N Athirah @ Siti Puteri Rawija: 1/06/09 - 1/07/09

Jumaat, 26 Jun 2009

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" > Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Kalau tidak keberatan... . Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


Sumber: Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy
Baca penuh >>

Khamis, 25 Jun 2009

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ketepian

Zarul menarik lembut tangan humaira. Perlahan-lahan diletakkan kepala Humaira di dadanya. Didakapnya Humaira dengan penuh kasih sayang. Baginya, itulah satu-satunya hartanya yang tersangatlah bernilai setelah kematian ibu dan ayah pada hujung tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Zarul tiada siapa-siapa lagi melainkan adik perempuannya.


Berakit-rakit Ke Hulu Berenang-renang Ketepian merupakan karya yang aku hasilkan ketika peperiksaan Bahasa Melayu Penggal Pertama.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen. ^_^ Selamat membaca...
Baca penuh >>

25 Jun 2009 (Khamis)

Hari ni ada pertandingan Roket untuk Karnival Sains dan Matematik. Sepatutnya aku jumpa si Khairul Anwar seperti yang dijanjikan pada malam semalam. Tapi, hampeh...

Selepas waktu Pendidikan Jasmani, aku dengan kawan-kawan aku terus menuju ke padang tempat pelancaran roket. Kawan-kawan aku wish birthday si Saifullah. Saifullah wakil sekolah kami untuk pertandingan Roket. Aku dah wish dia dengan menghantar ucapan/doa/peringatan menggunakan sistem sms pagi tadi. Aku tengok, peserta roket dari SM Teknik semuanya berasal dari SMK Mutiara. Semua kami kenal rapat. Si Hanah, Diyanah, Khairul Anwar dan Riduan Jamal wakil dari SM Teknik. Semuanya bekas pelajar SMK Mutiara. Hahahaha... SMK Mutiara boleh!

Waktu sampai di padang, aku tengok si Khairul langsung make don't know. Langsung tak pandang aku sebelah mata pun... Ahaiii... sombongnya dia. Macam apa saja aku di sana. Tiada tujuan. Apabila si Azrinah ajak aku balik kelas, aku pun ikut saja. Sebab kehadiran aku langsung tidak dilayan pun... huhuhu...

Waktu rehat, aku ke kantin membeli makanan. Dari kantin aku tengok dorang peserta roket. Tapi, aku tak pula nak ke padang. Tiada yang temankan aku masa tu. Terasa malu pergi sendirian. Yalah, aku ni perempuan, lepas tu pergi ke padang, jumpa Khairul, lelaki. Nanti, apa pulak orang kata. Tambahan lagi kawan satu sekolah dan bekas kawan satu sekolah aku ada di sana. Bertambahlah aku malu. Kalau cuma Saifullah dan Khairul kawan satu sekolah/bekas kawan satu sekolah aku kat situ, aku tak kisahlah.

Waktu petang, baru ja tadi, Khairul sms aku. Katanya dia tak nampak aku tadi. Haa...??? Tulah dia. Langsung tak melihat keadaan sekeliling... Dia ingat aku nak datang jumpa dia secara personal ke? Macamlah aku ni kekasih dia...

Khairul ajak aku ikut Kem Qiamullail petang Sabtu ni. Tapi, aku kata aku tak dapat. Aku nak pergi sebenarnya... tapi, banyak lagi perkara belum settle. Mungkin dia kecewa. Sebab setiap kali dia ajak aku, aku tak dapat. Bukan aku sengaja sebenarnya. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Berapa kali dah aku nak ikut, tapi, apabila ada, aku tak dapat ikut. Terfikir juga nak ikut saja. Tapi, aku tak boleh memaksa keadaan yang sudah tidak mengizinkan...

Rupanya Khairul tu nak berjumpa dengan aku. Dia harap dapat jumpa tadi, dia tak nampak aku dan aku tak jumpa dia lagi. Dan dia harap lagi dapat jumpa time kem ni, aku tak dapat pergi. Katanya, terpaksalah tunggu hujung bulan depan... tu pun kalau aku mahu pergi. Nampaknya, aku perlulah bersedia nanti.
Sebenarnya, setiap kali ada kem sekolah-sekolah atau kem macam Rakan Muda Jiran Muda tu, aku harap dia ikut. Tapi, setiap kem yang aku ikut, dia tak ikut pun.
Untuk kem RMJM siri 3 nanti, aku kira nak ambilkan borang untuk dia sekali. Kalau dia nak ikut, aku bagi borang tu. Kalau tidak, aku bagi orang lain ja.


Hhmmmm....................
Baca penuh >>

Selamat Hari Lahir adikku, Wathiqah


(copy dari blog ibu... :D)


Semalam, 24 Jun 2009 (Rabu) merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran adik bongsuku, Nurwathiqah Masturah. Selepas Maghrib malam semalam, kami sekeluarga bertolak dari rumah ke pusat bandar, menuju ke Restoran Chicken King yang terletak berhampiran Utama Jaya Superstore. Kami makan malam di sana.


