadi kelam-kabut. Kadang rasa macam sedih, macam tidak juga. Kadang rasa macam demam, macam tidak juga. Kadang-kadang tu sakit lagi... tapi, macam tidak juga. Bengang plus bingung aku.

Tadi lagi, masa matapelajaran Prinsip Akaun, aku rasa macam tak tenteram saja. Kalau dah macam tu, aku rasa nak conteng-conteng sesuatu saja. Last-last, aku ambil kertas kajang sekeping. Perkataan pertama yang aku tulis ialah 'Athirah' dalam tulisan jawi berupa tanda tangan aku. Lepas tu aku bulatkan. Di bawahnya aku tulis 'Aku ingin pergi!' juga dalam tulisan jawi. Lepas tu aku bingung lagi. Nak tulis apa lagi?

Tiba-tiba teringat lagu "Bila Cinta Didusta" nyanyian Screen. Terus aku tulis liriknya di atas kertas dan muka yang sama, juga dalam tulisan jawi. Bila dah asyik menulis tu, seronok pula rasanya. Tapi, tiba-tiba pula aku tersalah tulis ejaannya, terus aku ambil kertas baru dan ulang lagi apa yang aku tulis tadi. Sampailah habis. Lepas tu aku tambah sedikit ayat di atas kertas tu untuk memuaskan hatiku.

Di bawah ni lah hasil tulisan aku. Aku scan. Mungkin agak kabur. Tulisan aku juga tidak begitu cantik dan mungkin tidak kemas. Tapi, bila melihat tulisan ni, aku berasa lebih tenang dan lebih menyukainya. Sebab aku lebih suka tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Aku bercita-cita ingin memperbaiki tulisan aku, insya-Allah.
 

Tuesday, February 9, 2010

Aku Bergaduh lagi...

Waktu aku menulis entri ni sebenarnya ialah ketika aku tengah tension.

Pagi tadi sekolah aku macam biasa ja... Agak menarik sewaktu matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan topik Perkahwinan. Menarik sebab pihak lelaki dan perempuan berdebat mengenai kebaikan dan keburukan lelaki berkahwin lebih dari satu. Lelaki bahagian kebaikan, manakala perempuan bahagian keburukan. Walaupun sebenarnya ada juga lelaki yang aku tengok dia hanya nampak keburukan berbanding kebaikan menyebabkan dia tak ada nak komen apa-apa pun.

Asalnya aku sendiri malas untuk turut serta berdebat mengenai topik ni. Agak kurang berminat... sebab yang aku tahu, isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi (dengan ikhlas sebagaimana kisah Nabi Ibrahim), di Syurga kelak dia akan dianugerahkan payung emas. Tapi, perdebatan ni bukanlah untuk mempersoalkan hukum kan...

Entah kenapa waktu pihak lelaki dan perempuan panas berdebat (lelaki yang aktif; Shareen dan Suhaimi, yang lain ada yang tak ada idea, ada yang cuma sokong saja dan ada yang no komen... perempuan yang aktif ialah Falina, tapi ada dibantu oleh Akidah dan Annira), tangan aku mula berasa sejuk-sejuk dan sedikit bergetar. Aku tahu alamat itu bermaksud jauh di sudut hatiku melonjak-lonjak untuk bangun berdebat. Tapi, aku diamkan saja... namun akhirnya... jeng-jeng-jeng...

Sebenarrnya aku panas hati dengan hujah lelaki yang sebenarnya senang dibidas. Dan ada hujah yang  agak menyakitkan hati (sikit ja lah sebab waktu tu kan bukan nak bergaduh) menyebabkan kelas bertambah bingit dengan 'boo' pelajar terutamanya sewaktu Shareen yang berhujah. Bila aku ternampak senarai kebaikan berkahwin lebih dari satu yang cikgu tulis di papan berdasarkan apa yang lelaki berikan, terdapat kebaikannya untuk mencegah maksiat. Dalam poin tu saja aku dah tahu apa hujah untuk bidas hujah pihak lawan. Aku taklah berapa ingat sangat apa yang aku cakap. Yang aku ingat, apa guna alasan untuk mencegah maksiat kalau sebenarnya lelaki tu kurang berkemampuan dan hanya memandang pada nafsu lelaki tu menyebabkan yang lain terabai. Dan lagi, bila cikgu tanya apa kebaikan/keburukan dari segi zuriat, dengan cepat Shareen menjawab menambahkan tenaga kerja. Spontan aku berdiri, bagaimana boleh dikatakan menambahkan tenaga kerja kalau zuriat tu sendiri apabila melihat bapa kahwin baru menyebabkan dorang sendiri stress dan mendorong mereka kepada masalah sosial dan kancah maksiat. Itu bukan menambahkan tenaga kerja, malah meruntuhkan akhlak remaja. Betul juga... sebab purata pelajar sekolah bermasalah ialah disebabkan kehidupan keluarganya. Kalau pelajar tu pandai bawa diri tak apa... kalau yang tidak kuat menghadapi dugaan tu, bakal merosakkan diri mereka.

