Friday, January 22, 2010

Kejohanan Merentas Desa SMK Mutiara, W.P Labuan Tahun 2010

22 Januari 2010 (Jumaat) telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan.


(Dari kiri: Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Puan Zalina, Pengetua - Puan Hajah Zamzam, bersama seorang bapa pelajar yang sama-sama turut berlari dalam Program Merentas Desa pada tahun ini)


(Pelajar SMK Mutiara kategori perempuan bawah 18 tahun)

 
(Pelajar SMK Mutiara kategori lelaki bawah 18 tahun) 


(Pelajar SMK Mutiara kategori lelaki bawah 18 tahun yang berlepas bersama dengan bapa pelajar yang turut bersemangat berlari)


(Pengetua bersama-sama dengan pelajar SMK Mutiara yang bersemangat)



 (Tempat pelajar berlepas)

Lebih kurang jam 8.10 pagi, pelajar kategori perempuan bawah 18 tahun dilepaskan dahulu. Kemudian diikuti oleh pelajar kategori perempuan bawah 15 tahun, lelaki bawah 18 tahun dan lelaki bawah 15 tahun. Pelajar bertolak dari sekolah dan memasuki Kampung Sungai Bangat di sebelah kanan selepas keluar dari simpang masuk ke SMK Mutiara. Kemudian para pelajar memasuki simpang Jalan Penghulu Tuah menuju ke Kampung Durian Tunjung. Setelah memasuki Kampung Durian Tunjung, pelajar terus maju melintasi Kedai Hap Huat Mini Mart di kampung tersebut.


(Para pelajar di Jalan Penghulu Tuah - masih tetap bersemangat)

Setelah lebih setengah jam penulis bersama seorang kawan berjalan dan sekejap-kejap berlari sejak bertolak dari SMK Mutiara, kami tiba di hadapan SMK Pantai. Di sana penulis sendiri melihat seorang pelajar perempuan terbaring hampir pengsan dan dibantu oleh beberapa orang pelajar perempuan yang lain. Cikgu Mahazi yang telah tiba awal di situ sebelum penulis pula ketika itu sedang menghubungi bantuan. Syukur alhamdulillah kerana penulis tidak mudah pengsan walaupun dalam keadaan yang terlalu penat.

Dari SMK Pantai, pelajar melintasi SK Pantai kemudian Peladang menuju ke Dewan Serbaguna Perbadanan, W.P Labuan. Dari Dewan Serbaguna, pelajar terus melintasi Hospital Labuan dan akhirnya tiba ke SMK Mutiara dan menuju ke kawasan penamat.


(Penamat larian Merentas Desa SMK Mutiara)

* Sumber gambar-gambar yang di atas penulis peroleh dari MERENTAS DESA DI SMK MUTIARA 2010 di blog Berubah Menjadi Cemerlang milik Pengetua SMK Mutiara, Puan Hajah Zamzam.

* Sumber gambar-gambar yang bertanda 'by Mr. Ajiey' penulis peroleh dari Larian Merentas Desa di laman web SMK Mutiara, W.P Labuan. Gambar-gambar tersebut ditangkap sendiri oleh Encik Mahazi.



Selepas larian Merentas Desa

(Muka-muka penat selepas berlari... tapi masih ada wajah-wajah ceria - Semua pelajar kelas 5 Hibiscus kecuali seorang perempuan dalam gambar pertama yang berada paling kiri)

Selepas larian Merentas Desa, kami, geng-geng 5 Hibiscus berkumpul di hadapan kantin sekolah kat tepi longkang untuk hilangkan penat sambil minum air dan ada yang makan. Kenapa tempat ini menjadi pilihan? Hal ini kerana beg-beg kami terletak di atas motor Suhaimi (lelaki berbaju kuning) yang berada berhadapan dengan tempat kami berehat ini.



(Dari kanan: Penulis sendiri bersama dengan Nurazrinah-teman rapat penulis di kelas | Lelaki dari kanan di belakang: Mohd Adham dan Mohd Aiman)

Ramai pelajar perempuan tidak kira dari Kelas Aliran Agama atau tidak, melepaskan tudung masing-masing kerana tidak tahan panas.

* Gambar-gambar yang bertanda 'TyRa 4869' adalah sumber dari penulis sendiri.

P/s: Penulis memohon maaf kerana sumber gambar terlalu terhad kerana penulis hanya mampu mengambil gambar menggunakan telefon bimbit CSL DS300i yang kadar tahan baterinya tidak lama.

P/s/s: Jika penulis memperoleh sumber gambar terbaru daripada rakan dan guru yang mengambil gambar Program Merentas Desa ini, insya-Allah penulis akan meng-update baru entri ini.

Terima kasih kepada pembaca blog sekalian...
Tahniah kepada para pemenang...
Tahniah juga kepada pelajar SMK Mutiara yang menyertai Program Merentas Desa tahun 2010 ini...
Maju SMK Mutiara, W.P Labuan (Pusat Sukan Negeri) dalam arena sukan!
Maju Sukan Untuk Negara!!!

2 comments:

  1. Hahahaha... sampai2 saja di sekolah dah masa tamat... :p No. berapa apanya tu... :))

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...