Adik aku posing depan perkatan HAPPY BIRTHDAY. Last sekali Wathiqah bersama ayah.



Bergambar dengan ibu dan ayah. Potong kek.


Lepas tu, ibu yang potong kek untuk diagihkan kepada kami... sama-sama merasa kesedapan kek bluebarry.


Sementara tu yang lain menyusun makanan dan minuman masing-masing.


Alahai... pintarnya... >> Wathiqah tengah makan kek.



Hanya kami berenam yang ada dalam restoran tu. Hehehe...

Pejam-celik-pejam-celik... usia adik aku dah 3 tahun. Semoga usianya terus berpanjangan dan terus menjalani kehidupannya dengan penuh keceriaan...
Baca penuh >>

Rabu, 24 Jun 2009

Buat Penulis-penulis...

Layarilah laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ada informasi mengenai pertandingan dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2008/2009)...

Anda boleh muat turun brosur atau borang penyertaan yang disediakan di laman web tersebut...

Laman DBP: www.dbp.gov.my
Baca penuh >>

24 Jun 2009 (Rabu)

P/s: Click pada gambar untuk membesarkan gambar...

Hari ni hari Rabu. Hari Kokurikulum. Tapi, tak pulak ramai yang pakai baju unit beruniform masing-masing di kelas aku ni... Mungkin disebabkan waktu hujan pagi tadi.

Gambar-gambar yang aku upload ni gambar-gambar hari ni...


Suasana tiada guru. Satu ni ja yang ada untuk keadaan pelajar semasa tiada guru. Hehehe...
Masa matapelajaran pertama awal pagi, Sains, tiada guru. Mungkin Encik Hisham sibuk menguruskan Karnival Sains dan Matematik Sekolah-sekolah yang diadakan di sekolah aku ni.


Buang tabiat kan... Ni lah masking tape yang dilekatkan di meja aku dan aku tulis sedemikian. Hahaha... kata orang, jealous, buat sendiri. Ni kes jealous tengok si Azrinah buat macam tu kat atas meja dia lah ni. Trend kawan-kawan aku, lekat nama atas meja guna masking tape. Yang kat sebelah tulisan 'Tyra' tu meja Azrinah. Jadi, masking tape kat sebelah tu milik Azrinah lah. Kat atas meja Azrinah, ada 5 kalau aku tak silap dia buat. Termasuk nama Perkasa dan teman lelaki barunya. Isy999... Aku cuma lekat dua ni ja.


Muka poyo..?.. gambar diri sendiri...
Aku pakai t-shirt hitam >> silat. Tapi, aku lapis dengan baju sejuk. Sejuk rasanya...


Yang banyak ni pulak suasana menghias kelas. Ni masa matapelajaran Sejarah. Guru sejarah kami, Puan Norizah Piut merupakan guru kelas kami. Kami yang cadang nak sambung menghias kelas yang sekian lama tergendala ni. Jadi, cikgu pun setujulah.


P/s: Semua gambar di atas ni aku yang capture... Sebab tu tiada muka aku dalam suasana ramai-ramai tu... Gambar-gambar di sekolah sebelum ni yang pernah aku upload tu bukan aku yang capture.

P/s/s: Sebenarnya aku masih tertunggu-tunggu gambar-gambar sebelum cuti sekolah hari tu. Alahai, Effa. Gambar-gambar terbaru ni kau dah bagi, gambar-gambar lama kau tak hantar pula. Pelupa saja budak ni...


*** Hari ini Birthday adik bongsu aku, Nurwathiqah Masturah...
Baca penuh >>

Selasa, 23 Jun 2009

23 Jun 2009 (Selasa)

Hari ini barulah aku dapat markah Bahasa Melayu yang aku tunggu-tunggu. Walaupun tidak mencapai target untuk peperiksaan kali ini, aku sudah rasa gembira. Mana tidaknya, keputusan aku jauh meningkat berbanding keputusan ujian lepas. Ujian lepas aku dapat markah 40-lebih... peperiksaan penggal pertama ni aku dapat markah 60. Maknanya, aku dah boleh target tinggi lagi untuk ujian bulanan dan peperiksaan akan datang.

Seperti biasalah yang pertama aku tengok ialah markah cerpen. 75/100 beb. Cuma sayangnya untuk kertas tu aku tak jawab bahagian A. rugilah aku 30 markah. Ini bermakna, untuk kertas tu (aku lupa kertas 1 atau 2 :D) aku hanya dapat markah 75/130. Rugikan...

Untuk cerpen aku tu, Nor Azila kata ramai kawan-kawan sekelasnya suka cerita tu. Sebenarnya, kertas peperiksaan BM kelas aku ditanda oleh Puan Norizan (guru BM kelas 4 Bouganvilla > kelas si Azila). Sebab guru BM kami, Puan syakriah masih bercuti selepas bersalin.