Kesimpulannya, lelaki boleh berkahwin lebih dari satu atas alasan yang kukuh. Bukan hanya mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata dan juga tidak mengabaikan tanggungjawab mereka agar keluarga berada dalam keadaan harmoni.

Lelaki kahwin lebih dari satu melengkapkan "isteri" mereka kerana berkahwin satu: "isone", berkahwin dua: "istwo", berkahwin tiga barulah "istri" (isthree). Tapi, ingat juga, bahasa inggeris ada singular noun and plural noun yang apabila sesuatu itu lebih dari satu akan ditambah huruf 's' di hujungnya. Berkahwin satu "MAMPU". Tetapi berkahwin lebih bermakna "MAMPUS". Hahahaha... berkelakar saja.


Err... ada kena-mengena ka dengan tajuk entri di atas...?

Sebenarnya, aku baru lepas bergaduh dengan seseorang. Aku pun tak tahu apa yang ingin aku luahkan. Yang pastinya hatiku sakit menyebabkan aku ingin menangis. Tetapi aku juga tidak ingin menangis. Aku ingat lepas ni aku dah tak ada yang menyebabkan tekanan melainkan keadaan di sekolah. Rupanya tidak juga. Aku sekarang tengah-tengah happy dapat kenal dengan seorang kakak yang baik, ada pula lelaki yang mencemarkan keceriaan aku. Aku pun tak faham apa lagi yang dia mahu sampai cari pasal lagi dengan aku. Kalau nak gaduh tu, tak payah lah nak buang masa dengan aku. Nasib baik sekadar di ruang chat. Kalau berdepan, entah apa la yang jadi. Memang mengamuk betul aku. Entahlah. Aku tak tau apa nak cakap. Yang aku tahu, aku sakit hati la bila budak tu ganggu aku.

-END-

Sunday, February 7, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK MUTIARA KALI KE-7 2010

Agak terlambat untuk aku menulis entri mengenai Sukan Rumah-rumah Sukan SMK Mutiara ni.

Seperti tahun-tahun lepas sejak tahun 2007, nama rumah-rumah sukan masih lagi sama; Achillea, Begonia, Camelia, dan Dahlia. Dan aku still di Rumah Sukan Camelia, rumah sukan berwarna kuning. Sejak dulu lagi, acara kegemaran aku sebenarnya perbarisan. Tetapi, perbarisan rumah sukan yang aku sertai tak pernah nak menang. Paling-paling pun, dalam nombor 3 saja. Tahun lepas pun aku still sertai perbarisan walaupun di saat-saat akhir aku turut dimasukkan dalam acara lari 4x100 meter perempuan bawah 18 tahun. Kedua-duanya pada hari yang sama, jadi aku agak kelam-kabut waktu tu. Nasib baiklah mood aku, Khairul Anwar (komandan waktu tu), dan Afidah baik pada hari tu. Kalau tak, memang tak terpeduli dah kontinjen perbarisan rumah sukan kami.

Nurfatihah Athirah (Tyrah), Nor Azila (Zylas), Liyana (Ayu), Nor Lela (Rock) - pelari 4x100 meter perempuan bawah 18 Rumah Sukan Camelia 2009
(Beberapa bahagian aurat terpaksa di-censore. Zaman jahiliyah dulu >.<)

Walaupun akhirnya, acara 4x100 kami hanya dapat no.4 sebab aku bukannya laju lari pun. Dan acara perbarisan hanya dapat no.3 kalau tak silap aku, tapi, tahun lepas aku betul-betul happy.

M. Khairul Anwar, Afidah, Athirah - tiga gang sahabat yang akrab suatu ketika dahulu (dah lama sangat ke berlalu? :D)

Tu zaman Khairul Anwar masih ada... sekarang, dia dah kat SM Teknik W.P Labuan... dan aku sendiri tahun ni dah tak hubungi dia dah. Bila aku berada di Stadium Matrikulasi W.P Labuan, terkenang pula kenangan kami kat sana tu.

Tahun ni, aku kira nak 'bersara' dari perbarisan (kelakar jua ayat tu). Sebab, Khairul Anwar dah tak ada. Afidah pun tak nak ikut perbarisan lagi. Aku pun dah... kehilangan semangat untuk perbarisan. Jadi, aku minta cikgu masukkan acara. Cuba nak masuk lompat jauh, orang dah cukup ar. Minta jalan kaki 3000 meter, dan 4x100 meter...kira nak cukupkan orang la. Sekali, cikgu tambah namaku dalam lari 1500 meter dan 4x400 meter. Hahahaha... aku manalah mampu sebenarnya tu.

