Sunday, May 3, 2009

Nantikan Siri Mujahidul Haq karya al-Qalamul Muslimah...

Berikut adalah petikan kata-kata watak dalam Siri Mujahidul Haq hasil karya al-Qalamul Muslimah:-
"Jalinan persahabatan 4 orang insan yang masih remaja dan masih muda untuk memegang dan mewarisi amanah yang besar memberi sinar ketulusan dan keikhlasan dalam persahabatan. Kami bersatu dan berjuang dalam satu kumpulan yang membawa amanah untuk menyebarkan kebenaran, menghapuskan kebatilan, dan bakal terpilih untuk mewarisi takhta kerajaan yang berada dalam dimensi berbeza dengan alam nyata ini." Nurareina Athirah.
"Sepanjang perjalanan hidupku dalam memperjuangkan kebenaran, perlbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi dengan hati yang sabar untuk mendapatkan kunci kepada keimanan. Walaupun ianya pahit untuk diharungi, tetapi dengan semangat juang dan persahabatan yang ada telah mendorong aku untuk meneruskan perjuangan tanpa ada putus asa dan menyerah kalah." Muhamad Azrul Zyrul.
"Sejak kecil, hidupku sentiasa penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun begitu, Athirah sering mengingatkan aku bahawa semua itu perlu kuhadapi dengan kesabaran kerana kesabaran itu adalah kunci keimanan." Mohammad Faizrafiezie.
"Kehadiran Athirah dan rakan-rakannya yang merupakan adik-beradik kandungnya membawa sinar ketulusan dalam persahabatan. Bersatunya kami berempat melengkapkan misi dari alam lain untuk membentuk kumpulan pejuang yang diamanahkan untuk menyebarkan kebenaran di samping menghapuskan kebatilan dan bakal terpilih untuk mewarisi takhta kerajaan di alam tempat asal sebenar kami." Saifudin.
Biografi Ahli Mujahidul Haq


Nantikan siri demi siri kisah 4 orang remaja di era zaman moden ini berusaha memperjuangkan kebenaran tanpa mengira di mana mereka berada, di mana tempat asal mereka, dan apa sekalipun pangkat mereka. 4 orang insan ini memegang amanat yang diberikan kepada mereka dan bakal mewarisi sesuatu yang begitu besar nilai, pangkat, dan tanggungjawabnya.

Siri Mujahidul Haq karya al-Qalamul Mulismah menzahirkan imaginasi penulis dalam kronologi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Di samping itu, penulis berusaha untuk menyampaikan mesej penting kepada para pembaca (mungkin secara simbolik) dan menyatakan bahawa remaja juga boleh melakukan 'amar ma'ruf nahi munkar' kepada sesiapa pun walaupun dalam bentuk yang berbeza namun tetap berada dalam matlamat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Ulasan yang anda hantar akan menunggu masa untuk diapprove oleh penulis...
Harap maklum...