Aku semak cerpen aku tu, ada beberapa kesalahan yang ditandakan oleh Puan Norizan. Yang pertama aku nampak ialah ejaan insya-Allah. di tengah-tengan yang ada tanda ' - ' tu dibulatkan. Kemudian, perkataan 'respon' yang aku tulis ditambah 's' dihujungnya. Kemudian, ada satu ayat yang nampak macam tergantung ditengah-tengahnya. Aku agak mungkin cikgu faham maksud ayat tu. Cuma, ayat tu nampak tak lengkap. Terlalu simple. Maklumlah, karangan spontan kalau tak disemak semula kita tidak akan perasan akan kesilapannya.

Pada waktu rehat, aku jumpa Puan Norizan. Bertanyakan mengenai perkataan 'insya-Allah' dan 'respon'. Barulah aku tahu rupanya perkataan 'insya-Allah' yang sebenar ialah 'insyaAllah'. Sebenarnya aku pernah jumpa semakan ejaan dulu, perkataan 'insyaAllah' tu ejaan sebenarnya ialah 'insya-Allah'. Tak tahulah mana yang betul. Sebab kedua-dua bentuk perkataan tu aku pernah jumpa.
Mengenai perkataan 'respon' yang ditambah huruf 's' tu, cikgu kata ejaan yang dia jumpa dalam kamus ialah 'respons'. Kadang-kadang aku rasa pelik juga. Betulkah ejaan sebenarnya 'respons'? Nantilah aku check kat Kamus Dewan.

Aku ingat, hari ni aku nak post cerpen yang aku tulis untuk peperiksaan tu. Tapi, tertinggal pula kertas peperiksaan tu dalam laci meja kat kelas aku di sekolah (aiikk? detail juga ayat tu...).
Aku lupa yang kertas peperiksaan aku tu aku letak dalam laci. Aku ingat tersimpan dalam buku graf. Hahaha... Kedua-dua kertas (kertas 1 dan 2) pulak tu yang tinggal. Sedangkan kertas peperiksaan lain yang aku dapat sebelum ni tak pernah tertinggal dalam laci (walaupun markah yang aku dapat gagal... hahaha...). Hari ni betul-betul peliklah keadaan aku. Cepat terkejut walaupun aku kosentrasi dengan perkara tertentu. Dan akhirnya, jadi pelupa pulak aku.

Alahai... Thirah, Thirah. Nak kata terkenang Saiful, tak juga. Hahahahaha...


*
Ah! Apalah Saiful tu. 2 Kali aku hantar mesej ke nombor maxisnya menggunakan nombor maxis aku. Bukan dia balas. Buang masa aku ja. Lagi buang masa mungkin kalau aku call dia. Aku tanya si Rahmawati kalau-kalau Saiful mesej dia. Kata Rahma, ada. Guna nombor digi ke digi. Sekarang Saiful ada di Kelantan katanya. Entahlah dia bawa atau tidak nombor maxisnya tu. Yang pasti, kedua-dua sms yang aku hantar kepadanya tu succes. Entahlah... aku tak tau nak kata apa-apa lagi...
Baca penuh >>

Ahad, 21 Jun 2009

Semalam...

20 Jun 2009 (Sabtu)
tu tarikh semalam... bukan hari ini...

Semalam, ayah aku kerja. So, hanya aku, ibu dan adik-adik aku sahaja yang ke bandar bersama. Si Firah, adik aku yang tingkatan 2 ada acara > Guru Kelasnya, Puan Asmahan belanja dia dan rakan-rakan sekelasnya makan sebelum Puan Asmahan pindah. Si Atikah, adik aku yang darjah 6 tu tiada kelas tambahan > kelas tambahannya batal sebab memang tiada kelas tambahan dalam jadual sebenar kelas tambahan. Dan,, dia nak beli kasut baru Ibu pula nak cuci gambar, sambil-sambil tunggu acara si Firah selesai. Aku sendiri, memang perlu ke bandar sebab nak minta ibu belikan buku graf :D . Untuk kegunaan matapelajaran Mathematics. Wathiqah pula, kalau bab jalan-jalan, dia meamng nombor satu. Jalan-jalan saja maunya.

Hampir jam 11 pagi, kami hantar si Firah ke Ujana Kewangan. Manakala, aku, ibu, Atikah dan Wathiqah menuju ke Utama Jaya Superstore. Nak beli kasut Atikah dan buku graf aku. Selepas dari Utama Jaya, kami selesaikan urusan lain dahulu kemudian barulah ke Ujana Kewangan.