Tapi kan, ni lagi lah lucu (kalau korang rasa lucu la)... hari pertama di Matrikulasi, 4 Februari 2010 (Khamis) aku daftar nama untuk acara yang aku ikut. jalan kaki 3000 meter ada namaku. Tapi, 1500 meter tak ada pula. Rupanya, cikgu batalkan acaraku tu sebab takut aku penat. Acara jalan kaki 3000 meter tu boleh menyebabkan pengsan.

Waktu aku dalam acara jalan kaki 3000 meter, punyalah penat. Aku tak berapa pandai cara jalan kaki untuk acara tu. Jalan aku pun, biasa ja. Cuma, aku taklah ketinggalan jauh di belakang dari peserta-peserta lain. Walaupun dapat nombor terakhir (entah berapa orang telah berhenti awal sebelum menamatkan 7 setengah pusingan sebab sakit), kira ok la sebab aku tamatkan juga 7 setengah pusingan tu. Tapi, sekali dah sampai garisan penamat dan aku menuju ke tepi padang, punyalah bergegar kakiku waktu tu. Dah aku tak biasa dengan sukan-sukan macam ni kan. Dah tu, waktu balik perutku sakit sangat. Entah apa yang aku tersalah makan hari tu. Aih... sanggup ku tahan dari masuk tandas kat Matrik tu sebab tandads punyalah berbau...

Pada hari kedua sukan di Matrikulasi, 5 Februari 2010 (Jumaat) acara aku ialah 4x400 meter dan 4x100 meter. Sanggup ni aku tak makan dulu dan minum pun sikit sebab bimbang waktu lari nanti aku berasa sakit. Sekalinya, 4x400 Camelia kumpulan B dibatalkan sebab kami tak cukup pelari. Punyalah kami happy... hahaha... 4x100 pula kami sertai. Tapi, dapat dalam nombor 5 untuk kumpulan kami kalau aku tak salah. lawan kami atlit bah. Bukan senang nak kalahkan. Tapi, nasib akulah time tu, tapak kaki aku rosak sebab lari atas trek tak pakai kasut. Tahun lepas pun aku lari tak pakai kasut. Tapak kaki aku ok saja... tak sakit. Tapi tahun ni, punyalah sakit. Terkoyak saja tidak bah kulitku. Berjalan pun susah sebab tak dapat berdiri betul-betul dan berjalan macam biasa disebabkan kesakitan. Kaki aku pun sakit sebab terpaksa menampung berat badan aku (yang sebenarnya kurang berat dan tidak stabil dengan ketinggian aku) hanya kerana tapak kaki aku tak dapat berpijak betul. Nasib baik bangun pagi keesokkan harinya dah hilang sakitnya.

Hari Sabtu 6  Februari 2010, acara penutup di Padang SMK Mutiara. Ada acara penutup lain seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, dan sebagainya... termasuklah acara terakhir, perbarisan. Disebabkan pada asalnya hari tu aku tiada acara, rasa macam boring pula kan. Jadi, aku kira nak lapor diri untuk sertai perbarisan kalau perbarisan tu tak cukup orang... tapi dengan syarat, ahlinya mesti beri kerjasama. Sebab aku tengok waktu dorang latihan, memang teruk. Kawan aku, Zylas jadi puteri pegang papan tanda. Bila kami sama-sama datang kat cikgu, aku yang belum sempat cakap apa-apa tiba-tiba cikgu pilih aku jadi... maskot! Alamak! Tiada dalam perancangan dan pemikiran aku. Aku tak ada pengalaman jadi maskot la. Kalau berkawad boleh la. Waktu tu lah aku tak teranah. Malu pun ada. Hahahaha... Mulanya aku ingat aku jadi rama-rama sebab ada orang kata maskot kami rama-rama. Sekalinya, lebah la oii... Aku jadi bee. Tapi, aku redhakan saja sebab tahun ni pun aku last kat sekolah tersayang tu. Dan aku jadi kanak-kanak pada hari tu! Puaslah cikgu dan kawan-kawan lain 'belek-belek' aku untuk persiapkan watak lebah tu. Hahahaha... Kata cikgu, dari jauh aku nampak macam lebah betul. Hahahaha... Bukannya aku bersara dari perbarisan, tapi, aku bersarang pula kat perbarisan! Punyalah lawak. Tapi, kreatif betulla cikgu buat maskot lebah tu. Hehehe... Aku jadi maskot tu aku malu tau. Tapi, aku tebal-tebalkan muka ja. Perbarisan Camelia tahun ni memang power. Tak macam tahun-tahun lain. Ahli-ahlinya pun dipakaikan cermin mata gelap. Hahahaha...
Tahun ni Pasukan Camelia menyengat sampai dapat tempat JOHAN untuik perbarisan. Pertama kali dalam sejarah hidupku menyertai perbarisan. Tapi, aku jadi lebah susah nak duduk la. Huhuhuhu... 'punggung' kat belakang menganggu. Hahahaha... Ketawa saja aku ni kan. Bukan apa, bila kenangkan balik, kelakar la. Aku tengok gambar kontinjen kami kat laman web SMK Mutiara pun aku rasa nak ketawa. Macam bukan perwatakan aku dah. Hahahaha... Ketawa lagi... Tapi, walaupun perbarisan dapat johan, keseluruhan kami dapat nombor terakhir la. Huhuhuhu... atlit dah kurang dah tahun ni...
Apa-apa pun, tak kisahlah. Aku dah happy balik gara-gara pengalaman melucukan tu.

