Kembara Puteri Rawija ~ dari Tinta Digital Al-Labuani: 7/1/09 - 8/1/09

Friday, July 17, 2009

Kecewa

Karya N Athirah
Saat tirai malam melabuhkan diri
kudongakkan kepalaku
terlihat olehku langit yang gelap
tanpa sinaran... segala-galanya kelam.

Kucari sinar itu,
namun bintang tiada berkelip,
bulan menyembunyikan diri.

Hampa,
kecewa...
hatiku diselubungi kesuraman wajah
tangisku tiada berlagu
rintihanku tidak bersuara.

Kucuba mencari kebahagiaan
namun tiada kuperoleh
walau sekelumit rasa.

Hakikatnya,
aku tetap kecewa...

23:55 (Khamis)
16 Julai 2009


Tuesday, July 14, 2009

Mari kita kongsikan bersama... (Khusus Buat Muslimin dan Muslimat Sekalian...)

Aku baru sahaja membaca blog salah seorang saudari se-Islam yang aku follow.

Salah satu entri terbaru blog tersebut ialah sebuah cerpen. Ingin aku kongsikan cerpen tersebut bersama-sama pembaca dan blogger sekalian...


DARUL SIDDIQ : Moga Segera Suasana Itu Hadir

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot atau purba? begitulah detak hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampaknya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum Warahmatullah, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman." Kedengaran satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling.

Mudah sahaja untuk membaca cerita tersebut. Anda hanya perlu meng-click tajuk cerpen itu atau hanya click 'Baca selanjutnya'. Sama sahaja seperti info cerpen-cerpenku yang sebelumnya. Cuma bezanya, cerpen ini dikreditkan terus ke blog penulis entri asal.

Hayatilah kisah tersebut...


"Renungkanlah... Fikirkanlah... Huraikanlah hujah anda..." N Athirah.

Monday, July 13, 2009

Isnin >> 13 Julai 2009

Hmph! Aku kira mau tulis nota Pendidikan Al-Quran as-Sunnah (PQS) untuk tajuk Wasiat Luqman al-Hakim dan Nuzul Al-Quran. Sekali buku teks aku masih lagi kat ustazah yang merupakan guru ganti Ustazah Siti Sarah yang sedang cuti bersalin la...

Disebabkan di W.P Labuan ni hanya sekolah kami sahaja yang mempunyai pelajaran PQS dan PSI (Pendidikan Syariah Islamiah), jadi, kami mengalami kekurangan buku teks untuk dua mata pelajaran tersebut. Sebab tu kalau ada guru ganti, dorang terpaksa pinjam buku teks pelajar. Tu ok sikit. Yang lagi teruk, pelajar tidak ada buku teks. Bilik Operasi SPBT sekolah dah kehabisan stok buku teks untuk 2 mata pelajaran tu. Aduuiii...

Kalau aku nak tulis nota-nota bagi kedua-dua tajuk tu, terpaksalah tunggu ustazah siap semak buku nota/latihan PQS yang aku hantar tadi tu lah. Huhuhuhu...

Fakta Terbaru dari N Athirah

Ada orang kata, andai hati saling mencintai, apabila salah seorangnya bersedih, seorang lagi mampu merasakannya... Betulkah?

P/s: pendapat ini merupakan fakta ciptaan aku >> N Athirah

22:00 (12 Julai 2009)


Jawapan:
Agaknya fakta tu betul...

P/s: melalui pemerhatian...

22:01 (12 Julai 2009)


Kalau ada sesiapa yang ingin menghuraikan pendapat sendiri, hamba sedia menerima...


"Renungkanlah... Fikirkanlah... Huraikanlah hujah anda..." N Athirah.

Kehidupan

Karya N Athirah
Hatiku pernah memberi peringatan kepadaku;

Kalau sudah benci, bencilah juga
kalau sudah sayang, sayanglah juga.

Tapi,
kalau sudah menyakitkan hati,
sebaiknya tinggalkan sahaja...
kerana,
orang yang kau benci itu,
adalah orang yang kau sayang...
dan orang yang kau sayang itu,
juga orang yang kau benci...