Di UK, aku dan Atikah berpisah dengan ibu dan Wathiqah. Aku dan Atikah menuju ke CLL Colour Photo (kalau aku tak salah tu nama kedai tu), nak cuci gambar. Sebelum ke CLL, kami terserempak dengan Shazana, Nor Atikah dan Azrina (kawan-kawan sekelas aku). Berbual jap tanya khabar (padahal semalamnya jumpa di sekolah). Azrina bagi tau aku yang malam semalamnya Abg Bibeh (Kamirul) call dia sampai habis kredit. Lepas tu, Shazana pula kata aku dengan Saiful. Hahaha... ber-sms pun tidak, jumpa lagilah tidak. Kemudian kami berpisah sebab adik aku, si Atikah dah tarik aku.

Lepas uruskan gambar yang nak dicuci, aku diberitahu 30 minit kemudian barulah gambar tu siap. Jadi, kami menuju ke Monegain Sdn. Bhd. untuk melihat-melihat kalau-kalau ada Detektif Conan keluaran baru. Tapi, apa yang kami hendak itu tidak ada. Alahai...

Ketika berada Monegain, ibu menelefon aku. Ibu kata, berjumpa di Boujes (tak pasti betul atau tidak ejaan tu). Selepas dari Monegain, aku pergi kedai telefon untuk reload nombor maxis aku. Reload RM3 ja. Nak beli reload card RM5 celcom sekali, tak pulak cukup seringgit duit aku.

Selepas me-reload, barulah kami ke Boujes. Waktu tu, ibu baru ja lepas beli baju untuk Wathiqah. Dari Boujes, kami call si Firah. Dah dekat jam 12 dah. Tapi, dorang belum selesai lagi. Jadi, kami menuju ke Food Court untuk makan roti canai dan minum air (milo ais). Lepas dari Food Court, aku dan Atikah terus ke CLL Colour Photo untuk ambil gambar (dah lebih 30 minit). Kemudian barulah berjuma dengan si Firah. Mulanya nak balik, tapi terpaksa batalkan sekejap sebab nak ke tandas (tapi, bukan aku yang ke tandas).

Waktu dalam perjalanan ke tingkat atas menuju ke tandas, aku terserempak dengan Saiful di tangga. Alahai... panjang umur dia. Baru tadi Shazana sebut. Mulanya aku tak perasan dia. Dari jauh aku perasan dia senyum-senyum. Dah dekat barulah aku kenal.

Lepas jalan-jalan, barulah kami balik rumah. Penat.


***


Petangnya...
Aku hantar sms kepada orang yang sms dan missed call aku (2 nombor ja) kat nombor maxis aku, bertanyakan siapa. Dan respon yang aku terima cuma daripada orang yang missed call aku tu. Tapi, dia pulak tanya aku balik... dia yang missed call aku dulu.

Mulanya dia macam tak kenal (konon), jadi, aku kata tak apalah kalau masing-masing tak kenal. Tapi, dia kata dia kenal aku. Katanya aku bersaiz badan kecil. Kuang haja'. Siapa ni orang???
Dia suruh aku teka sendiri. Macammanalah aku mau teka. Suara pun aku tak dengar. Cuma sms ja. Kalau si Saiful, nda apa jua (fikirku... dia pulak yang terlintas difikiranku).
Katanya aku pernah jumpa dia. Masalahnya, behamburan banarnya orang yang aku pernah jumpa.
Pabila aku tanya bila kami berjumpa. Katanya suatu ketika dahulu. Kalau dia kata Karambunai, boleh-boleh saja aku meneka.
Katanya aku kenal dia. Tapi, siapalah dia? Aku tanya, dia masih mahu berteka-teki.
Katanya dia kenal aku mendalam lagi? Siapalah ni orang??? Keboringan aku melayan kerenah tu orang. Tapi, aku tetap mahu tahu.
Sekali dia kata > Favorite colour black.. makanan roti canai food court, argh! Tak salah lagi dia.
Saiful lah! Siapa lagi?! Aku bagitau dia time dia jadi patner aku dalam kem RMJM di Karambunai, Sabah.
Hahaha! Dia tanya aku balik siapa dia. Aku jawab > Saiful. Siapa lagi kalau bukan orang yang kata aku nak kerja di Pustaka Melayu (dia lupa nama Dewan Bahasa dan Pustaka).
Dia reply, > Ha3, sekali-sekala jadi tukang angkat gas! Ha3.
Huhuhu... macamlah aku ni tak boleh angkat gas.

Sekali dah saling kenal tu, rancak kami ber-sms.
Kemudian, dia minta aku tolong buat ayat untuk pembentangannya > The Danger of Sigup (Bahaya Rokok). Blur jugak aku. Sebab aku biasa buat pembentangan spontan. Dia pun macam tu. Tapi dipaksa be-skrip. Dia pun rimas.
Akhirnya, aku suruh dia buat ja macam karangan huraian. Hahaha...

Perbualan kami tergendala ketika aku nak makan.

Aku sangka tamat sampai situ ja. Sekali sebelum aku tidur, dia sms. Rupanya dia tunggu aku. Hahahaha...