I'm a bee... Hehehehe... 
Nampak tak bee kat depan tu. Kenal tak siapa tu...? Hahahaha... Nasib baik si pemegang bendera tu ada untuk temankan bee tu kan. Hehehehe...

Keputusan Kejohanan Olahraga Tahunan


* Gambar-gambar tahun lepas tu, yang gambar aku dengan pelari 4x100 tu aku dapat dari Cikgu Hisyam. Gambar geng sahabat tu aku dapat dari Afidah.

** Gambar/rajah yang lain tu aku dapat dari laman web SMK Mutiara.

Wednesday, February 3, 2010

Luahan Rasa

Jangan ada yang menyangka aku nak menjiwang pula di sini ya :p

Hari ni barulah aku sempat menjenguk papan kenyataan di sebelah bilik guru. Semenjak masuk tingkatan 5 ni, aku jarang melintasi papan kenyataan tu sebab kelas 5 Hibiscus sekarang di Blok Achellia tingkat paling atas... Bilik guru pula berada di blok Begonia tingkat satu. Jadi, laluan tu kurang aku gunakan kecuali atas urusan-urusan tertentu.

Ada apa pada papan kenyataan sebelah bilik guru? Apalagi kalau bukan senarai acara sukan bagi rumah-rumah sukan tertentu. Salah satunya ialah Rumah Sukan Camelia (kuning), rumah sukan aku tu. Waktu tu lah aku bengang-bengang. Hahahaha... hari last latihan sukan hari Khamis lepas, aku dah cakap dengan Ustazah Rohani bahawa aku hanya sanggup dan mampu ikut acara jalan kaki 3000 meter (7 setengah round di atas trek Matrikulasi) dan 4x100 meter lari saja. Sekali yang tertulis di papan kenyataan tu buat aku tercengang...

Acara-acara berikut (perempuan 18 tahun ke bawah):

4 Februari 2010
7.30 pagi - 3000 meter jalan kaki
10.00 pagi - 1500 meter

5 Februari 2010
10.00 pagi - 4 x 400 meter
11.10 pagi - 4 x 100 meter

Keempat-empat acara tu tercatat nama - Nur Fatihah Athirah Binti Abbas (C328)
* Ejaan nama aku yang sebenarnya ialah - Nurfatihah Athirah Binti Abbas

Punyalah aku bengang time tu. Tahun-tahun sebelum ni aku hanya menyertai pertandingan favorite ku saja - perbarisan. Aku bukannya atlit pun. Laju lari pun tidak. Tahun lepas ja lah aku ikut 4 x 100 meter perempuan 18 tahun ke bawah sebab tak cukup pelari. Tapi, aku tak sangka cikgu mau bagi acara sebanyak itu untuk aku (kira banyak bagi aku tu). Huhuhuhuhuhu... nasib akulah...


Tu baru pasal sukan... lagi satu kes yang buat aku panas hati tadi (bukan aku saja...pengawas-pengawas lelaki kelas aku yang lain pun panas juga...pengawas perempuan aku tak pasti sangat) si orang yang berjawatan paling tinggi tu dalam pengawas - aku malas tulis nama dia(siapa lagi...Ketua Pengawas tu lah), dia datang ke kelas aku (kelas dia juga la)... siap marah-marah pula tu datang panggil pengawas. Yang aku tak senang, waktu tu Ustazah Siti Sarah ada dalam kelas untuk mulakan pelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah. Cubalah dia fikirkan sendiri. Kalau nak buat pengumuman tu, nanti-nanti pun boleh bah sebab dia pun duduk dalam kelas tu juga.