Walaupn hakikatnya,
dialah permulaan hidupmu...
namun akhirnya,
dia bakal menghancurkan kehidupanmu...

19:48 (Ahad)
12 Julai 2009 (19 Rejab 1430)

Sunday, July 12, 2009

Kekecewaan

Karya: N Athirah
Hari ini aku berduka
ingin kuluahkan segalanya
mungkin mengurangkan kedukaan.

Hati kecilku bersuara;
jangan... jangan...
kelak kau kecewa
pasti menambah kedukaanmu.

Aku akur
ada benarnya kata hatiku itu.

Hari ini aku gembira
ingin kuluahkan segalanya
berkongsi kegembiraan bersama.

Hati kecilku bersuara lagi;
jangan... jangan...
kelak kau kecewa
kegembiraanmu bakal bertukar menjadi duka.

Kini aku membantah
mustahil semua itu bakal terjadi.

Namun aku tidak sedar
sebenarnya aku silap
dan kedukaan benar-benar hadir
sungguh aku kecewa...

Kini barulah aku sedar
aku perlu akur
itulah hakikatnya
aku terpaksa terima.

Kelak aku kecewa
pasti aku berduka...

23:45 (Jumaat)
10 Julai 2009 (18 Rejab 1430)

Friday, July 10, 2009

Pemansuhan PPSMI

10 Julai 2009 (Jumaat)

Kawan-kawan aku kat sekolah ramai yang bising selepas mengetahui Pemansuhan PPSMI adalah pada tahun 2012.

Selepas guru Add Math kami, Encik Ismail memberitahu bahawa Add Math nanti dalam bahasa melayu, ramai yang happy (tidak termasuk aku... kerana aku tahu zaman kami masih lagi bahasa inggeris). Tapi, apabila diberitahu semua tu terjadi pada tahun 2012, semua bising. Baru aku bagitau bahawa pemansuhan PPSMI ditangguhkan sehingga 2012. Jadi, ramailah yang tak puas hati. Nasib koranglah...

Sebenarnya, aku tak kisah Mathematics dalam bahasa Inggeris. Sebab semua tu guna formula. Aku ingat formula berdasarkan tajuk. Pelajaran Mathematics aku memang boleh faham. Cuma, Add Math susah sikit. Bayangkanlah, soalan dalam bahasa inggeris, tapi, cikgu ajar guna bahasa melayu. Tidakkah pening tu. Yalah, cikgu ajar tajuknya inggeris, tapi, apabila menerangkan, memang melayu digunakannya. Aduuiiii...

Tapi, kefahaman aku tidak pada Science. Susah aku mahu faham. Sebab, dari sekolah rendah lagi belajar Sains dalam bahasa melayu. Dulu aku boleh pandai Sains, tapi, masuk sekolah menengah, aku dah tak pandai macam dulu dah. Terutamanya, kalau buat kesimpulan. Nasib-nasib ja hari tu boleh jawab dalam bm. So, mana-mana yang aku dapat jawab guna bm, aku jawablah. Tapi, kalau soalan tiada dwi-bahasa, tak guna jugak. Sebab tak faham soalan.

Kata guru Sains kami, "budak Hibiscus (4 HBS - kelas aku) ni makin diajar, makin bodoh." Lebih kurang macam tu. Aduuiii... apalah nasib...

Thursday, July 9, 2009

PENTING!!! >>> SEMBAH - YANG

SEMBAH dan YANG

Dalam bahasa melayu lama, YANG membawa maksud BERHALA.

SEMBAHYANG = SEMBAH BERHALA

Dan, bahasa ini masih lagi digunakan...



Info: Keluarga aku sendiri...

Aku baru sahaja tahu hari ini sebenarnya... rupanya, dah diberitahu sejak tempoh hari lagi. Aku yang ketinggalan. Huhuhuhu...
Patutlah perkataan 'sembahyang', keluarga aku tak guna lagi. Kami dah guna perkataan 'solat'.