Waktu tu, dia luahkan masalahnya. Pertama kali dia meluahkan problem-nya pada aku. Selama kem, aku tengok dia macam tiada masalah ja...

Aku tolonglah juga apa-apa yang patut. Setiap manusia tidak lepas dari sebarang masalah...



* Oklah, sampai sini ja cerita aku. Aku tak tau nak buat macammana penutup...

Wassalam...
Baca penuh >>

Jumaat, 19 Jun 2009

Gambar-gambar daripada telefon bimbit kawan...

P/s: Click pada gambar untuk membesarkan gambar...


Gambar-gambar di atas ialah gambar bestfriend aku (yang ada dalam telefon bimbitnya). Nurazrinah Binti Haris. Kawan sekelas aku yang meminati matapelajaran Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris. Seorang yang Happy Go Lucky. Sekarang kami gelar dia Perkasa (bersempena dengan keakraban antara dia dan Perkasa...)


Yang ini gambar-gambar daripada handphone Nur Effa Binti Ma'aruf

Ini suasana di waktu pagi pada hari Isnin, 15 Jun 2009. Pagi itu hujan dan Perhimpunan Mingguan tidak dilaksanakan. Effa yang tangkap gambar ini dari posisi di hadapan kelas kami (di koridor kelas).

Inilah suasana kelas 4 Hibiscus pada waktu pagi yang tiada guru (masa matapelajaran BM > Puan Syakriah masih lagi bercuti selepas bersalin)
Kelihatan di bahagian belakang kelas, yang menghadap ke belakang tu aku (yang berbaju pengawas > biru) dan Azrina bersama Shareen (lelaki yang duduk di tengah-tengah) dan Siti Hajar berbual mengenai kem. Suhaimi pula menjadi pendengar.
Pada hari tersebut, akulah satu-satunya pengawas perempuan di kelas aku (dah memang tiada pengawas lelaki dalam kelas 4 Hibiscus) yang memakai baju biru (baju pengawas). Sebab 3 orang daripada 4 orang pengawas dalam kelas tu tidak hadir. Nur Falina ada pertandingan debat atau bahas (aku tidak pasti) Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewakili W.P Labuan. Nurul Akidah pula emegency balik ke kampung selepas pertandingan Bola Jaring mewakili W.P Labuan sebab neneknya meninggal. Nurraihanie Aqilah pula sengaja tidak menghadirkan diri ke sekolah, mungkin sebab kepenatan selepas balik dari kem RMJM (aku dan kawan-kawan aku yang lain penat juga, tapi tetap hadir ke sekolah).


Keadaan kelas yang tidak ada guru. Waktu hujan dan keadaan yang dingin menyebabkan ramai yang mengantuk. Aku dan rakan-rakanku dibelakang masih lagi rancak berbual melupakan segala penat dan mengantuk. Sedang pelajar yang lain membuat kerja masing-masing.
Sejak hari Isnin ni lah kami yang mengikuti kem (hanya beberapa orang sahaja) mempunyai gelaran masing-masing.
Shareen > Dadih (perempuan yang dipasangkan dengan Shareen untuk aktiviti yang memakai pakaian kerja formal... romantik giler dorang ni menari (ketika disuruh menari). Si Dadih ni sekarang tingkatan 5 dan dah bertunang)
Azrina > Perkasa (lelaki yang paling akrab dengan Azrina waktu kem. Si Kasa ni betul-betul ambil berat tentang Azrina terutamanya waktu Azrina diganggu makhluk ghaib... di mana azrina pergi, Kasa pasti ingin ikut... Perkasa tingkatan 4 kalau aku tidak silap)
Athirah (aku) > Saiful/Epul (pelajar SMK Labuan dalam tingkatan 3. Lagu Kuch-kuch Ho Tahe tulah yang kami dapat time di suruh menari... alahai... Saiful ni tinggi... kalau aku nak pandang muka dia pun terpaksa melangoi [mendongak]. Bercita-cita sebagai Peguam Sivil... menjadi kesukaan pula dorang panggil aku dengan panggilan Epul)
Rahmawati > JR (pasangan Rahma ketika menari untuk persembahan kebudayaan kumpulan dorang. Si JR ni tinggi [tinggi daripada Saiful] dan Rahma pula rendah [rendah daripada aku]. Menjadi kelakar apabila diingat kembali keadaan ketika dorang menari)
Siti Hajar > Oto' (entah siapa budak ni... kami semua tak ingat siapa walaupun namanya ada disebut-sebut waktu kem. Gelaran ni Shareen yang bagi... tapi, tak berapa digunakan antara kami sebab nama JR, Epul dan Dadih tu ja yang popular antara kami)


Wah! Seronoknya dorang bersantai di belakang. siap si Azrina berbaring lagi. Inilah satu-satunya bahagian lantai yang bertikar di bahagian belakang kelas. Entah sejak bila dorang di sini. Waktu ni aku dah terlelap di kerusi aku.
Pada asalnya, kami ingin menjadikannya tempat untuk Sudut Bacaan. Tapi, satu bahan bacaan pun belum ada. Kelas pun belum siap decorate lagi. Kalau berada kat kawasan bertikar ni, mesti buka kasut. Tapi, si Effa ni berkasut lah pula.