Tu baru datang panggil. Waktu dia sampaikan pengumuman (sebenarnya ialah 'arahan') kepada kami setelah kami berada di pintu kelas, lagilah buat kami tak puas hati.
Okay, dia ARAHkan kami pergi Dewan Semarak (dewan sekolah) jam 2 petang (lepas habis kelas) pada hari Isnin nanti untuk mesyuarat pengawas. Ni lagi satu dia buat keputusan tanpa persetujuan dan perbincangan dan tanpa difikirkan cukup-cukup. Kelas kami hari Isnin tamat jam 2.40 petang. Aku tanyalah dia, bila masa untuk kami solat? Makan lagi... K la... makan tu boleh belakangkan... tapi untuk tunaikan solat?
Kelas kami tamat jam 2.40 petang kan... lepas tu dia suruh terus pergi Dewan Semarak untuk mesyuarat pengawas. Mesyuarat tu tak pasti berapa lama akan berjalan.20 minit lagi lepas kami habis kelas tu akan masuk jam 3 petang... akhirnya akan masuk waktu Asar. Takkan Zohor tu mau ditinggalkan saja. WOI!!! KAU TAK SOLAT KAH MANUSIA!!!

Dia kata, dia tak peduli, kami mesti pergi dewan juga lepas kelas. Dia kata itu arahan dia. Wah wah! Mentang-mentang jawatan tinggi... mau mengada-ngada lah ya! Mau tunjuk kuasa sangat. Hei perempuan! Kuasa kau dengan kuasa Yang Maha Hebat dan Berkuasa lebih jauh berbeza dari langit dan bumi lah! Ngam-ngam matapelajaran Pen. Al-Quran dan As-Sunnah tadi belajar pasal Agama mesti lebih dipentingkan daripada segala-galanya. Tapi waktu penerangan tu, dia tu tiada pula sebab dia keluar dengan kerjanya yang sentiasa sibuk tu (lebih sibuk dari Guru Pentadbiran ke?).

Aku kira, tahun ni pengawas memang teruk. Orang tu pula nampak sangat lebih pentingkan tugas dia dari pelajaran. Langsung tak diseimbangkan. Lagi-lagi, apa yang dicakapkannya tu pula disokong saja oleh orang-orang tertentu yang memandang dia tu 'orang yang terbaik sangat'.
Teringat aku waktu pengawas masih di bawah kendalian Cikgu Masri dulu. Kalau nak buat mesyuarat pengawas, dia buat pada waktu-waktu yang bersesuaian dan kami pun boleh datang. Waktu aku form 2 dulu (2007), masyuarat kami diadakan setiap hari Jumaat jam 3 petang. Waktu form 3 (2008) pula, masyuarat petang tu pada waktu-waktu perlu dan penting saja. Perjumpaan biasa buat di tapak perhimpunan saja selepas selesai perhimpunan.
Waktu aku form 4 (2009), pengawas dah bertukar kendalian kepada Cikgu Shamsiah. Ni pun tak ada masalah sangat. Perjumpaan di buat waktu petang juga. Masa-masa untuk solat dan makan pun ada sebelum memulakan mesyuarat. Sebelum membuat keputusan waktu perjumpaan penting tu, berbincang juga dahulu dengan pengawas-pengawas dan mendapatkan persetujuan. Bukan buat macam orang yang mempergunakan kuasa sesuka hati. Perjumpaan biasa kami dulu pun buat di tapak perhimpunan juga selepas perhimpunan pagi. Yang pasti, kami boleh hadir kalau tiada aral melintang. Tapi yang kali ni, kenapa dengan cara begitu..? Lepas tu, menyakitkan hati pula. Dahlah sebenarnya ada pelajar-pelajar yang tak setuju juga dia dapat jawatan tu.

Pengawas pun, pengawas juga lah... tapi pelajaran, perintah agama, penting juga. Dan lebih penting dari pengawas tu.

Jangan pula satu masa nanti aku laung kuat-kuat, keadaan pengawas tahun 2010 ialah 'Takbur didahulukan, kuasa diutamakan! Pelajaran ditinggalkan, agama diabaikan!' Jangan cabar aku...

Tuesday, February 2, 2010

Suratan Atau Kebetulan...?

Err... ada kaitan ke tajuk kat atas ni :p

Waktu aku tulis entri ni sebenarnya, lebih kurang lepas setengah jam aku sampai ke rumah setelah balik dari sekolah hari ni. Agak-agak, aku ni buang tebiat ke balik rumah terus menghadap komputer?!

Hahahaha... sebenarnya ada perkara yang aku nak kongsi dengan pembaca. Sebab tu aku terus menulis entri sekarang ni(waktu aku tengah menulis ni).

