Tuesday, January 26, 2010

(Updates) AKU BINGUNG NI!!! TOLONG AKU SEBELUM TIBA WAKTU AKU TIDUR MALAM...!!!

Terus-terang aku cakap, aku baru balik dari sekolah ni...
Aku bingung, bingung, dan bingung...

Tengahari tadi, Cikgu Hisham edarkan borang pendaftaran subjek SPM 2010. Cikgu bagi tahu, SPM tahun ni maximum 10 subjek. Masalahnya, aku dah sedia ambil 11 subjek. Aku bingung nak drop yang mana satu. Aku terlebih satu subjek sebab aku ambil Tasawwur Islam persendirian. Tapi, sayang nak drop TI sebab result exam aku hujung tahun lepas bagus... dapat kepujian.

Result exam Sejarah, Sains, Prinsip Perakaunan, dan Additional Mathematics tahun lepas memang teruk. Aku dapat gagal. Tapi, matapelajaran teras kan tak dapat drop. Yang elektif tu, Add Math tu rugi kalau drop. Kemasukan IPT perlukan Add Math... Prinsip Akaun, aku dah usaha tingkatkan prestasi aku dah. Sayanglah mau drop.

Argh!!! Bingung!!!

Last-last tadi cikgu tanya apa keputusan aku. Aku tak bagi keputusan hari ni. Aku masih bingung. Rasa nak nangis bila memikirkannya. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah ini...

Esok adalah hari last aku hantar borang tu. Apa aku perlu buat?????????!!!!!!!!

Kepada yang sudi, tolonglah beri pandangan. Kalau tak bagi di sini pun, boleh chat dengan aku di YM Pingbox yang dah aku sedia letak di sidebar sebelah bawah di bawah shoutmix chatbox (sidebar kanan ni).

Tak pun, boleh chat kat YM aku di lbnathirah@yahoo.com
Perhatian: alamat email YM ini aku tidak gunakan untuk perutusan email. Aku hanya buka nathirah_perwila@yahoo.com untuk perutusan email.

---updates---
Ramai orang kata, solat istikharahlah mohon petunjuk... Tapi, aku pula tak dapat solat buat masa ni. Huhuhuhu... Hanya dapat berdoa, berzikir, dan mintapandangan ja buat masa sekarang...

4 comments:

  1. mmg syang klau terpaksa drop slh satu sbjek..
    xdpt la nak bg sggestion tuk buang sbjek pe..
    cme satu je..
    buatlah solat istikharah..
    insyaallah..allah akan tunjukkan sbjek mne yg ptut ditolak..
    dan sbjek mne yg terbaik utk diteruskan..

    ReplyDelete
  2. masalhnya, saya xdpt saya xdpt solat buat masa ni...

    ReplyDelete
  3. aliran perdana biasa kena ambik maksimum 10 subjek shj. tp kalu aliran agama sains bule ambik 11 subjek

    ReplyDelete
  4. tu aliran agama sains... form 5 thn ni mana ada aliran tu dah...
    xapalah...malas nak fikir sangat dah...dah bt keputusan, xnak toleh belakang lagi...

    terima kasih semua :)

    ReplyDelete

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...