Inilah keadaan selepas Azrina mengajak aku untuk bersama-sama dengan dorang ketika aku terjaga dari tidur. Disebabkan masih mengantuk, aku pun tidurlah dalam keadaan memeluk kedua-dua kaki aku. Segan untuk berbaring. Tambahan pula ruang tidak mencukupi.


Aii... sempat lagi bergambar budak bertiga ni > Nur Effa, Suhaimi dan Mohd. Shareen Azmi(yang duduk di kerusi)


Suasana waktu rehat... selepas membeli makanan di kantin, kami segera ke kelas dan makan bersama sambil berbual.




Aii... macam sengaja focus kat muka aku ja ni. Siapalah punya kerja tangkap gambar ni...



Selepas waktu rehat, aku dan beberapa orang kawan aku tertidur di atas tikar ni. Kisahnya ada kat entri aku yang lepas > Penat (click sini)



Rupa-rupanya ada jugak orang ambil gambar dalam sesi ni. Waktu ni aku masih mengantuk lagi. Sebab tu cuma terduduk di kerusi tu tengok dorang buat kerja. Yang digunting tu ialah beberapa huruf daripada perkataan yang aku print sebelum cuti sekolah hari tu untuk hiasan kelas.




Betapa sedikitnya pelajar yang hadir pada hari pertama persekolahan selepas cuti. Hendak tau sebabnya? Antaranya disebabkan kem Rakan Muda Jiran Muda yang tamat pada 13 Jun 2009 (Ahad). Sebab lain, ada aktiviti yang berkaitan dengan sekolah pada akhir cuti persekolahan. Yang lain, tu masalah pribadi doranglah.
Baca penuh >>

Khamis, 18 Jun 2009

Huuiii... semangat. Sabar sajalah aku...

18 Jun 2009 (Khamis)

Tak tahu apa nak tulis...

Hari ni aku balik jalan kaki. Gara-gara kelas hari ni habis jam 2.20 petanglah ni.
Biasanya mak cik bas ambil trip 2 lebih kurang hampir jam 2.30 petang. Tapi, sampai ja aku di tempat menunggu bas sekolah, aku hanya jumpa si Khairul > adik si Azrul. Aku tanya dia trip 2 sudah jalan atau belum, dia sendiri tak tahu. Yang pastinya aku tengok tiada budak-budak sebas aku yang trip 2 sedang menunggu bas. Jadi, maksudnya bas sudah jalanlah. Kalau mak cik datang pun, untuk hari ni mak cik akan ambil jam 3.30 petang. Buang masa saja aku tunggu sejam di sana.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk jalan kaki balik ke rumah. Di perhentian bas masuk ke kawasan kampung pun penuh. Lagilah aku malas tunggu bas mini. So, terpaksalah jalan kaki hampir 2 kilometer. Jauh berjalan, lebih kurang hampir setengah jam aku tiba di simpang 3 > jalan masuk ke Kg. Bukit Kalam terus ke Kg. Sungai Bedaun, jalan menuju ke Kg. Bukit Kalam, terus ke Kg. Kilan atau Kg. Layang-layangan, dan jalan menuju ke Pusat Bandar. Jalan yang perlu aku tuju ialah jalan ke Kg. Bukit Kalam terus ke Kg. Layang-layangan. Terus berjalan, tiba di simpang masuk Sekolah Rendah Agama Islam Nurul Falah Kg. Bukit Kalam. Di sana lah aku ternampak kereta Kancil ayah yang hendak menuju ke tempat kerja di Pusat Bandar. Ayah yang ternampak aku segera berhenti dan mengambil aku. Ayahlah yang hantar aku pulang ke rumah. Fuh! Nasib baik... kalau tidak, 20 minit lagi barulah aku sampai rumah.

Rupa-rupanya mak cik tak ambil trip 2. Katanya yang keluar tadi sikit dan dia sangka aku balik jam 3. Sedangkan si Mira sudah bagi tau aku ikut trip 2. Kacau betullah. Adakah patut macam tu kejadiannya. Bengang fikiran aku...



***



Hari ni seperti hari-hari selepas Kem Rakan Muda Jiran Muda di Karambunai, Sabah. Gosip antara aku dengan Saiful masih belum hilang. Huhuhu...
Begitu juga gosip antara Shareen dan Dadih, Azrina dan Perkasa dan beberapa orang kawan sekelas kami dengan abang-abang urusetia.
Kami semua sporting... tak kisah. Sebab gosip-gosip tu pun antara kami-kami juga. Hahahaha...
Baca penuh >>

Isnin, 15 Jun 2009

Penat

15 Jun 2009 (Isnin)

Aku baru ja balik dari Karambunai 13 Jun lepas (Sabtu). Sampai di Labuan lebih kurang jam 6 petang. Penat gila. 6 hari di Karambunai kami tidak cukup tidur. Hari Sabtu malam dan hari Ahad tidak cukup untuk menebus kekurangan tidur kami. Badan lagi lenguh-lenguh.