Pagi tadi kelas aku ada matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), dan gurunya ialah Cik Jasmini Daud. Hari ni kamu masuk PSK Tema 2 tajuk Kekeluargaan. Mula-mula macam biasalah, bincang istilah tajuk-keluarga. Lepas tu kami diarahkan tulis artikel masaing-masing mengenai 'Idola Dalam Keluarga'. Akhir sekali kami bincangkan mengenai syarat-syarat sebelum berumahtangga.
Macam biasalah semangat menjawab (macam berpengalaman ja...hehehe)

Sekali satu topik timbul!
Kan sebelum kahwin, ada pemeriksaan tahap kesihatan. Jadi, cikgu timbulkan persoalan, gara-gara cerita pasal berhati-hati dengan pasangan yang mengalami penyakit keturunan. Persoalannya, andaikan dah tujuh tahun bercinta (contohlah)... kira, sayang sangatlah dengan pasangan ni... dialah pasangan terbaik yang kita ada... sekali, seminggu sebelum kahwin tu pasangan kita didapati menghidap HIV positif. Apa yang akan kita lakukan?! Adui nah...pistak aku dengar soalan tu (err...trip si Azrinah).
Jadi, cikgu soal secara rawak kepada pelajar dalam kelas kami. Mula-mula Suhaimi, dan dia jawab dia terima seadanya...kalau dah kata cinta, terimalah. Waktu tu aku dengar Shareen malar bercakap "confirm reject terus." Syafawati pula timbulkan persoalan baru pada Shareen, "jadi, yang menghidap HIV tu tiada hak untuk berkahwin?" Aku pun terfikir-fikir juga kalau ianya berlaku pada diriku sendiri kan...

Sekali sampai turn, aku pulak tersangkut kena soal. Aduyai... Bab-bab hati ni, kalau aku menjawab confirm dengan hatiku sendiri menghayatinya. Hahahaha... walaupun sebenarnya aku tidak punya kekasih buat masa ni (tidak punya kekasih ya... bukan tidak punya rasa cinta :p)

Bila aku pertimbangkan, aku jawab lah... mula-mula ikut restu ibu bapa. Sebab, perkahwinan ni mesti ada restu orang tua kan (ceh! macam dah nak kahwin pulak daa...). Tapi, bila parent pun tak kisah, terpulang pada diri kita, berbaliklah pada perasaan hati kita. Kalau dah itu jodoh kita, terima sajalah kan seadanya...
Aii... jodoh tu kan ditangan Tuhan. Kalau dah itu jodoh kita, tawakal ja la...
Bila cikgu tanya Rizaizy yang waktu tu duduk di sebelah aku, Rizaizy pun jawab terima saja. Tapi, berbeza la dengan Shareen. Katanya, "Bunga bukan sekuntum..." Cewah...

Gara-gara satu perkara tu saja, suasana dah kurang harmoni. Huhuhuhuhu... Tapi, sebenarnya, soal hati dan perasaan ni susah untuk diungkai... hahaha...

Masa PSK berlalu, masuk waktu rehat, sampailah waktu B.Arab Tinggi/Perdagangan. Disebabkan BAT tak ada guru, kami dikelas ja lah bersama pelajar PD lain. Adalah juga pelajar BAT pergi library...tapi aku lebih senang duduk dalam kelas dengan kawan-kawan lain.
Ha... waktu-waktu ni Shareen masih tak habis-habis dengan soalannya. Waktu penghujung rehat lagi aku kena tembak oleh dia... huhuhu...

Dia sebenarnya masih tak puas hati dengan persoalan pasangan yang menghidap penyakit HIV tu. Sekali dia bagi soalan kat aku, "kalaulah kan kau dengan aku couple 10 tahun... sekali seminggu sebelum kita kawin kau dapat tahu aku ada HIV, apa kau buat?" Aii... tak habis-habis lagi dia ni. Aku cakaplah jawapan aku sama macam jawapan yang aku bagi cikgu tadi. Dia tanya apa jawapan aku tu... aku jawablah...tapi ayat ja berbeza...
Kalau dah itulah orang yang aku dapat... itulah saja lelaki yang sayang aku, dan keluarga aku pun tak kisah... aku terima sajalah. Ingatlah, kita hanya mampu merancang, dan yang menentukan hanya Allah Subhana Wataala.

=Sebenarnya, apa yang aku jawab tu pun mungkin bukan dari hati aku sendiri kot...

Seperti artikel aku yang lepas, dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah Subhana Wataala.

Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik, semoga pasangan aku suatu hari nanti bukanlah seseorang yang mempunyai penyakit HIV... Nauzubillah min zalik... Amin...


P/s: Buat masa ni aku tak mahu fikir sangat siapa insan yang akan aku cintai. Sebabnya, bila aku temui seseorang yang mampu menggegar hatiku, orang itu sebenarnya tidak memandang istimewa pada diriku. Kita hanya mampu merancang dan yang mengaturnya ialah Allah S.W.T (senyum).

P/s/s: Semoga Allah mengurniakan aku jodoh seperti si dia yang kukira hanya memandang aku sebagai sahabat (ketawa-lucu la ayat ni...korang faham kah)

Ahai... jiwang pula si Athirah ni...