P/s: Sebenarnya, sejak kecil lagi aku tertanya-tanya, apasal perkataan untuk solat, dalam bahasa melayu digunakan perkataan 'sembahyang'..? Macam tergantung saja ayat tu kan...? Sembah dan yang... Aduuiii... ada maksud lain disebaliknya rupanya... Huhuhuhu...

Tuesday, July 7, 2009

Berhujah Di Kala Demam

7 Julai 2009 (Selasa)

Entah sejak berapa lama dah aku demam. Selsema, sakit kepala yang tidak menentu datangnya, kadang-kadang rasa nak muntah, dan kadang-kadang tidak mampu bangun. Kalau rasa sejuk tu, memang dah selalu dah. Tambahan pula, sekarang ni kerap hujan.

Hari ni, sebagai langkah bersedia dan berjaga-jaga, aku bawa baju sejuk aku. Memang sekarang aku tak tahan sejuk. Dan tadi, masa mata pelajaran pertama sudah aku memakai baju sejuk. Sedangkan, waktu tu belum pun hujan. Dan, berterusanlah aku pakai baju tu sehingga waktu balik.

Sebelum waktu balik, seperti biasa ialah mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Minggu lepas, empat kumpulan dalam masa PSK itu sudah membentangkan 4 perkara Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia - Bahasa, Agama, Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Dalam keempat-empat kumpulan tu, hanya dua kumpulan yang membentangkan beserta syarahan di akhir pembentangan seperti yang diminta oleh Guru PSK kami, Cik Jasmini. Kumpulan tersebut ialah kumpulan Kewarganegaraan dan kumpulan aku sendiri, Hak Asasi.

Syarahan dari Kumpulan Kewarganegaraan disampaikan oleh Nur Effa. Budak pidato tu...
Syarahan dari Kumpulan Hak Asasi pula disampaikan oleh aku sendiri, Nurfatihah Athirah. Pertama kali aku menyampaikan syarahan setelah memasuki alam sekolah menengah (baguslah juga... latihan untuk menyertai pertandingan syarahan tahun depan... insyaAllah).

Dan hari ini, giliran kumpulan terakhir, Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputera Sabah, dan Sarawak untuk membuat pembentangan. Dan pembentangan diakhiri dengan syarahan dari Nur Sakinah (pelik sikit... permulaan syarahannya tu macam ciplak ayat aku ja. Sebab, ayat tu rasanya tidak diguna oleh kebanyakan orang yang menyampaikan syarahan... aku biasa dengar ayat yang selalu digunakan macam ayat si Effa... adeii...).

Selepas sahaja selesai pembentangan kumpulan terakhir, Cikgu Jasmini menimbulkan persoalan, andainya purata gred untuk orang Melayu dan Bumiputera yang 2.5 tu di naikkan kepada 3.5 (purata penuh, 4.0), kami setuju atau tidak..?

Pada undian awal, hanya 3 orang sahaja daripada 30 orang pelajar kelas kami yang hadir (kalau tak silap aku tadi, hanya 2/32 pelajar sahaja dalam kelas aku yang tidak hadir) bersetuju. Manakala, selebihnya termasuk aku tidak bersetuju. Oleh itu, cikgu minta kami berhujah, kenapa setuju dan kenapa tidak setuju. Waktu itulah bermula perdebatan panas di dalam kelas antara setuju dan tidak setuju. aku sendiri sudah menyediakan beberapa hujah penting. Tetapi, apabila melihat perdebatan panas antara Effa, Falina dan Siti Hajar (pihak yang bersetuju) dengan Rizaizy, Suhaimi, Khairul Azhar dan Shareen Azmi (wakil pihak yang tidak bersetuju), aku malas nak masuk campur. Pandai dah dorang lelaki tu nak bidas-membidas hujah pihak lawan. Aku kira cuma nak masuk kalau dorang tak mampu bidas dah. Akidah pun turut bangun untuk mempertahankan purata 2.5 tu. Aku rasa aku tidaklah perlu bangun sebab apa yang ada dalam kepala otak aku dah pun disampaikan oleh pembangkang-pembangkang yang bangun tu.

Perdebatan selesai dengan keputusan seri. Hehehe... semua hujah pun bagus, betul dan tepat.