Tadi di sekolah pun mengampai. Biasanya, hari pertama sekolahlah hari bersemangat. Tapi, sampai di sekolah, dalam keadaan yang tiada belajar pula tu. Tambahlah mengantuk. Ramai yang bertiduran di belakang kelas. Mulanya aku tidur di tempat dudukku. Apabila aku tersedar dari tidur dalam keadaan tanganku dan jari-jariku sakit, kawan aku ajak tidur di belakang. Di bahagian belakang kelas kami ada tikar getah lebihan tikar untuk melapik meja. Jadi, di sanalah kami duduk, ada yang baring dan kebanyakannya kami tidur (aku sendiri tidur duduk dalam keadaan memeluk kedua-dua belah kaki dan kepala ditundukkan ke bawah).

Waktu rehat, aku tidak menjalankan tugasku seperti biasa di kantin. Aku dan kawan-kawan yang sama-sama kem Rakan Muda Jiran Muda di Karambunai, Sabah be-group ke kantin beli makanan. Lapar. Di sana, terjumpa lagi geng-geng lelaki yang sama-sama kem. Si Amir dan Azron. Kedua-duanya tingkatan 3. Dan pada ketika itulah Azron panggil aku dengan nama Saiful. Ahh!!! Punya main aku malu.
Sudahlah mengantuk, kepala sakit... di kantin lagi pengurusannya lambat. Selesai ja beli makanan, kami ke kelas. Makan di kelas di tikar getah tempat kami tidur tu.

Lepas makan, kami buatlah apa-apa kerja yang kami mau buat sendiri. Tidak belajar bah time tu. Ada guru pun tidak mengajar. Buang masa ja ke sekolah tapi tidak belajar.

Waktu boring-boring tu, kawan aku si Azrina tidur. Kepalanya diletakkan di kakiku (yang sedang duduk bersila). Aefa baring-baring tertidur (dia tidaklah ikut kem). Siti Hajar pun tertidur (Hajar ni memang ikut kem). Dan aku tidur dalam keadaan duduk menyandar di dinding. Cikgu Hisham yang berada dalam kelas waktu tu (menanda kertas exam) akhirnya tahu juga punca kami yang kepenatan. Shareen yang bagi tau, sebab Shareen pun ikut kem tu.

Aku yang lama memangku Azrina akirnya kelenguhan. Kaki aku kebas-kebas sakit. Jadi, aku pindahkah kepala Azrina. Lastnya kami sama-sama tidur berbaringan. Memang betul-betul penatlah. Nasib baik guru faham. Tapi, yalahkan. Tiada guna juga larang kami tidur sedangkan tetap tidak belajar.

Sampai masa terakhir kebanyakan kami longlai-lemah. Tapi, waktu balik dorang punya main semangat mau ke kompleks ambil beg untuk peserta RMJM. Aku dan Mira pula merancang balik ke rumah dulu dan datang ke kompleks dengan dihantar oleh ibu.


***


Aku tiba di Kompleks Sukan bahagian Rakan Muda sekitar jam 4.40 petang. Berada di sana rasa macam tidak mahu pulang. Ramai kawan-kawan kem di sana beserta fasilitator dan abang-abang urusetia. Geng-genga ada di sana. Aku jumpa si Saiful lagi di sana. Waktu tu aku, Mira dan adik bongsuku yang 3 tahun tu, Wathiqah saja yang ke sana. Ibu tunggu di kereta.

Lepas ambil beg, berbual lagi di sana. Mesra-mesra dengan kawan-kawan dulu. Si Saiful lagi setelah nampak aku terus datang tegur. Wathiqah lah lucu. Si Milah kawan sekolah aku yang sama-sama ikut kem kacau Wathiqah. Tapi, si Wathiqah ni takut. Tapi, kalau si Saiful yang datang pegang pipi, tegur, tidak pula dia takut. Siap melambai lagi waktu kami mau balik ke kereta. Si Mira mulalah mengucap-ucap. Maklumlah, Saiful patner aku. Rapat pula tu.

Hisy... ada-ada saja...
Baca penuh >>

Ahad, 14 Jun 2009

Warkah Buat Ayah

Assalamu'alaikum, ayah.

Ayah, ikhlas Puteri nyatakan di sini bahawa Puteri sayang ayah. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat ayah.

Selama ini Puteri banyak melakukan kesalahan terhadap ayah dan tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik. Semua itu terjadi disebabkan emosi dan sikap panas baran Puteri.