Bagi yang belum baca artikel mengenai cinta dalam entri aku yang lepas, anda dipersilakan click "Memang cinta ada dalam jiwa kita..."


Tambahan:
Bagi sesiapa yang meletakkan blog aku di dalam senarai blog list kamu, tolong semak nama blog yang tertulis pada list blog korang tu.  Kalau tertulis "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia", tolong tukar kepada "Catatan Penulis Remaja Muslimah" atau "N Athirah". Sebenarnya aku malulah terpampang tajuk "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" tu... hehehe... sebab aku bukannya penulis hebat pun... Masih baru lagi...

Hahaha... ada kes hari tu bila aku minta seorang rakan tukar nama blog tu, dia pergi tulis "Athirah Penulis Muda Malaysia"... Punya main aku tak tahan nak ketawa saja. Makin kutahan, makin menjadi-jadi... adikku kata "kakak sakit jiwa sudah." Hahahaha... katanya, macam nak nangis aku ketawa... Aku minta rakan aku tu tukar lagi nama blog tu. Menyusahkan dia saja kan...
Tapi malangnya (malang ke?), nama blog tu tertukar kembali kepada "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | N Athirah Penulis Muda Malaysia" setelah dia tukar template blog yang baru... huhuhu...
So, kepada 'rakan' yang aku maksudkan tu, kalau kau baca entri ni, aku minta tolong sekali lagi ae... sorry menyusahkan kau. Mesti kau penat dah re-design blog-blog tu kan...


Oh ya! Entri kali ni, semua perkataan inggeris dalam catatan aku ni aku tak condongkan tulisannya... sebab perut aku dah berbunyi minta diisi makanan... Mana taknya...balik rumah, lepas salin pakaian dan buat kerja-kerja tertentu, aku terus pergi menghadap komputer pula. Hehehe...

Monday, February 1, 2010

Tahun Ni Aku Busy?!

Yalah... aku agak tahun ni aku mungkin busy betul.

Sebabnya...
Tahun ni aku SPM. Jadi, sibuklah mau tingkatkan prestasi pelajaran aku. Tahun lepas aku ambil 11 matapelajaran. Empat daripadanya aku dapat 9G - Add Math, Prinsip Akaun, Sejarah, dan Science. Tahun ni, disebabkan SPM maksima 10 subjek, aku drop salah satu daripada 11 matapelajaran tu. Tapi, bebanan aku tetap juga tak berkurangan. Sebabnya, yang aku drop tu bukanlah salah satu daripada keempat-empat matapelajaran yang aku gagal tu. Tapi yang aku drop tu ialah Tasawwur Islam, matapelajaran yang aku ambil persendirian tanpa guru dan ambil exam kat Ustazah Munyati.

Ni lah kisah aku drop matapelajaran Tasawwur Islam...
27 Januari 2010 (Rabu) hari tu, aku ke sekolah lah macam biasa. Dalam otak masih bingung nak drop matapelajaran apa. Hari tu last aku kena hantar borang pendaftaran subjek SPM tu. Waktu perhimpunan pagi Rabu kat sekolah, tengah-tengah aku jaga pelajar kat barisan dorang tu, aku ternampak Cikgu Wan Ashiba, Guru Kaunseling SMK Mutiara. So, aku segeralah jumpa cikgu tu, minta pendapat tentang apa yang sesuai untuk aku drop. Tujuan aku selepas SPM ialah bidang Pengajian Islam. Dia bagitau aku, matapelajaran Prinsip Akaun adalah matapelajaran bonus... aku boleh pilih cabang lain selain Pengajian Islam. Add math tu lagilah bonus... Penting tu untuk kemasukan ke Matrikulasi. Then, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah dan Tasawwur Islam pula hanyalah matapelajaran untuk tambah gred ja untuk kemasukan IPT. Tapi dia kata, terpulanglah pada aku apa yang aku rasa aku nak drop. Katanya, lepas aku buat keputusan, teruskanlah dengan keputusan aku tu tanpa sekalipun toleh ke belakang. Yakinkan diri dengan keputusan aku tu. Baca Bismillah time buat keputusan.

Jadi, aku fikirlah punya fikiir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan untuk drop Tasawwur Islam walaupun gred Tasawwur aku bagus tahun lepas. Lagipun, Prinsip Akaun dan Add Math aku dah mula meningkat... aku tak mau drop matapelajaran bonus tu. Rugi tau.

Keputusan muktamad, tak mau toleh-toleh belakang. Aku hanya ambil 10 matapelajaran.
Teras: B.Melayu, B.Inggeris, Mathematics, Sejarah, Science.
Elektif: B.Arab Tinggi, Pen. Al-Quran dan As-Sunnah, Pen Syariah Islamiah, Add Math, Prinsip Akaun.