Kemudian, perdebatan diteruskan lagi dengan tajuk yang lain. Tajuknya, Bahasa Inggeris wajib lulus SPM, setuju atau tidak. Adeiii.... kalau tajuk ni, aku tak boleh kalah ni.
Mulanya, tajuk tu nak didebatkan minggu depan lagi. Tapi, tiba-tiba pula didebatkan hari ini.

Pada mulanya, cikgu persoalkan kenapa kami tidak setuju. Sebab, mejoriti kata tidak setuju. Dan pada ketika itu, semangat lagi lelaki membuat hujah (terutamanya Suhaimi). Sebab dorang baru ja dapat hujah waktu aku dengan dorang bincangkan soal itu. Sehingga akhirnya, Suhaimi menyatakan pendapat aku itu kepada cikgu. Dan cikgu suruh aku bangun untuk membentang hujah.

Masa tulah kelas panas kembali dengan hujah masing-masing. Aku sampaikan hujah aku, lelaki yang di belakang pun sokonglah. Wakakakaka...
Pada ketika itulah Falina bangun lagi untuk menyampaikan hujahnya (dia ni sebenarnya sepupu (dua kali) aku). Ok. Waktu tu aku sedia mendengar hujahnya sebab aku pun ada pendapat aku sendiri. Waktu tu Falina bangun seorang diri, dan waktu tu juga si Suhaimi berkata, "Eh, Effa! Aku tau tu, kau sokong kami tu. Kau nda setuju kan?!" Aku terkejut juga dan terus berpaling ke arah Effa. Rupanya dia tidak setuju. Hahaha... Maksudnya, hanya Falina seorang sahaja yang terpaksa mengarang idea untuk berhujah. Sebab Effa yang juga pandai berhujah tidak lagi sama-sama berpihak dengannya. Hehehe...

Entah apa hujah Falina waktu tu, aku tidak ingat. Yang pasti, aku bidas juga hujah tersebut. Pada awal sekali, Suhaimi menyatakan pendapat aku kepada cikgu mengenai Negara Jepun yang maju juga tidak menggunakan bahasa inggeris. Apabila cikgu minta aku bangun, aku huraikan pendapat aku tu. Kemudian, apabila aku bidas hujah Falina yang kalau aku tidak silap, dia mengatakan bahasa inggeris diguna pakai ketika keluar negara... aku katakan padanya, "cuba kau bawa bahasa Inggeris tu ke negara Arab. Dorang di sana pun kebanyakannya tidak faham bahasa inggeris. Tapi, orang Arab pun boleh bercakap melayu." Lebih kurang begitulah ayat aku. Memang tidak dinafikan. Orang Arab di sana faham bahasa melayu-indonesia. Dan kebanyakan mereka tidak faham bahasa inggeris. Ini diceritakan oleh beberapa orang yang berpengalaman ke Mekah.

Untuk lebih menguatkan lagi fakta yang aku sampaikan tu, Shareen datang kehadapan dan berkata, "aku pernah mengerjakan umrah. Aku sendiri dengar orang di sana cakap bahasa melayu." Lebih kurang macam tu Shareen cakap. Hah?! Terdiam sebentar si Falina mencari hujah.

Sebenarnya, banyak lagi hujah yang ingin kami sampaikan. Salah satunya, Dr. Sheikh Muzaffar Shukor yang menjadi angkasawan pertama Malaysia tu. Apabila dia nak ke negara... entah aku lupa apa nama negara tempat dia berlepas tu... dia terpaksa belajar bahasa negara tersebut. Bahasa Inggeris tidak dilayan.
Untuk pergi ke Jepun, sudah aku sampaikan hujah aku tadi, pelajar dari Malaysia yang belajar di Jepun pun mempelajari bahasa Jepun sebelum mereka ke sana.

Lagipun, kenapalah mahu sangat Bahasa Inggeris tu menjadi mata pelajaran wajib lulus SPM. Sedangkan, Bahasa Melayu itu pun susah untuk pelajar dapat skor. Inikan lagi bahasa inggeris. Atau sebenarnya mahu membiarkan masyarakat bukan melayu dan bumiputera naik lebih tinggi dari orang melayu dan bumiputera.