8 hingga 13 Jun baru-baru ini, Puteri menyertai Program kem Rakan Muda Jiran Muda Siri 2/2009 di Karambunai, Sabah. Di sana banyak pengalaman yang Puteri dapat. Putri sedar akan kesalahan yang Puteri sering lakukan. Terus terang Puteri katakan, pendekatan kekeluargaan di dalam kem tersebut telah melahirkan rasa kerinduan Puteri terhadap ayah.

Yang Puteri inginkan daripada ayah hanyalah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin selama ini Puteri tidak pernah sedar akan kasih sayang yang ayah curahkan kepada Puteri. Maafkan Puteri, ayah.

Dengan setulus hati Puteri memohon ampun di atas segala silap dan salah Puteri. Puteri akan berusaha sedaya-upaya Puteri untuk berubah seperti yang ayah inginkan.

Jasa dan pengorbanan ayah terlalu tinggi nilainya. Semoga ayah sentiasa dilimpahi rahmat daripada-NYA.


Luahan hati seorang anak sulung ketika sedang mengikuti program Rakan Muda Jiran Muda dalam aktiviti Aku dan Keluarga.

Kesimpulan daripada aktiviti Aku dan Keluarga > Kem RMJM:
Beruntung bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah. Syukur kepada mereka yang telah sedar akan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Berubahlah seperti apa yang diazamkan. Jangan sampai terlambat.


* Didedikasikan sempena Hari Bapa
Baca penuh >>

Ahad, 7 Jun 2009

For You All Information...

Aku akan berada di Karambunai, Sabah pada 8 hingga 13 Jun 2009... ada kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) anjuran bersama Bahagian Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

Untuk sesiapa yang ingin menghubungi aku, tunggulah lepas aku balik nanti (mungkin pada 13 atau 14 Jun). Kalau nak menghubungi aku menggunakan talian telefon bimbit pun mungkin tidak dapat. Sebab aku sendiri tidak pasti di sana nanti ada line untuk talian telefon bimbit atau tidak.

So, sampai berjumpa nanti selepas aku kembali dari camping.

Wassalam...


P/s: countdown timer di atas merujuk kepada masa aku akan kembali dari Karambunai ke Labuan...
Baca penuh >>

ANDAI KU TAHU

“Eh! Ayah belum pergi kerja lagi?” Tanyaku.

“Sekejap lagi. Putri kenapa lambat balik hari ini? Mira di sebelah rumah tu sudah pun sampai ke rumah hampir sejam yang lalu.” Sudah kujangka pertanyaan itu bakal aku terima.

“Peperiksaan kelas kami hari ini selesai jam 2 petang. Manakala kelas lain pula selesai jam 1.20 petang. Jadi, mak cik bas tak ambil jam 2 tadi. Terpaksalah Putri jalan kaki.” Beritahu aku.


Ini cerpen terbaru aku. Didedikasikan Sempena Hari Bapa. Selamat Membaca!
Baca penuh >>

Sabtu, 6 Jun 2009

Blog Problem

Blog aku ada masalahlah.
Apasal follower dan MyBloglog aku tak boleh tengok update terbaru blog aku ha? ARGH!!! Sabotaj atau apa ni?????????


Apa kena sebenarnya ni? ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Baca penuh >>

Khamis, 4 Jun 2009

Pengumuman Buat Bekas Pelajar SEMELA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Khas buat bekas pelajar SMK Lajau, W.P Labuan (SEMELA) yang sudah berjaya menamatkan pelajaran di SEMELA;


Pesanan dari PUAN SITI ZUBAIDAH SALLEH
( Pen.Kanan HEM SMK Lajau ) :

Pihak sekolah perlukan...

*GAMBAR TERKINI (bersaiz 4R)

*NAMA PENUH

*TAHUN TERIMA IJAZAH

*TAHUN BELAJAR DI SMK LAJAU



Semua perkara / maklumat yang diperlukan di atas boleh dihantar ke :~


E-mail : Sofinah90@yahoo.com.my atau,


melalui FRIENDSTER milik SoFiNaH LaMuDin (click pada nama) atau,


bertandang ke SMK LAJAU sendiri sekiranya ada di W.P LABUAN...
~serahkan maklumat di atas beserta gambar kepada PUAN SITI ZUBAIDAH SALLEH.


Sebarang Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAJAU
Peti Surat 81514,
87025 Wilayah Persekutuan Labuan.


Tel : 087-462995
Fax : 087-462463

Info: Khas Buat Bekas Pelajar SMK Lajau, W.P Labuan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan kadar segera...
Baca penuh >>

Selasa, 2 Jun 2009

Sabda Rasulullah...

Sekali lagi aku masukkan info daripada Junedi Osman... :-)

Rasulullah bersabda yg maksudnya;

"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya"

-hadis riwayat at-Tirmidzi-
Baca penuh >>