Aku akan terus belajar Tasawwur tanpa mengambil exam SPM nanti. Tak salahkan untuk aku belajar saja Tasawwur Islam tu. Tambahkan pengetahuan. ^-^


Ok... tu bab subjek SPM aku.
Tahun ni aku tingkatan 5 kan. Bermakna, tahun ni last aku jadi pengawas di SMK Mutiara. Dan tahun ni, aku menjawat jawatan Ketua Skuad Perhimpunan (Perempuan).
Hahahaha... mengingatkan jawatan tugas aku ni, teringat pula kes hari Rabu hari tu, hari yang sama aku dengan kes subjek SPM di atas. Hari tu kan hari memakai pakaian unit beruniform. Aku macam biasalah pakai t-shirt silat warna hitam. Hari tu juga pelajar tingkatan 4 dan 5 ada Sukantara Perempuan Bawah 18 Tahun. Jadi, ramailah pelajar perempuan yang memakai t-shirt sukan sekolah (pelajar dimestikan memakai pakaian unit beruniform..bagi yang tiada, pakai seragam sekolah..sesiapa yang sengaja memakai pakaian sukan tanpa kebenaran ditahan). Cikgu pula suruh tahan pelajar yang pakai t-shirt sukan sekolah tu.

So, aku yang bertugas handle perkara ni pun bingung plus bingung lah. Kalau diikutkan, pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 tu kan kebenaran memakai pakaian sukan tu. Aku macam biasalah menjaga barisan pelajar bahagian belakang supaya tak ada yang cabut lari dari diperiksa atau lari dari tahanan. Disebabkan kebingungan aku tu, aku minta salah seorang rakan pengawas ganti tempat aku dan aku pergi ke tempat Rizaizy, Ketua Skuad Perhimpunan (lelaki) bertanyakan macammana nak buat dengan pelajar yang pakai t-shirt sukan tu. Mula-mula dia kata lepaskan saja. Tapi kemudian kami jumpa Sir Cheah bertanyakan hal yang sama. Sir kata, sesiapa yang bawa pakaian seragam boleh dilepaskan. Tapi yang tak bawa tu catat namanya. Aku pun angguk la dan nak kembali ke bahagian barisan pelajar perempuan.

TETAPI... Sekali aku sampai tempat pelajar perempuan yang kena tahan tu, tambahlah lagi otak aku bingung... Huhuhuhu... Nak tau kenapa? (Kalau nak tau lah...)
Sebabnya, pelajar yang ramai kena tahan tu sebelum aku tinggalkan tempat yang aku jaga tu, bila aku datang balik, semua lesap. Tinggal dua tiga orang pelajar yang baru kena tahan. Alahai... Kalau aku kena soal oleh cikgu, kan haru aku nak menjawabnya...
Mana taknya dorang dapat cabut lari, 'benteng pertahanan' tak kuat. Pengawas perempuan form 5 saja yang jaga tempat tu, manalah cukup. Mana menghilang pengawas perempuan lain form 4 dan form 3??? Takkan semua nak menjaga barisan pelajar menengah rendah saja??? Apa kes macam ni. Aih... harap-harap 'tragedi' tu tak berulang lagi.

Tu baru bab-bab sekolah.
Tahun ni pula aku dapat banyak peluang dalam penghasilan karya. Dan ilham-ilham baru pun mula menimbun dalam otak aku. Wah! Aku agak tahun ni pun aku sibuk menghasilkan karya-karya baru disamping meningkatkan lagi kualiti karya aku.

Dan... aku pun sibuk nak re-design blog aku ni ha... aku rasa boring dah dengan template ni. Bukan tak lawa... lawa juga. Aku sayang sebenarnya dengan template ni. Tapi, korang tengoklah semua tajuk entri aku ni... semua warna oren (tajuk entri tau). Huhuhu... Kat font and color pun aku tak boleh ubah semua warna-warna tu. Sebab template ni dah dikhaskan macam ni saja warnanya. Aku rasa, kurang menarik la... Dan lagi, kalau aku mampu, aku nak buat design blog islamic sikit. Barulah smart. Hehehe...

P/s: Aku tersenarai sebagai ahli Bridget Bestari??? Hehehe... agak menarik dan bersesuaian dengan minat aku...
P/s/s: Ada guru recommend aku jadi editor majalah sekolah?! Satu perkara yang menjadi cita-cita aku... Tapi agak-agak, tak menjadi masalahkah untuk aku pikul semua tanggungjawab yang diberikan...? Insya-Allah boleh...

"N Athirah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!"

SELAMAT HARI WILAYAH!

Selamat Hari Wilayah diucapkan buat semua warga Wilayah Persekutuan...

Khas buat:
  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3. Wilayah Persekutuan Labuan


-N Athirah-