Dan persoalan terakhir dari aku yang merangkumi kedua-dua perdebatan yang berlangsung hari ini:
Adakah anda mahu orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini tenggelam ke bawah dek kenaikan masyarakat bukan bumiputera di Malaysia ini?
Sedarkah anda bahawa Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sekarang sudah mula tergugat?
Lupakah kamu sudah pada 7 Wasiat pemimpin terdahulu?
Dan, di manakah semangat cintakan bahasa utama negara kita yang sudah diguna pakai sejak zaman kemerdekaan dan sebelum kemerdekaan dahulu?
Jika Orang Inggeris, Jepun, China, India, dan Arab yang datang ke Tanah Melayu dahulu pun boleh bercakap Melayu, untuk apa bahasa lain pula ingin kita utamakan?
Siapa lagi yang ingin memartabatkan bahasa kebangsaan kita, melayu itu kalau bukan kita sendiri..?

Renungkanlah... fikirkanlah... huraikanlah hujah anda...

Mungkin ada lagi persoalan lain... tapi, banyak dah persoalan ni sebenarnya. Jarang sebenarnya aku berhujah. Tetapi, apabila aku rasa pendirian aku tercabar, beginilah jadinya.


Soalan daripada Falina: "Kalau tidak mengapa inggeris gagal, yang penting SPM lulus, hendak jadi apa kamu nanti?"
Soalan itu dijawab oleh beberapa orang kawan aku di kelas, "Jadi tukang simen pun mahu cakap inggeris ka?"
Untuk jawapan dari aku, "Tidak semua pekerjaan memerlukan bahasa inggeris, bukan? Dan tidak semua orang melayu dan bumiputera 'bodoh' dalam bahasa Inggeris." Fikirkanlah.

Satu lagi, teknologi seperti komputer menggunakan bahasa inggeris. Ya, tidak dinafikan. Tetapi, bahasa komputer tidak sama seperti bahasa inggeris tulen. Cubalah terjemahkan beberapa bahasa komputer tu menggunakan terjemahan inggeris tulen. Lihatlah apa hasilnya. Pelik bukan..? Fikirkanlah.



Sekianlah dahulu untuk kali ini. Kalau disambung lagi, tak habis-habis ni. Hehehe... pandai sudah aku berdebat. Wakakaka...
Kalau pertandingan bahas atau debat, biasanya Bahas Ala Perlimen atau Debat Ala Perlimen. Tu pun masih ikut peraturan pertandingan lagi. Tapi tadi tu, lebih lagi dari ala perlimen. Akakakaka... Sampai adik aku si Zafirah beritahu aku ketika di dalam bas tadi, suara aku boleh kedengaran sampai kelas dorang yang terletak di sebelah kelas kami. Maksudnya, bertapa bisingnya kelas kami dengan debat tu sehinggakan aku perlu meninggikan volume suara aku.


P/s: Ingin tahu 7 wasiat pemimpin terdahulu itu? Akan aku huraikan di blog ini nanti.

P/s/s: Kalau rasa-rasanya ada sesiapa yang ingin menyampaikan hujahnya untuk membidas hujah saya, anda di alu-alukan... Dan alangkah moleknya andai hujah tersebut anda tuliskan sendiri di entri blog anda dan hanya link-kan sahaja kepada saya.
Bersama-sama membentang dan berkongsi idea itu adalah suatu kebaikan.

Monday, July 6, 2009

Untuk bakal Isteri-isteri para Pejuang

Puisi ini aku dapat dari Bulettin Board di Friendster. Di tulis oleh Junedi Osman...


Kutuliskan poem ini untuk para pejuang Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a’lam


Buat manusia istimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang

Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluti pelbagai warna dan jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun
mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut…
Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….
Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…

Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…
Aku tergugu, haru dan bangga…
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…
Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…
Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam….
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari keharuman kemenangan…

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekalnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…

Isteriku…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH

….WAHAI ISTERIKU….